Rabu, 24 April 2013

Alhamdulillah!! Masih DiSINI.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sering sahaja lewat di muka buku, namun perlu disedari, inilah meduim yang telah lama ditinggalkan oleh pencinta ilmu kerana, hari ini.. FACEBOOK lebih popular dari blog. Hari ini juga, instagram, lebih popular dari blog. Begitulah manusia biasa, seringkali terlupa... untuk bersyukur kepada Tuhannya yang telah memberikannya peluang untuk bernafas untuk saat yang seterusnya... Bayangkan jika Allah menghentikan nafas ini 5 minit... adakah kita pasti terus mampu bernafas lagi? Jika diizinkan oleh Allah.. itu jawapan yang pasti. Namun, seringkali kita terlupa bahawa kita ini hanya hambaNYA. Tidak perlukan yang lain melainkan Allah... Tidak perlu bergantung pada yang lain melainkan Allah... Tidak perlu meminta-minta pada yang lain melainkan Allah... Tidak perlu kecewa pada yang lain, kerana Allah tidak akan pernah mengecewakanMu!!! Setiap kali diminta oleh hambaNYA, Allah pasti memberi. Setiap kali digantungkan harapan, redha kepadaNya, Allah pasti menyenangkan. HambaNYA sering lupa, Allah meminjamkan segala-gala yang ada di dunia ini untuk hambaNYA, kerana sifat KASIH dan SAYANGNYA kepada hambaNYA. Cuma, hambaNYA sering lupa dan tidak pernah merasakan yang ada pada dirinya, sekelilingnya adalah pinjaman. Tentunya apa yang dipinjamkan, perlu dipulangkan kepada tuannya. Maka, jangan lupa untuk akur, jika peminjam mahukan apa yang dipinjamkannya semula. Benar? Selagi kita melihat sesuatu dengan mata hati, tentu kita tidak akan pernah menyalahkan sesiapa pun melainkan diri sendiri. Selagi kita yakin dengan tanpa melihat sesuatu, sesuatu itu pasti ada dan pasti berlaku itulah iman yang paling utuh buat Pencipta dan yang MAHA AGUNG. InshaaAllah, dengan sedikit coretan hari ini boleh memberikan peringatan buat diriku dan pembaca... Amin Ya Rabb!!!

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...