Khamis, 24 Julai 2008

Bulan itu, kembali!

Setahun sekali, kita tentu berhadapan dengan tiga bulan mulia dan amat dinanti-natikan oleh seluruh umat Islam. Bulan Rejab, Sya'ban, dan Ramadhan telah memberi pelbagai cara umat Islam mewarnakan hari-hari di dalam tiga bulan ini.


Kepada orang-orang yang masih belum lagi menggantikan puasanya yang telah ditinggalkan tahun lepas tentu mengambil kesempatan untuk berpuasa pada dua bulan ini kerana Ramadhan bakal menjelang.


Hari ini, tanggal 21 Rejab tinggal beberapa hari lagi untuk kita meninggalkan bulan Allah ini. Fadhilat dalam bulan ini sangat banyak seperti bulan-bulan yang lain. Setiap bulan mempunyai kelebihan yang sangat berbeza dan unik.


Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.


Tika kedinginan pagi juga jangan lepaskan peluang untuk merintih dan mendapatkan cinta dari Allah SWT.

Semoga Allah menghitung apa yang kita kerjakan ini supaya mendapat keredhaan daripadaNYA.





Isnin, 21 Julai 2008

Dunia Mengecil?


Zaman dahulu kala, ketika bumi ini tiada yang tahu bentuknya seperti bola, ramai yang berkelana ke lautan sangat takut untuk berlayar jauh ketengah meredah ombak dan badai yang lebih hebat. Kenapa?




Pada waktu tersebut, mereka merasakan bumi ini tentu ada penghujungnya dan sesiapa yang berlayar jauh dari lingkungan yang mereka anggarkan, tentu mereka akan jatuh kebawah seperti Niagara Falls yang tinggi dan curam.



Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa bumi ini wujud dalam bentuk yang sangat unik dan tidak menyebabkan sesiapa yang berada diatasnya jatuh ke angkasa raya.


Tidak seorang pun pada zaman dahulu akan berfikir yang dunia ini semakin mengecil. Mustahil bumi yang statik ini mengecil? Mengecil dari segi ingin mengetahui segala-galanya di dunia ini. Hanya dengan menekan satu jari, apa-apa maklumat yang diperlukan di dunia ini akan diketahui oleh sesorang itu walaupun dia tidak pernah ke tempat tersebut.



Dalam hal globalisasi ini telah memperlihatkan kebesaran dan ketinggian ilmu Allah yang tidak terbanding luasnya. Sesekali terasa betapa kerdilnya manusia ini, adapun manusia yang telah membuat ciptaan demi ciptaan untuk memberi kemudahan dan keselesaan pada manusia sendiri, tetapi semuanya datang dari ilham yang diberikan oleh Allah S.W.T.



Jaringan perhubungan tanpa wayar juga telah berlaku. Betapa kecilnya dunia ini telah kita terokai satu demi satu dengan hujung jari sahaja. Betapa kecilnya dunia ini jika dibandingkan pada zaman dahulu kerana dahulu tidak wujud lagi ciptaan yang hebat ini. Jika dahulu, ingin mengenali dan mengetahui bagaimana keadaan negara China, perlulah menarik sauh dan berlalu dari pelabuhan untuk mengharungi badai dilautan untuk sampai ke China dan menambah maklumat tentang China.



Sekarang hanya beberapa ketukkan jari-jemari di atas 'keyboard' kita boleh mengetahui pelbagai maklumat mengenai negara China walaupun tidak pernah ke sana.



Renungkan sejenak, kebaikkan teknologi yang kita ada sekarang. Implikasi keatas setiap apa yang kita ada telah memberikan suatu pengajaran yang cukup besar dan bermakna dalam mencari dan menerokai Ma'rifatullah.

Isnin, 14 Julai 2008

Merentasi 50 tahun merdeka...





Tidak sampai sebulan lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 51.


Namun, apabila kita singkap kembali kadar sosial, dakwah orang Islam tidak meluas. Sepatutnya, apabila kemerdekaan yang menjangkau usia sebegini ini populasi orang yang memeluk Islam sepatutnya lebih ramai daripada orang yang bukan Islam.


Namun, semakin lama situasi untuk memahami umat Islam semakin kusut apabila salah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam semakin rumit. Hal ini semakin kritikal apabila orang Islam sendiri tidak dapat mengamalkan Islam secara menyeluruh. Hakikatnya, Islam yang diajar itu sudah cukup indah dan sempurna. Inilah kesalahan orang Islam yang tidak pernah peduli untuk cuba menyelesaikan salah tanggapan ini terhadap orang bukan Islam.

