Rabu, 5 November 2008

Lagi lagi Najib



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering...



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering menjadi sasaran untuk serangan melalui hal peribadinya dan kematian model Monggolia, Altantuya Sariibu yang dikatakan berkaitan dengan Najib masih belum terjawab. Spekulsi demi spekulasi menghentam Najib. Belum selesai dengan kes Altantuya, Najib diserang lagi dengan bloggers, Raja Petra yang dikatakan memfitnah isterinya. Kini Raja Petra telah ditempatkan dalam tahanan ISA. Kronologi ‘dunia’ Najib seperti diatur-atur oleh seseorang yang mahu melihat kejatuhannya.

Malangnya, semua ini seperti takdir yang telah ditentukan Allah. Namun, jika kita berusaha Allah akan mengubahnya. Tetapi sebenarnya, dunia politik tidak akan lari dari hasad dengki dan ingin terus berkuasa serta mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya kecuali bagi sesiapa yang memilih politik sebagai medan dakwah dan menegakkan Daulah Islamiyah. Tidak pernah asing untuk melihat ahli politik ini terkandas dalam ‘masalah’ yang menjadi hangat apabila menjadi pengetahuan media. Apabila Najib telah Berjaya dalam pencalonan terbanyak sebagai Presiden UMNO, tentu pemimpin yang berpendidikan Barat ini akan menggunakan ilmu “barat’ nya itu untuk memandu kapal yang bakal dimilikki kelak.

Kelihatan janggal apabila ada pemimpin yang sering sahaja dikatakan seperti ‘cool’ dalam setiap perkara tidak mustahil boleh menjadi dalang disebalik pekara yang masih tidak diketahui ramai termasuk Najib. Sebenarnya ada agenda lain disebalik penukaran kementerian yang dipegang, dari ketenteraan diberi kementerian kewangan pula. Bukankah mudah kita menjatuhkan seseorang apabila kita membuka segala rahsia dan kelompangan dalam satu organisai yang pernah dipegang oleh individu tersebut? Jika benar kita melakukan perkara yang baik, tidak menzalimi rakyat dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri demi mendapat keselesaan, kita tidak perlu melatah apabila orang membuka rahsia ‘kejanggalan’ dalam organisasi berkenaan. Tidak kira melihat semula segala wang dan perbelanjaan yang digunakan untuk aktiviti kementerian tersebut.

Sekarang, dicanang pula, Najib bakal mewarisi kuku besi Chedet. Beritanya seperti dibawah:
Najib pewaris kuku besi Dr Mahathir Amin Iskandar | Oct 17, 08 5:52pm Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.

Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.

Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.

Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.

Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.

Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.

Anak bekas perdana menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".

Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.

Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.

Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.

Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.

Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi.

Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.

Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.

Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.

Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.

Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.

Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan.

Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak.

Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.

Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.

Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.

Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:

Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan.

Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat?

Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?

Ahad, 26 Oktober 2008

Minyak OH Minyak


Bila berbicara tentang minyak, tentu orang ramai sudah agak ‘muak’ mendengar samada harga minyak akan turun atau tidak. Jika turun, Alhamdulillah save sikit budget tapi, kalau naik ape nak buat dah nasib kita. Baru-baru ini, minyak turun sebanyak RM0.10 untuk petrol dengar khabarnya dalam langkah untuk mengurangkan beban rakyat? Hari ini pula ada lagi pengumuman dari Dato’ Shahrir Abdul Samad yang menyatakan bahawa harga minyak akan turun lagi sebanyak RM0.15 akhir bulan ini tetapi tidak mahu merugikan pengusaha stesen minyak, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat.

