Khamis, 9 Julai 2009

I HaTe nOt To BE mYsELF!!


Dalam usaha merealisasikan impian untuk memperjuangkan Islam, memang penuh onak dan duri. Onak dan duri tu, bukan setakat orangluar lingkungan pejuang ISlam, tetapi orang yang berada dalam perjuangan. Inilah dikatakan mehnah dalam perjuangan.

Pernah tak orang cakap, kita perlu jadi diri sendiri? Tapi kenapa bila jadi diri sendiri, diri kita dipertikaikan dengan pelbagai perkara. Salahkah jadi diri sendiri? Bila jadi hipokrit pun salah... Adakah apa yang kita perlu dalam hidup ini? Kita perlu jadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain?

Fikirlah dan jawab sendiri.

Lagi satu, nak diceritakan bagaimana dari nak jadi pandai???

Berdasarkan apa yang saya diceritakan, seorang rakan yang gigih belajar sesuatu untuk masa depan generasi seterusnya. Apa yang berlaku, sikap yang perlu ada dalam diri kita APABILA mahu belajar sesuatau ialah, rendahkan diri, buangkan ego. Apa yang berlaku ialah, rakan saya ini sentiasa dihina dan dilemparkan dengan kata2 yang sangat merendahkan motivasi yang akan menyebabkan kita bakal berhenti untuk terus belajar. Tapi, kerana tekad dan niat yang tersemat didada segalanya hanyalah untuk ISlam, dia tidak berhenti, tetapi teruskan waaupun dirinya dicabar!!!

Buatlah segalanya untuk Islam, InsyaAllah diri kita tetap kuat dan bersemangat kerana ruh yang Allah tiupkan dalam diri kita.

Be your self, jangan terlalu suka mengarah, ingat Allah dan jangan sampai perkara mungkar yang kita lakukan akan melambatkan kemenangan Islam!!!

Wallahua'lam!!!

Type your summary here

Jumaat, 5 Jun 2009

..::TEKAD::..

Tekad
Album :
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da?wah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

Type your summary here

Manohara jejas hubungan Indo-Malaysia

Salam, berabuk da laman post nie... Alhamdulillah petang yang damai (walaupun tak seberapa damai dengan jeritan orang tengah mengamok..)Nie kisah Manohara yang sedang kecoh di Indonesia (menurut kawan saya yang sedang belajar di sana) sehingga nama Malaysia sangat buruk disana. Nasib baik tidak ada kes seperti dulu yang menyebabkan kemalangan jiwa kepada rakyat Malaysia yang berada disana. Walaubagaimana pun, rakyat Malaysia yang berada disana terkena tempias kes Manohara nie. Rakyat Malaysia disana kne pandang serong dan orang-orang Indonesia selalu kutuk-kutuk mereka.

Masalah orang Indonesia nie, mereka akan percaya 100% apa yang ditulis dan dilaporkan oleh media massa yang ada. Mereka akan membuta tuli mempercayai kes sex abuse tu... Hm... tak pasal-pasal orang Malaysia pulak yang jadi mangsa. Harap pihak yang berkenaan tolong la rakyat Malaysia yang ada disana, sebab takut-takut ade sebarang keganasan. Alhamdulillah, ada segelintir dari rakyat Indonesia nie dah ade yang berfikiran terbuka.

Fikir-fikirkan....


Sumber: Malaysiakini

Menteri dalam negeri berharap isu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Manohara Odelio Pinot tidak disensasikan sehingga boleh menjejaskan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

"Hanya kerana ia berlaku di kalangan keluarga diraja, ia disensasikan. Di sini saya rasa media perlu lebih bertanggungjawab, bukan media
Malaysia tetapi dalam perkara ini ia melibatkan dua negara," Datuk Seri Hishammuddin Hussein dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan kementeriannya hari ini.

Manohara Odelia, yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, melarikan diri ke Jakarta hujung minggu lalu dari Singapura dan mendakwa beliau "diperlakukan seperti binatang".

