Selasa, 10 Ogos 2010

HATI ini...


Saat aku keseorangan, saat aku memerlukan.. hanya Dia yang berada bersamaku. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk aku hadapi ujian dunia Mu ini. Sesungguhnya jiwa ini tidak kuat. Aku mahu merintih kepada manusia, namun, tentunya tiada seorang pun akan memahamiku melainkanMU.

Berilah aku hidayah untuk mencari jalan keluar. Aku perlukan bimbinganMU, aku perlukan cahaya kasih sayangMu..Bimbinglah aku.. bawalah aku keluar dar keluh kesah ini. Aku menderita.. titisan air mata tidak mampu menceritakan segalanya.. lihatlah dihati ini.. bantulah aku... kuatkan aku untuk meneruskan perjuangan dijalanMu ini..

Bawalah hatiku yang lara ini kepadaMu untuk dirawat segera... Aku tidak mampu memiliki kesempurnaan yang aku impikan kerana aku manusia biasa yang bisa melakukan kesilapan ..

Dimata manusia hanyalah kesilapan yang mereka cari.. bukanlah penyelesaian untuk menghadapi kesalahan itu..

Hanya DIA yang memahami dan memberikan aku ketenangan..

Bersabarlah wahai hati...
aku harap dirimu sembuh lekas....

Khamis, 5 Ogos 2010

Pasti ke, ini jalannya?!


Salam,

Mengenai perkahwinan diawal usia yang telah digariskan oleh kerajaan Melaka dibuat untuk mengelakkan lahirnya anak luar nikah. Bagi pendapat peribadi saya tidak bersetuju sangat. Seaba apa? Betul, perkahwinan adalah jalan penyelesaian untuk kita sahkan anak yang lahir itu dalam atau luar nikah. Ape yang penting adalah 'title' anak tu, dalam hal ni bukan?

Satu persoalan, adakah perkahwinan ini adalah untuk menghalalkan anak yang dikandung sahaja? Sebab setahu saya (walaupun belum berkahwin =P) perkahwinan ini adalah penyatuan dua jiwa dan keluarga hm, bukan fizikal semata-mata. Bak kate omputeh, heart and soul. Maka, perkahwinan ini adalah suatu perkara yang suci dan sunnah (kebanyakkan orang kalau bab kahwin je sunnah benda lain banyak lagi sunnah sebenarnye). Kalau nak kahwin kenalah kerana Allah bukan kerana saya 'sayang awak dan awak sayang saya' je. ( Ini pendapat rakan saya yang sudah berkahwin bukan pendapat peribadi ye.)

Dari pembacaan saya dan bila bergaul dengan ramai orang yang bermacam-macam latar belakang saya dapat merasakan bahawa gejala membuang bayi = anak luar nikah ini adalah disebabkan oleh pendedahan yang melampau terhadap porno adan adegan yang tidak bermoral oleh barat yang boleh didapati melalui internet. Kalau zaman dulu, orang2 kaya je dapat layari internet nie, tapi zaman sekarang sape2 je boleh.. internet kat hujung jari je. Tambah-tambah lagi dengan kemunculan iPhone dan blackberry lagi-lagilah mudah cepat dan pantas.

Berbalik kepada gejala anak luar nikah nie, bagi saya masalah sosial pun perlu dilihat. Aspek kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak perlu dititik beratkan. Ye la, bila dah ber'kawan' kadang-kadang dan tak semestinya mereka ini mahukan perkahwinan diakhir hubungan itu. Biasalah zaman dah berubah tak semua yang buat hubungan cintan cintun ini mahukan perkahwinan sebagai pengakhiran, tapi kadang-kadang 'just for fun'. Bak kate mereka yang muda remaja" kita muda lagi, enjoy la!"

Apa yang saya boleh simpulkan sebenarnya, masalah KELUARGA ini datang dari KELUARGA. Bila kita bina keluarga yang harmoni dan ada interaksi serta hubungan yang mantap, saya pasti takkan ada masalah seperti ini. Kesian sebenarnya kepada anak-anak yang kurang kasih sayang. Mereka mahukan perhatian.

Para ibu dan bapa, jagalah anak-anak kamu dan carilah mereka jika mereka tidak mencari kamu. Memanglah sepatutnya si anak yang datang kepada ibu bapa, tetapi jika anada pernah mengabaikan dan meninggalkan mereka, mereka pun tidak mustahilah akan berbuat demikian = what you give, you get back!

Mungkin perkahwinan diawal usia ini bukan jalan yang terbaik tetapi ia juga salah satu penyelesaian yang awal dan memerlukan fasa yang seterusnya.

Pesan pada hati, buatlah semua perkara dengan cara yang halal dan kurangkan kuasa si nafsu dan biarkan akal menguasai diri. Bisik pada hati, sucikan dengan iman.

~LOVE your LIFE~
~DEATH coming SOOON>>>>>>>>>>>>

Selasa, 3 Ogos 2010

BUTA warna ke, BUTA huruf ke, BUAT@ BUTA?


Salam,

Dua minggu berturut-turut pergi ke rumah pak cik di Gombak. Perjalanan yang agak serabut sebab kena menukar aliran lrt untuk sampai ke stesen Gombak. Ya.. itu tidak menjadi sebarang masalah. Perjalanan yang agak mencabar apabila balik kerana perlu menaiki komuter. Ya, memudahkan member saya untuk jemput. Tapi jauh disudut hati; Saya benci komuter = pengangkutan awam yang lembap!!

Tetapi yang menjadi tanda tanya dalam minda saya ialah kenapa agaknya manusia yang berjantina lelaki tetap masuk kedalam gerabak khas untuk wanita? Hm.. pelik tetapi benar. Ya, kadang2 agak menelirukan, bila orang dah ramai sangat, mane nak nampak tempat tu kawasan menunggu koc wanita. Ke, sebenarnya mereka buta huruf atau ade penyakit yang kita panggil APA = Aku Peduli Apa maksudnya, mereka malas nak peduli.

Ala klu semua perempuan dalam gerabak tu, takkan la aku seorang lelaki pon kesah? Tak gitu? Hm, bagi pendapat peribadi penulis, kalau malas ambil peduli pun, bertempat la, dan berhati perut la. Sebab kalau anda yang bernama lelaki masuk gerabak wanita, berdiri takpe lagi. Ni duduk atau tidur dengan bahagianya. Cubalah fikir ibu yang mengandung, orang tua dan ibu yang mendukung bayi..

Mesti bagi anda bukan ada kaitan dengan anda pun tetapi jika mereka keluarga nada tentu anda dengan relanya memberi ruang kepada mereka. Hm, memang la muka tak tahu malu. Sudahlah masuk rumah orang tak bagi salam, nak tidur bermalam kat situ pulak tak minta izin begitulah ibaratnya.

Hm, bukan ke dah terang-terang kat gerabak tu ade pelekat warna merah jambu, putih ade gamba perempuan pulak, tapi kalau tak reti bace pun mesti faham kot.. Kalau tak paham bahasa melayu, kat situ ade enam bahasa tau tak? Hish.. tu yang masih tak faham sampai sekarang kenapa dan kenapa dan kenapa???

Tapi biarlah mausia itu dengan ragamnya asalkan kita tahu apa patut dan yang tidak kita lakukan, keran semuanya kita sandarkan kepada Yang Esa!!

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...