Khamis, 27 November 2008

'Dunia' memang mencabar

Beberapa minggu sudah tidak mencoretkan sesutau dalam blog. Sangat rindu rasanya unutk menyampaikan sesuatu yang tidak boleh diperolehi dimana-mana melainkan dengan pergi menghadirinya. Ketika sahabat-sahabat seperjuangan pergi menelaah pelajaran, diriku terpaksa pergi berjuang dimedan yang berbeza yang mana, berjuang menghadapi mad'u secara terus.

Memang, pada mulanya...

Beberapa minggu sudah tidak mencoretkan sesutau dalam blog. Sangat rindu rasanya unutk menyampaikan sesuatu yang tidak boleh diperolehi dimana-mana melainkan dengan pergi menghadirinya. Ketika sahabat-sahabat seperjuangan pergi menelaah pelajaran, diriku terpaksa pergi berjuang dimedan yang berbeza yang mana, berjuang menghadapi mad'u secara terus.

Memang, pada mulanya sungguh asing diriku rasakan. Namun, demi agama suci yang aku telah sematkan di dalam hati ini untuk terus berjuang sekalipun diriku perlu korbankan jiwa dan raga. Setiap saat hatiku berdetik, apakah yang dilakukan oleh sahabat-sahabatku, disaat aku berjuang berseorangan disini?

Memang ada gelak tawanya disini, namun perasaan ini tidak pernah merasakan kegembiraan dan nikmat apabila bersama sahabat-sahabat. Sekarang, baru aku dapat melihat 'situasi' sebenar-benarnya yang membelenggu minda masyarakat. Dari pemerhatian, cara bercakap, pergaulan dan fikrah aku berasa sangat sedih. Benar, Islam adalah agama tetapi yang menyedihkan, nikmat dunia ini menjadikan mereka lalai, alpa dan dalam hati mereka Tuhan itu jauh, bukanlah disisi mereka.

Hanya berasa dekat apabila di dalam keadaan yang sukar dan rumit. Bila kesenangan Allah berikan, mereka lalai. Masya Allah, inilah dunia, penuh dengan nikmat yang manis-manis tetapi kemanisan itu tidak berkekalan hingga ke negeri abadi. Walaupun sudah ditegur berkali-kali, kesannya sama sahaja seperti mencurahkan air didaun keladi. Maksiat terus-terusan berlaku.

Satu lagi sesuatu yang menyedihkan apabila mereka merasakan orang yang thiqah sahaja yang perlu menjaga Islam. Islam itu tidak perlu dijaga, tetapi kita yang harus menjaga diri kita untuk Islam. Demi Islam, kita perlu jaga akhlak, iman dan aqidah. Tanpa senua ini, kita bukan lagi Islam. Paling menyedihkan apabila mereka mengatakan, "Tolonglah jaga Islam."

Adakah hanya individu tertentu sahaja yang perlu menjaga Islam, yang lainnya pula terus melakukan maksiat? Nilailah, dan fikirlah dengan akal dan aqidah yang tersemat dalam hati.

Aku tidak TAHAN!!! Aku mahu kembali bersama sahabat-sahabat. Bila aku fikir sedalam-dalamnya, Allah telah pilih aku untuk berusaha untuk berdakwah kepada mereka. Ya, benar Allah tidak memandang hasilnya berjaya atau tidak tetapi usaha yang kita lakukan, seperti kisah seekor burung kecil yang membawa air di dalam paruhnya untuk memadamkan api yang marak sedang membakar Nabi Allah, Ibrahim Alaihissalam.