Bila berbicara tentang minyak, tentu orang ramai sudah agak ‘muak’ mendengar samada harga minyak akan turun atau tidak. Jika turun, Alhamdulillah save sikit budget tapi, kalau naik ape nak buat dah nasib kita. Baru-baru ini, minyak turun sebanyak RM0.10 untuk petrol dengar khabarnya dalam langkah untuk mengurangkan beban rakyat? Hari ini pula ada lagi pengumuman dari Dato’ Shahrir Abdul Samad yang menyatakan bahawa harga minyak akan turun lagi sebanyak RM0.15 akhir bulan ini tetapi tidak mahu merugikan pengusaha stesen minyak, harga minyak akan diturunkan secara berperingkat.

Ini adalah penurunan harga minyak yang kali keempat dalam tempoh 4 bulan ini. Mengurangkan beban rakyat? Kalau betul-betul nak kurangkan beban rakyat kenape naikkan harga minyak semasa bulan Jun yang lalu? Masa bulan Jun dulu kata TERPAKSA ambil keputusan TIDAK popular supaya Negara tidak menanggung terlalu banyak subsidi minyak yang sepatutnya juga ditanggung oleh rakyat. Lepas tu bila dah turunkan kata nak bantu kurangkan beban rakyat. Sejauh mana beban rakyat berkurang? Mungkin harga petrol untuk satu perjalanan lebih jimat tapi berapa liter sangat. Tahu tak yang harga makanan juga naik? Huh, sekali dah naik takkan boleh sesuka hati boleh turun jugak macam harga minyak kot? Kesian kat orang-orang yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ntah sempat ke tak menjamah nasi sejak harga minyak naik ni.

Ada lagi kemungkinan kerajaan turunkan minyak, tapi yang ni memanglah tak keluar surat khabar, sebab takut kat kerajaan impian Anuar. Baru berasa ‘duduk atas bara api’. Sekarang baru terasa panas bara api tu. Kalau Anuar tidak mencanag-canagkan jika dia boleh menjadi PM apa yang dia akan lakukan, barulah pihak kerajaan sekarang terkocoh-kocoh nak cari jalan supaya memberikan mata-mata rakyat melihat bahawa pihak kerajaan juga mampu menurunkan harga minyak. Apa yang paling tak tahan sekali, bila lepas harga minyak turun mesti tukang ampu kerajaan ni kata “Ha, tengoklah, kerajaan pun mampulah turunkan harga minyak, dah, tak payah layan dan undi Anuar tu. Dia bukannya mampu menukar kerajaan seperti yang dia katakan bahawa 16 September itu, kerajaan akan bertukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat. “ Cubalah kita sematkan sesuatu yang memikirkan mengenai masalah pengurusan ‘negara’ kita ini bukannya sibuk nak ganyang penyokong yang sana atau pun yang sini. Semoga apa yang kita perjuangkan bukan untuk kepentingan diri, malah untuk kepentingan semua dan untuk hari akhirat yang pasti.
Wallahu’alam.

Isnin, 13 Oktober 2008

Pak LAH leLAH?


Beberapa hari yang lalu, kenyataan PM yang ingin memberikan ruang kepada Najib saya anggap ini adalah satu tindakkan yang berani.Namun, jika kita lihat, satu persatu Pak Lah berikan kepada Najib. Tahap prestasi Najib semakin baik agaknya, sehinggakan sesuatu perkara yang sepatutnya diuruskan oleh Pak Lah diberikan kepada Najib: kementerian kewangan.

Tindakkan yang cukup-cukup berani ape tidaknya, setelah memberikan 'kewangan' negara kepada Najib, sekarang, jawatan presiden milik Najib. Saya terfikir adakah Pak lah sudah leLAH untuk mengawal kewangan negara dan pergelutan dalam UMNO?





Beberapa hari yang lalu, kenyataan PM yang ingin memberikan ruang kepada Najib saya anggap ini adalah satu tindakkan yang berani.Namun, jika kita lihat, satu persatu Pak Lah berikan kepada Najib. Tahap prestasi Najib semakin baik agaknya, sehinggakan sesuatu perkara yang sepatutnya diuruskan oleh Pak Lah diberikan kepada Najib: kementerian kewangan.