Penulis tidak bermaksud untuk menjadikan orang Islam dan bukan Islam bergaduh, tetapi biarlah kita sama-sama memahami antara satu sama lain. Sebagai contoh, disebabkan orang Islam diberi keutamaan di negara ini sebagai salah sebuah negara Islam. Oleh itu, jika orang bukan Islam melakukan sesuatu yang boleh menyentuh sensitiviti orang Islam, orang Islam akan terus melenting.

Cuba kita fikir balik pernyataan tadi berdasarkan cerita ini. Satu perjumpaan diadakan beberapa rtahun lalu, bersama orang cina yang berada di satu kawasan telah diadakan dalam usaha untuk membawa mereka memahami Islam. Situasi tersebut sangat meriah namun, semua orang cina 'menarik muka' apabila makanan yang dijamu kepada mereka berasaskan daging. Benarkah rakyat di Malaysia hidup berbilang kaum ini betul-betul mengenali dan memahami agama yang lain di Malaysia?

Cerita yang dinyatakan tadi jelas menunjukkan rakyat di Malaysia seolah-olah tidak 'mahu' ambil peduli mengenai agama lain. Menghidang daging kepada kaum cina yang menganut agama Buddha seharusnya dijadikan iktibar kerana tidak semua bangsa cina yang menganut agama Buddha makan makanan yang berasaskan daging. Bayangkan kita di letakkan dalam situasi mereka? Mereka menjemput orang Islam memakan daging khinzir. Tentunya kita terus akan melenting dan terus menuduh bahawa mereka tidak menghormati agama kita.

Fikirlah secara mendalam adakah kita juga menghormati agama mereka? Bukankah sebelum kita mahu orang menghormati kita, kita sepatutnya menghormati orang lain terlebih dahulu? Koreksi diri, renungkan kembali betapa lesunya perjuangan orang Islam di Malaysia dalam memastikan orang berlainan agama meletakkan persepsi yang paling baik untuk agama yang paling sempurna dan tiada tolok bandingnya ini. Tidak cukupkah 50 tahun kemerdekaan yang ita kecapi untuk menjelaskan salah tanggapan ini kepada mereka yang mungkin tercari-cari jalan kebenaran dan sedang menuju untuk mengenali agama Allah ini.

Siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara ini melainkan kita penganut agama Islam...
Wallahua'lam.

Khamis, 10 Julai 2008

Kes Liwat dan MPP?





Sungguh sedih dan memalukan apabila seorang bekas MPP telah terllibat dalam kes liwat ini. Tentunya dipihak kita tidak diketahui sejauh mana kebenaran terhadap laporan kes tersebut. Namun, Allah Yang maha Tinggi tahu sejauh mana kebenaran cerita ini. Tentunya Allah hendak menunjukkan sesuatu dalam jalan hidup bekas MPP ini.


Sebagai orang yang berada dalam kampus sekarang, saya merasakan imej mahasiswa yang baik telah dicalarkan oleh saudara Mohd. Saiful ini telah mencalarkan imej MPP. Tentu berlegar-legar dibenak masyarakat sekarang adakah mahasiswa zaman ini tidak boleh mengenal erti baik buruk? Kes ini tentu terkesan dalam minda masyarakat terutama di kawasan yang agak jauh dengan bandar dan kurang memahami mahasiswa. Pastinya selepas ini suara mahasiswa tidak lagi boleh didengari oleh mana-mana pihak. Kerana... persepsi telah berubah apabila wakil pelajar telah terlibat dalam kes seumpama ini.


Atau... sebenarnya ini hanyalah provokasi untuk menekut-nakutkan pemimpin KeAdilan yang di war-warkan akan mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat pada September kelak.


Atau... adakah ini sebenarnya gimik politik semata-mata?


Atau... pilihanraya kampus perlukan calon-calon yang benar-benar boleh memimpin dan menjadi suara sebenar untuk pelajar bukan kerana hendak popular semata-mata mahupun hendak mendapat autoriti yang lebih banyak dari pihak universiti.


Bukakan pemikiran... pemilihan pemimpin bukanlah melihat kepada rupa mahupun kepetahan berkata-kata tapi ingin merasakan diwakili oleh sesorang yang boleh diharap untuk menjadi suara mahasiswa dalam pelbagai aspek.