Bekas model muda itu yang dikahwini Tengku Muhammad Fakhry Petra pada Ogos tahun lepas sejak kembali ke Indonesia melemparkan pelbagai dakwaan serius terhadap suaminya di pelbagai media republik tersebut.

Rabu lepas, istana Kelantan mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan dakwaan Manohara Odelia itu "urusan peribadi suami isteri" yang perlu diselesaikan mengikut lunas undang-undang.

Menurut agensi berita itu lagi, Hishammuddin berkata tiada laporan polis dibuat oleh Manohara Odelia berhubung dakwaannya itu di negara ini dan siasatan sudah tentu akan dilakukan jika ada laporan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, ketika mengulas perkara yang sama, berkata laporan polis dibuat di Singapura dan pihak berkenaanlah yang membuat siasatan.



nie pula sumber dari akhbar tempatan di sana (Indonesia)


sumber: Jakarta Post

Kelantan prince let Indonesian model go, friend says

Ary Hermawan , The Jakarta Post , Jakarta | Mon, 06/01/2009 6:18 PM | World
Manohara Odelia Pinot did not “escape” from her husband, Tengku Muhammad Fakhry, but was given permission to go with her mother, Daisy Fajarina, the husband’s best friend said.

“Tengku Temenggung [Tengku Muhammad Fakhry] has no problem with Manohara’s [return to Indonesia] as it is with his consent,” Mohd. Saberi told Malaysiakini.com on Monday.

He said Manohara decided to go with her mother after speaking with her mother and sister Dewi Sri Asih for seven hours and there was no “brawl” between the Kelantan royal family and Daisy’s family.

He added the royal family denied having abused Manohara, saying that what she said to the Indonesian media had been set up by Daisy.

“What she said [was arranged] to confirm her mother’s claims,” he said.

Type your summary here

Isnin, 25 Mei 2009

KeCEWA!!!

Dua hari lalu, ketika akhbar arus perdana dibelek-belek, saya terbaca mengenai sebuah kumpulan atau kelab yang dinamakan 'kelab tiada dara' yang mana mereka yang ada dalam kelab ini menggunakan tatu yang menunjukkan bahawa mereka mengamalkan seks bebas.

Apa yang mengeCEWAKAN, mereka ini masih musa, usia dalm lingkungan 18 tahun dan 20-an. Sedih apabila saya mengetahiu bahawa tahap sosial yanga da di Malaysia ini saling tidak tumpah dengan budaya di Barat. Adakah kerana dahulu kita pernah dijajah oleh penjajah dari Barat, menggunkan sistem pentadbiran dari Barat, dan masyarakat pula kita mahukan membentuk mereka seperti masyarakat Barat? Bukankah orang Asia mempunyai budaya dan cara hidup mereka yang tinggi dan tidak ternilai? Perlukah kita mengikut telunjuk Barat dalam gaya hidup kita?

Tidak pernah saya bayangkan masyarakat berpenyakit yang mampu 'membunuh' budaya dan agama kita sendiri. Lebih mneyedihkan mereka ini dikalangan orang Melayu. Bukan kerana malu kerana sama bangsa dengan mereka, tetapi malu kerana sama agama dengan mereka. Islam tidak pernah memberi dorongan orang yang bersyahadah dengan dua kalimah agung itu meakukan perkara-perkara yang menyebabkan kerosakkan salam masyarakat. Percayalah, Islam tidak mengongkong tetapi 'membebaskan' orang Islam dari melakukan perkara-perkara yang melanggar nilai-nilai kemanusiaan.

Hal ini mneyebabkan masalah sosial semakin rumit untuk dirungkaikan. Bermacam-macam cara kerajaan telah lakukan. Tetapi apa yang saya nampak, penyelesaiannya adalah... kembali kepada Islam. Wallahu a'lam.