Tindakkan yang cukup-cukup berani ape tidaknya, setelah memberikan 'kewangan' negara kepada Najib, sekarang, jawatan presiden milik Najib. Saya terfikir adakah Pak lah sudah leLAH untuk mengawal kewangan negara dan pergelutan dalam UMNO?atau Pak Lah sudah leLAH mendengar desakan demi desakkan yang diberikan kepadanya ketika Barisan Nasional telah hampir kaLAH dalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya secara ikhlasnya ingin memberikan pandangan terhadap perkara ini. Saya percaya dan yakin, pelabur asing tentu tidak mehu unutk melabur di negara kita buat jangka masa yang terdekat ini b erikutan dengan pergolakkan politik dalam negara kita. Saban hari didada akhbar merencanakan isu-isu UMNO. Adakah akhbar di Malaysia ini hanya dibayar untuk memberikan liputan tentang UMNO? Tentu Pak LAH leLAH memnikirkan hal ini. Maka, ancaman media ini juga mungkin menyebabkan Pka LAH sudah leLAH memikirkan perkara yang perlu beliau ambil untuk menyelesaikan isu-su dalam negara.

Kurangkah kredibiliti Pak LAH? Mungkin beliau memerlukan sesuatu yang boleh mengasah ketajaman akal supaya dapat memikirkan secara pantas jalan penyelesaian. Atau, mungkin Pak Lah terlalui beraLAH dengan rakyat? apa yang rakyat mahu semua diturutkan sehingga penyebabkan diri sendiri yang terkorban...


Tentu... pembaca sekalian boleh memikirkan jawapan yang sebenar, saya sekadar mahu bermain teka-teki. Mari kita lihat... siapa yang kena!
Dengar-dengar, pihak Pakatan Rakyat sudah menubuhkan kabinet yang cukup unutk memerintah. Tapi tiba-tiba rasa takut sebab bila kuasa pemerintahan beralih, orang yang belum mampu mengawal dan tidak boleh menerima sesuatu secar drastik tentut akan bertindak secar melulu. Jika benar, perubahan kerajan seperti yang dihebahkan 16 September lalu menjadi kenyatan... bersedialah menerima dengan hati yang terbuka. Cukuplah negara ini terus menjadi jajahan 'dulu, kini dan selamanya'. Kita harus berubah!!! Pak Lah juga mahu berubah!
Hidup Pak Lah!!!

Rabu, 8 Oktober 2008

Eid Mubarak!

Salam Aidilfitri buat semua pelawat blog ini. Semoga lebaran yang baru kita sambut ini memberi lembaran baru buat semua umat Islam. Hari ini baru sempat aku meluangkan masa untuk menulis di blog ini. Sudah lama rasanya tidak berceloteh dan menjadi tatapan pengujung sekalian. Almaklumlah, bila sudah balik ke kampung halaman, tiada wireless mahupun broadband manalah sempat untuk buat post yang terbaru. Semalam, sementara tengah cari input untuk assignment, terasa gatal pula jari-jari ini nak tengok blog. Adalah blog sahabat nie yang baru di update lepas raya kata alasan sahabat-sahabat seperjuangannya tidak update blog kerana masih dalam mood raya, sibuk kira duit raya tapi biarlah aku menjawab alasan itu mungkin benar bagi orang lain tapi aku selepas raya nie... kerja melambak-lambak datang. Memanglah sebelum raya buat jugak tapi tetiba datang... susah la nak explain tapi tak pe, syukran kepada sahabat yang berkenaan kerana buat aku terasa dan terus nak update blog.

Rabu, 24 September 2008

Sinar Kegembiraan...


