Jumaat, 21 Mac 2014

Kecewa - Kehilangan Pesawat MAS #370

Apa yang penulis betul-betul terkilan adalah ada sesetengah pihak menjadikan siasatan polis terhadap semua penumpang dan kru adalah kemungkinan mereka terlibat dalam 'konspirasi' kehilangan pesawat ini. Ada pihak pula cuba menjadikan hal ini sebagai

Beberapa hari yang lalu, vlogger terkenal Matlutfi90 mengeluarkan vblog terbaharunya - buat kepala
  https://www.youtube.com/watch?v=VP31qUVx0eQ ini linknya.


 

Ya, setuju dengan mesej yang cuba disampaikan olehnya. Penulis juga berpendapat dalam isu yang kehilangan pesawat MAS yang telah berlarutan sehingga hari ke-14 pencarian. Siapa tidak runsing? Penulis yang tidak terlibat atau ada kaitan dengan kehilangan pesawat ini pun resah gelisah sejak 14 hari yang lalu. Sekarang sudah menjadi rutin untuk mencari perkembangan terbaharu mengena kehilangan pesawat tersebut.


 

Apa yang penulis betul-betul terkilan adalah ada sesetengah pihak menjadikan siasatan polis terhadap semua penumpang dan kru adalah kemungkinan mereka terlibat dalam 'konspirasi' kehilangan pesawat ini. Ada pihak pula cuba menjadikan hal ini sebagai bahan utama dalam penulisan mereka bagi melariskan akhbar-akhbar mereka; tak salah cuma jangan jadikan ayat-ayat kalian seperti memfitnah orang yang masih belum dibuktikan benar-benar melakukan perkara tersebut (merampas pesawat). 


Penulis sangat tidak menolak sebarang kemungkinan pesawat dirampas, terhempas atau ada agenda lain yang menyebabkan juruterbang tersebut melakukannya. Tidak mahu memihak kepada sesiapa, tetapi cuma mahu pembaca sedar kekadang tindakan menuduh seseorang yang kita tidak pasti melakukannya adalah fitnah.



Bagi penulis, kita perlu tahu dan lihat perkembangan (walaupun masih macam tak berkembang) informasi dari pakar-pakar pasukan penyelamat, geologist, juruterbang dan semua yang arif tentang perkara ini.

 


Usahlah keruhkan keadaan. Keluarga 239 yang berada dalam pesawat tersebut tentu sedih apabila informasi yang diharapkan, yang hadir di laman sesawang hanyalah fitnah terhadap keluarga ahli keluarga mereka yang masih hilang. Pembaca semua, tolong bantu mereka ringankan kesedihan mereka dengan berdoa, berdoa dan berdoa. Tidak kira agama apakah kalian, teruskan berdoa...



Penulis juga mendoakan supaya Raja Bomoh Satu Malaysia mendapat keampunan daripada Allah SWT dan kembali ke arah yang benar. Malu rasanya bila orang luar memomokkan cara berdoa apabila video Raja Bomoh tersebar ia seolah-olah melambangkan cara seorang muslim berdoa bagi mereka. Maka, mohonlah keampunan kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang telah kita semua lakukan sebelum terlewat.



Salam Jumaat- Jgn lupa baca surah Kahfi hari ini :)

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...