Type your summary here

Impian KOSONG

Pentadbiran Perak sangat menarik perhatian media dunia bukan sahaja Malaysia. Demokrasi dan sistem yang telah digubal hampir setengah abad ini akhirnya dicabar dan dicalar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mana tidaknya, soal ketua yang tertinggi di Perak, iaitu Menteri Besar menjadikan pentadbiran Perak kucar kacir. Namun, apa yang berlaku pada 4 Mei yang lalu melibatkan pergelutan YB-YB menunjukkan penghormatan mereka terhadap kesucian protokol di dalam DUN telah dicemari. Adakah ini kerana mereka tidak berfikiran waras? Berkelakuan seperti keanak-anakkan. Tidakkah inilah nilai akhlak yang ada pada pemimpin yang tidak diiktiraf oleh undang-undang? Sesukahati menggunakan kuasa yang ada untuk mencapai impiannya. Malangnya, impian yang diberikan kepada rakyat???

KOSONG!

Jauh disudut hati mereka ini tidakkah pernah terfikir bahawa semua yang mereka lakukan ini adalah untuk memberikan peluang dan ruang untuk memperjuangkan hak rakyat BUKANNYA hak diri sendiri. Ini adalah pandang peribadi saya terhadap pencemaran protokol dan adab terhadap undang-undang yang dijadikan seperti lampin pakai buang; jika perlu digunakan, jika tidak hanya perlu dicampakkan di dalam tong sampah.

Jika kita mahukan perjuangan dalam menegakkan kebenaran bagi kita lihat MB Perak yang mana benar, ujilah dengan adil dan saksama bukannya prinsip dn pendirian akan beubah apabila keputusan Mahkamah Tinggi telah dikeluarkan. Biar apa pun keputusannay, hanya Allah yang mengetahui kerja manusia yang terlibat dalam mengendalikan kes ini samada amanah dengan tangungjawabnya, atau sebaliknya.

Jangan biarkan impian KOSONG ini terus diberikan kepada rakyat Perak... Mereka mahukan impian yang mampu dicapai.

Wallahua'lam!!!

Type your summary here

Selasa, 5 Mei 2009

RINDU!

Salam,

Sudah hampir sebulan rasanya tidak menjenguk dan mennyediakan post-post untuk blog ini. Setelah sekian lama, banyak pula rasanya hendak dicoretkan dalam blog ini. Tidak lama lagi hari ibu bakal tiba. Kepada semua ibu, selamat hari ibu! Besarnya pengorbanan ibu dalam berjuang untuk melahirkan anak-anak kedunia ini, bertarung nyawa demi memberikan zuriatnya peluang untuk melihat dunia. Sungguh besar pengorbanan ibu apabila tidak akan lena tidur jika anaknya sedang dalam keadaan yang tidak sihat. Semasa kecil pula, dia tidak akan membiarkan seekor nyamuk pun mendekati apatah lagi menjamah kulit halus anaknya yang masih kecil itu. Rindunya rasa hati ini kepada bonda yang tersayang apabila sekian lama tidak balik ke rumah.

Namun, persaan ini lagi memilukan apabila menbaca blog seorang ustaz yang kematian isterinya kerana melahirkan anak. Saya cukup tersentuh apabila dia menceritakan keadaan anaknya yang masih kecil yang sangat manja asyik bertanyakan tentang umminya. "Abah, Ummi dah mati ke?" mulutnya mengomel dengan cerdik walaupun dia masih belum mengerti apa erti 'kematian' itu, namun dia sudah belajar untuk terima umminya sudah mati walaupun dia masih perlukan kasih umminya lagi kerana dia baru sahaja berumur 2 tahun pada ketika umminya pergi bertemu Allah.