Setelah berpuasa sebulan, tiba pula bulan yang diertikan sebagai bulan kemenagan iaitu Syawal. Keberkatan ramadhan mungkin tidak boleh dibanding dengan bulan yang lain, namun setiap bulan Islam terdapat keistimewaannya tersendiri. Tentu sekarang ramai yang sedang sibuk mencari baju baru,kuih raya dan pelbagai lagi persiapan yang saya kira bukanlah sesuatu yang penting.

Apa yang penting adalah mengejar pahala yang masih dicurahkan oleh Allah dalam Ramadhan. Bukanlah bersekang mata unutk membuat kuih atau baju raya tetapi, bangun malam untuk merebut pahala yang bakal berakhir pada malam Syawal. Mungkin ada sesetengah yang berpendapat " Ala, tahun depan kan ada" adakah kita yang boleh menentukan ajal kita pada tahun depan masih ada? Tahun depan masih ada namun, adakah kita juga masih ada seperti 'tahun depan'?

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian ibu sahabat saya. Bayangkan seorang ibu meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam Ramadhan. Alahamdulillah Allah telah takdirkan ibu ini terlepas dari azab kubur.Hati ini pasti sayu pada pagi Syawal. Selalunya, DIAlah yang sibuk menyediakan ketupat, memasak rendang, menyediakan kuih raya dan menghias rumah.Kali ini, hari lebaran disambut dengan hambar. Tanpa limpahan kasih dan sayang seorang ibu. Tangisan sudah tidak berguna apabila mengenangkan kesalahan kita terhadapnya pada masa lalu.

Oleh itu, sahabat-sahabt, bersama-sama kita manfaatkan masa kita bersama ahli keluarga yang tersayang pada hari lebaran ini. Bermaaf-maafan, curahkan kasih sayang selagi mereka ada disisi. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana kematian itu ada dimana-mana tidak kira tempat mahupun waktu. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh ibu sahabat saya dan semoga ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Diharap Syawal ini bukan sahaja kita bergembira malah mengingati orang yang tiada.Serta tidak dilupakan fakir dan anak-anak yatim, doakan mereka semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Tentunya mereka merasaka bulan Ramadhan dan Syawallah waktu mereka bergembira dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan bila bulan ini berakhir, adakah ada golongan yang masih prihatin terhadap mereka? Ada, namun bilangannnya tidaklah sebanyak pada bulan Ramadhan dan Syawal.

Semoga hari lebaran yang mendatang membawa erti yang besar, bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa dibulan Ramadhan, tetapi lebih dari itu.

Salam Aidilfitri.

Selasa, 9 September 2008

Ajaibnya RAMADHAN



Menjalani hari-hari dalam bulan yang penuh barakah ini, diriku ingin membicarakan tentang sesuatu yang mungkin sahabat semua mungkin tidak terfikir atau terlepas pandang. Heningnya keadaan surau. Apabila Ramadahan tiba, tentu semua orang melihat fenomena membanjiri masjid sebagai satu kewajipan. Kadang-kadang tiada satu ruang pun unutk mencelah ke saf hadapan.

Namun, bila Ramadhan berlalu? Berlalulah semua orang dihadapan masjid, tergesa-gesa unutk pulang ke rumah selepas waktu pejabat dan tidak akan datang membanjiri masjid pada waktu Isyak seperti yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Itulah keajaiban Ramadhan. Allah gerakkan hati-hati manusia yang tidak pernah menlangkah ke masjid atau surau-surau yang berdekatan datang memeriahkan rumah Allah pada bulan yang datangnya limpahan pahala dan rahmat.

Apakah kita sedar yang kita lakukan selama ini hanya mewajibkan diri hampir ke surau pada sebulan setahun? Bagaimana kita isi masa dan raung yang ada pada hari-hari dan bulan-bulan biasa? Tidakkah ia satu yang merugikan padahal pada bulan Ramadahan boleh sahaja ramai-ramai datang mengimarahkan surau. Pada bulan biasa? Tidakkkah kita mempunyai lebih banyak masa? Atau gandaan pahala yang besar yang telah dijanjikan Allah pada bulan Ramadhan ini yang kita kejar?