Lihatlah mahasiswa, fikirlah mahasiswa...

masa depan terletak ditangan mahasiswa yang memimpin sekarang kerana merekalah pemimpin masa hadapan.







Selasa, 24 Jun 2008

Amerika mengalami zaman gelap

Mengalami zaman gelap menyebabkan satu dunia huru-hara. erasan atau tidak? Amerika sedang mengslsmi zaman gelap? Buktinya, situasi di Amerika sendiri sebenarnya kecoh kerana ksengsaraan yang dialami oleh rakyat Amerika yang berpendapatan rendah semakin terhimpit.

Amerika sebenarnya hampir mengalami inflasi. Sebagai langkah awal dan bijak, mereka sengaja menaikkan harga minyak, dengan harapan agar sedunia mengalami kerugian. Kerugian ini kita tanggung bersama ini bisikan Amerika. Tanpa rasa bersalah sewenang-wenangnya menggunakan 'kuasa' yang ada untuk mempengaruhi negara-negara pengeluar utama minyak dunia, menaikkan harga minyak.

Rakyat Malaysia antara mangsa kerakusan Amerika dalam menyelamatkan ekonomi dan 'maruah' mereka. Malaysia merupakan negara pengeluar, namun adakah benar-benar kewajaran menaikkan harga minyak sebagai langkah terbaik untuk masa hadapan? Mengeksport lebih banyak dan mengimport minyk untuk kegunaan rakyat sendiri?
Bunyinya memang pelik tetapi, inilah realiti.

Semalam, Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah mengumumkan bahawa negaranya telah meningkatkan pengeluaran minyak kepada 9.7 juta tong sehari.

Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) juga mengalu-alukan pengumuman Arab Saudi itu tetapi kurang yakin langkah itu akan memberi kesan terhadap harga minyak yang tinggi di AS.

Dahulu, kalau sebut sahaja LA(Los Angles) tentu semua tahu itu adalah satu pusat judi terbesar di dunia. Tapi sekarang pusat judi terbesar di Asia, Macau. Benarkah Amerika sedang mengalami zaman gelap?

LEt's ThInK!!

Isnin, 23 Jun 2008

Gambar Muslimah??

- dipetik dari blog wewr iaitu ~Khabar Dari Urdun~ dalam entri bertajuk Muslimah & Gambar -


MUQADDIMAH

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam..

Menagih C.I.N.T.A.


Menghadap komputer 24 jam takpe, klu nak solat? Berat sangat ker kaki tuh? Saat paling bahagia kalau menghadap Ilahi. Kenapa payah?Berat?

Jiwa itu masih kosong, tidak diisi dengan kecintaan kepada Rabb. Kecintaan itu boleh menjadi hampir apabila kita mendekatkan diri kepadanya. Tidakkah kita sedar, sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan kita? Lagi dekat dari urat di leher. Mampukah kita mencintai dan mendekatinya serapat den sedekat itu? Semakin dekat Tuhan kepada kita bergantung sehampir mana kita kepadanya.

Keazaman dalam setiap doa yang dititipkan kepadanya mampu mengubah hidup. Ketulusan doa dalam kejernihan hati mengirim doa bersama air mata yang suci mengalir dari jiwa yang memperhambakan diri kepadanya. Jangan pernah berasa payah, cuba dan terus cuba untuk mencintaiNya, kerana cintaNya adalah cinta abadi sehingga hujung nyawa dan selamanya.

Doa kudus mencintaiMU bukanlah bebanan bagiku namun, nikmat untukku, berikanlah cintaMu untukku, aku hambaMu yang kerdil lagi hina.
Hadirkanlah cintaMu kepadaku, aku mohon ya Tuhanku, bantukah hambaMu meraih cintaMU. Berikanlah cintaMu dalam hatiku, tambahkanlah kecintaan ini hanya UNTUKMU.

Ya Rahman, Ya Rahim, janganlah Engkau biarkan jiwa dan hatiku ini sepi, kosong tanpa cintaMu. Anugerah kehidupan ini yang terbaik dan terindah Engkau berikan kepadaku tidak temampu kubalas nikmatnya. Nikmat teragung yang pernah aku raih. Abadikan cintaMu dalam diriku.

Cuba dan terus mencuba untuk mengingatinya setiap saat dan setiap helaan nafas. Semoga Engkau berikan ku peluang untuk meraih cintaMu yang kekal abadi. Berikan aku peluang untuk mencintaiMu selamanya. Aku akan terus dan terus mencuba untuk meraih cintaMU.

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...