Rabu, 5 November 2008

Bertemu Janji ALLAH

Kupasan buku
Bertemu janji ALLAH
~Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati~
Oleh, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebuah buku yang membicarakan dan menghuraikan satu persatu nama kiamat yang juga

Kupasan buku
Bertemu janji ALLAH
~Menyingkap Kisah Mahsyar Yang Menyayat Hati~
Oleh, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Sebuah buku yang membicarakan dan menghuraikan satu persatu nama kiamat yang juga menggambarkan kejadian pada hari kiamat kelak. Kupasan terhadap nama-nama kiamat memberikan gambaran terhadap perkara yang berlaku di Mahsyar samada ia adalah azab mahupun ke selesaan pada hari tersebut. Sementara menunggu perhitungan dari Allah SWT, pelbagai perkara berlaku antaranya runuthnya langit, ia pecah dan retak seribu dan ia akan jatuh menimpa manusia yang dibangkitkan dari alam barzakh dari zaman Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad. Nyata, penulisan ini sangat memberi kesan yang mendalam supaya tidak meragui hari yang pasti berlaku iaitu kiamat dan tidak leka dalam menjalankan ibadah yang telah diperintahkan oleh Allah demi mendapatkan KeRedhaan Allah.

Lagi lagi Najib



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering...



Setelah beberapa dekad, akhirnya tampuk pemerintahan UMNO dan Malaysia bakal menyaksikan satu lagi generasi Tun Abdul Razak akan memerintah UMNO dan Malaysia. Sedikit kejanggalan, apabila Pak Lah berani untuk melepaskan jawatan kepada Timbalan PM ini, walaupun Najib sering menjadi sasaran untuk serangan melalui hal peribadinya dan kematian model Monggolia, Altantuya Sariibu yang dikatakan berkaitan dengan Najib masih belum terjawab. Spekulsi demi spekulasi menghentam Najib. Belum selesai dengan kes Altantuya, Najib diserang lagi dengan bloggers, Raja Petra yang dikatakan memfitnah isterinya. Kini Raja Petra telah ditempatkan dalam tahanan ISA. Kronologi ‘dunia’ Najib seperti diatur-atur oleh seseorang yang mahu melihat kejatuhannya.

Malangnya, semua ini seperti takdir yang telah ditentukan Allah. Namun, jika kita berusaha Allah akan mengubahnya. Tetapi sebenarnya, dunia politik tidak akan lari dari hasad dengki dan ingin terus berkuasa serta mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya kecuali bagi sesiapa yang memilih politik sebagai medan dakwah dan menegakkan Daulah Islamiyah. Tidak pernah asing untuk melihat ahli politik ini terkandas dalam ‘masalah’ yang menjadi hangat apabila menjadi pengetahuan media. Apabila Najib telah Berjaya dalam pencalonan terbanyak sebagai Presiden UMNO, tentu pemimpin yang berpendidikan Barat ini akan menggunakan ilmu “barat’ nya itu untuk memandu kapal yang bakal dimilikki kelak.

Kelihatan janggal apabila ada pemimpin yang sering sahaja dikatakan seperti ‘cool’ dalam setiap perkara tidak mustahil boleh menjadi dalang disebalik pekara yang masih tidak diketahui ramai termasuk Najib. Sebenarnya ada agenda lain disebalik penukaran kementerian yang dipegang, dari ketenteraan diberi kementerian kewangan pula. Bukankah mudah kita menjatuhkan seseorang apabila kita membuka segala rahsia dan kelompangan dalam satu organisai yang pernah dipegang oleh individu tersebut? Jika benar kita melakukan perkara yang baik, tidak menzalimi rakyat dengan menggunakan duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri demi mendapat keselesaan, kita tidak perlu melatah apabila orang membuka rahsia ‘kejanggalan’ dalam organisasi berkenaan. Tidak kira melihat semula segala wang dan perbelanjaan yang digunakan untuk aktiviti kementerian tersebut.

Sekarang, dicanang pula, Najib bakal mewarisi kuku besi Chedet. Beritanya seperti dibawah:
Najib pewaris kuku besi Dr Mahathir Amin Iskandar | Oct 17, 08 5:52pm Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.

Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.

Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.

Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.

Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.

Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.

Anak bekas perdana menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".

Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.

Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.

Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.

Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.

Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi.

Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.

Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.

Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.

Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.

Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.

Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan.

Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak.

Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.

Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.

Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.

Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:

Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan.

Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat?

Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...