Tepuklah dada tanyalah iman. Adakah kita benar-benar ikhlas ke masjid-masjid pada bulan puasa kerana Allah? Atau sekadar mahu menutup malu, apa kata orang kalau kita tidak ke masjid pada malam hari selepas berbuka puasa? Apa kata orang jika aku tidak ke surau atau masjid unutk solat tarawikh? Apakah kita perlu memperdulikan 'apa kata orang'? Bagaimana dengan 'APA KATA ALLAH'? yang mana satu kita beriman sebenarnya? yang mana satu sepatutnya kita takut sebenarnya?

Fikir-fikirkan!

Selamat manjalani ibadah puasa dan merebut pahala di bulan ini!

Rabu, 3 September 2008

Malam Merdeka VS 'Virus'





Malam kemerdekaan memang malam yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira kaum dan agama, semuanya sibuk untuk sama-sama meraikan malam untuk menunggu tibanya detik 12 tengahmalam, iaitu tanggalnya 31 Ogos. Namun, apa yang paling menyedihkan, semua yang hadir untuk meraikan bersama 'teman' istimewa kiranya ia adalah satu detik yang tidak boleh dilepaskan.

Dari tahun, ke tahun selepas sambutan hari kemerdekaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya semakin menular. Mungkin didada akhbar arus perdana tidak pernah menerobos diwaktu selepas detik merdeka kerana bagi mereka selepas waktu itu tentunya semua orang yang hadir akan terus bersurai.

Realiti hari ini berbeza dari pandangan 'hati putih' masyarakat yang mana selepas sambutan kemerdekaan ramai gadis-gadis mengorbankan atau dikorbankan dara mereka. Adakah ini yang kita mahukan apabila menyambut kemerdekaan setiap tahun? Tidakkah ada pihak yang prihatin membantu anak muda yang kekeringan moral ini?

Inilah benih yang kita tabur 51 tahun dahulu yang telah menghasilkan buah-buah yang beracun dalam masyarakat. Masyarakat, fikirlah! Adakah kita mahu masa depan anak muda yang mewarisi masa hadapan untuk memimpin negara tidak moral? Apakah sebenarnya yang kita kurang dalam memberikan didikan akhlak serta didikkan moral kepada mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan?

Jika disekolah tentu guru yang akan dipersalahkan, apabila ditanya ibubapa tentunya mereka mengharapkan anak mereka boleh menjadi seorang 'insan' apabila dihantar ke seolah. Bagi mereka, disekolahlah tempat untuk anak-anak mereka belajar menjadi 'insan'. Tapi adakah ini berlaku disekolah sekarang?

Kementerian pendidkan pun telah ditukar kepada kementerian pelajaran kerana pihak berwajib mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mendidik anak muda. Berbezakah pelajaran dan pendidikan?

Pelajaran ialah hanya merangkumi pengajaran yang disampaikan kepada seseorang. Manakala pendidikan ialah mendidik dalam aspek yang lebih luas iaitu bukan hanya memberikan ilmu malah mengajar ilmu metafizik dalam diri anak muda. Masalah yang dihadapi oleh generasi masa kini ialah mereka telah didoktrinkan dengan pemisahan aktiviti dan ketuhanan yang lebih berbentuk etika.

Adakah negara kita juga mahu menuruti langkah negara barat yang penuh dengan masyarakat yang tidak mengenal erti moral dan etika terhadap diri dan Tuhan. Anda mahukan masyarakat pada masa hadapan yang bagaimana?

Pilih halatuju hidup anda dan cuba rungkaikan apakah masalah masyarakat yang tenat menjagkiti masyarakat kita? Adakah virus-virus negara barat cuba menjadi sel kanser yang menyebabkan masyarakat pada masa kini lemah moral serta etika.

Inikah yang kita mahu? Fikirkan!

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...