Alhamdulillah saya masih mempunyai ibu. Ibu tempat saya mengadu semua perkara, dari sekecil-kecil perkara. Kadang-kadang rasanya perkara itu tidak patut diberitahu kepada ibu namun, ketika berbual ditelefon, perkara yang tidak penting juga diberitahu. Alhamdulillah, bersyukur kerana Alah masih berikan peluang kepada saya untuk merasai kasih sayang ibu. Kalau diizinkn Allah, saya mahu menjaga ibu saya seperti dia menjaga saya dahulu. Owh, sebelum terlupa, ayah dan ibu. Kalaulah ayah saya yang membaca entri ini tentunya dia berkecil hati kerana saya hanya mahu menjaga ibu saya, tentu kedua-duanya!! Merekalah permata hati saya. Semasa kecil, memang tidak dinafikan, saya agak nakal sehingga saya sering dimarahi. Apabila sudah besar, dan boleh berfikir secara rasional, saya faham bahawa marahnya ibu,leteran ibu, pukulan ibu itu semua adalah tanda kasih sayang ibu kepada saya. Jika ibu tidak buat seperti itu, tentu saya tidak akan merasakan itu adalah teguran, pukulan dan leteran kasih dari ibu sekarang.

Walaupun sudah besar, saya ridukan leteran ibu, entah mengapa mungkin itu adalah penyeri hidup saya. Alhamdulillah, dalam hati iniAllah tidak memberikan perasaan dendam terhadap ibu saya mungkin kerana darahnya juga mengalir dalam badan ini yang menjadikan diri ini cuba untuk menjadi sempurna dimata seorang ibu. Kasih sayang ibu tidak boleh dibalas walaupun segunung emas digadai untuk membalas jasanya.InsyaAllah, doa kepada mereka setiap hari dalam tiap waktu solat adalah hadiah kecil buat mereka. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang setimpal atas semua pengorbanan dan kasih sayang mereka.

Tidak ada ibu yang tidak menyayangi anak-anaknya, walaupun negara kita juga mempunyai rekod yang agak tinggi dalam statistik pembuangan bayi, ia adalah faktor nafsu yang menghasut mereka untuk membuang anak tersebut kerana hendak menutup malu. Hal ini kerana keterlanjuran mereka untuk membuat keputusan kepada diri mereka sendiri, merosakkan diri untuk memenuhi keperluan nafsu mereka. Kes pembuangan bayi ini sepatutnya tidak berlaku kerana Islam sudah mengajar umatnya cara-cara yang sesuai dan benar dalam hubungan antara manusia.

Selain itu, kes lambakkan rumah-rumah warga emas juga sepatutnyatidak wujud kerana anak-anak mereka masih ada untuk menjaga ibu dan ayah mereka. Namun, oleh kerana hendak mencaari kekayaan dunia ini, ramai anak yang terlupa untuk melihat bahawa ini adalah satu tanggungjawab mereka dan memberikan mereka kekayaan diakhirat kelak. Benarlh satu kata-kata, "seorng ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu". Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari menjadia anak-anak yang mengabaikan tangunggjawab kepada ibu bapa kita pada masa hadapan.

Selmat hari IBU!!!

Type your summary here

Selasa, 7 April 2009

ku harapkan kesihatannya kembali!

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berkesempatan untuk meziarahi sahabat saya yang sedang terlantar di hospital. Sewaktu dalam perjalanan kesana, macam-macam Allah uji dan duga. Hm... biasalah, kalau guna public transport kat kota raya nie mmg la macam tu... sesak... Setibanya dihospital, sahabatku sedang dilawati oleh ibu sahabatku yang terlibat dengan kemalangan bersamanya. Tidak seperti yang di ceritakan oleh sahabat sebelum ini, keadaannya agak teruk, namun, saya pergi ketika dia sudah menjalani pembedahan. Alhamdulillah keadaannya semakin baik. Saya sangat bersyukur apabila dapat berbual-bual dan sempat pula dia membuat lawak. Begitu tabah hatinya. Saya mohon, sahabat-sahabat lain doakan unutk dia seperti yang dia telah beritahu kepada saya, doakan kesihatannya. Saat ini, kita dapat lihat kepiluan dan kesayuan hatinya kerana mengharap Allah mempercepatkan ujian ini berlalu... Semoga dia sembuh cepat dan ceria seperti biasa tidak lama lagi!!! Ameen!!!

Type your summary here

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...