Khamis, 26 Jun 2014

AURAH vs FASHION

Assalamualaikum ALL Sisters out there!!

Most of the people in the world knew Malaysia as an Islam country. All Muslims out there try to search the best place to practice Islam with complete way, most of them would say I want to go to Malaysia. 

 Alhamdulillah, I'm born and raised in Malaysia. Definitely thank you Allah because give me the opportunity to become a Muslim as I'm born. As I went to a great event last week, which open my eyes that there are plenty of Muslim out there hardly to be a Muslim because of the restriction and regulation in their country. For example, to cover their aurah for Muslimah and we call it hijab or tudung in Malaysia.

Wearing hijab is a must for Muslim women to cover their aurah. In West, most of them eager to wear the hijab even though there is discrimination when the Muslimah are wearing it. In the East, there are different story, because they used with hijab so they thought the it is ok whenever you wear it or not, because it is like a culture to wear it.

The speaker's word always come to my mind the West want to be like the East... And I continue with myself saying that BUT, the East wants to be like the West. Astaghfirullahalazim!!!

WHY??

Why would this happen to us here? They thought that this is a culture and because they not learn about why Allah would ask all the Muslim women to wear hijab?? 

I do think that they not learn from the Quran and try to understand what Allah had written to us in the Quran. The lack of mind setting about aurah and hijab, because you born with Islam so you will never know how beautiful and peaceful about life and live as a Muslim.








Allah commands the Prophet to address the women:
قُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَ يَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ...
“Say to the believing women that: they should cast down their glances and guard their private parts (by being chaste)…”

My beloved sisters out there,

Alhamdulillah, two years back there are small amount of people wearing 'proper' hijab in Malaysia, but now it keeps growing as there are more local celebrities starts to wear hijab and become more inspiring to every Muslimah in Malaysia. This is a good change, great changes!

More and more new way of wearing hijab with many types of hijab some call it shawl, pashmina, bawal, and many more! But, the issue now is it necessary to be too fashionable about hijab? Is is necessary to put too much color on your hijab?

For me it is too much. Sometimes the color is just too bright and from far away the people can see you and this in Arabic called it tabrruj which means it is show off your beauty or displaying beautification.



Just enough follow the latest fashion with simple way and not too much. Make it simple and beautiful as ISLAM.

Happy covering aurah and keep it up!!!
Istiqamah till the end of the day sisters!!! 

Isnin, 23 Jun 2014

Isu Coklat Cadbury, Perlu kecam JAKIM?

Assalam kepada pembaca sekalian,

Bulan lepas penuh di ruangan Facebook yang tersentak dengan satu gambar yang telah dimuatnaik di IG mengenai DNA porcein/ babi di dalam coklat Cadbury. Ianya adalah analisa dari makmal Kementerian Kesihatan Malaysia. Selepas sebulan, hal ini masih lagi berlegar-legar di media sosial. Hal ini telah membangunkan semua orang Islam yang berada di Malaysia ini tentang hal berkaitan dengan makanan yang mengandungi bahan dari bahan yang haram dimakan oleh orang Islam atas perintah Allah.

Saya tidak nafikan sebagai seorang Islam, kita patut marah terhadap sesiapa yang telah melakukan perbuatan ini dengan memasukkan babi di dalam makanan yang telah disahkan halal oleh JAKIM. Tapi, persoalan saya sekarang ialah:

1. Apakah yang anda faham tentang coklat tersebut positif telah dikesan mempunyai DNA babi?

Semestinya sesorang pengguna biasa akan faham bahawa sebahagian daripada sumber dari haiwan tersebut telah dimasukkan sebagai salah satu bahan-bahan untuk membuat coklat. Betul?

Tidak semestinya salah satu bahan yang mengandungi babi sahaja yang boleh menyebabkan DNA babi tersebut boleh dikesan. Tapi ia juga boleh melibatkan faktor luar seperti pencemaran silang ( cross contaimination).

Pencemaran silang ini boleh berlaku dari makanan yang diproses bermula dari bahan mentah sehingga menjadi produk akhir dalam hal ini, produk akhirnya adalah coklat. Bahan asas membuat coklat, lemak koko, susu, gula, bahan penambah. Mungkin pada salah satu proses untuk membuat coklat telah dicemari oleh apa-apa sahaja barang/bahan yang telah dicemari oleh DNA babi. Malah, manusia juga boleh menjadi penyebab terjadinya pencemaran silang.

Sebab itu dalam hal ini saya menggunakan perkataan  pencemaran, sebab maksudnya mana-mana dalam proses telah tercemar.

2. Bukankah JAKIM telah mengesahkan bahawa hanya 'batch' tertentu sahaja yang mempunyai pencemaran DNA babi?

Maksudnya JAKIM telah sahkan 'batch' tersebut sahaja tercemar dengan DNA babi. Namun, tentu ramai yang masih ragu-ragu dengan kehalalan produk tersebut walaupun telah mempunyai logo halal tetapi disahkan mempunyai DNA babi apabila dianalisa.

Soalan kepada pengguna sekalian, adakah anda was-was dengan cop halal yang telah diterima oleh Cadbury Malaysia?

YA!!!

Adakah anda tahu prosedur yang telah dilalui oleh JAKIM untuk memberikan sijil halal kepada Cadbury Malaysia?

Prosedur audit pensijilan halal mesti dilakukan sekurang-kurang dua (2) orang auditor; Pegawai Syariah dan Pegawai Teknikal. Pegawai Syariah daripada JAKIM atau JAIN manakala Pegawai Teknikal daripada KKM (melibatkan makanan, barang gunaan dan farmaseutikal) atau Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV, sekiranya berkaitan rumah sembelihan). 
Jika JAKIM melakukan audit tanpa pegawai teknikal, maka audit itu tidak sah dan ditolak. Audit pensijilan halal bukan hanya mengambil kira aspek Syariah semata-mata bahkan teknikal sekali. Maka itulah, menjadi syarat untuk 2 pegawai (syariah dan teknikal) terlibat cakupi dua aspek tersebut.
Pelik benar jika KKM tidak tahu SOP ini. Apalagi ia melibatkan pegawai KKM sendiri. Untuk rekod, Ketua Auditor Halal di JAKIM sekarang ini pun ialah pegawai teknologi makanan KKM. ( dari http://arrazzi.blogspot.com/2014/05/halal-haram-isu-dna-babi-pada-produk.html)

Masihkah kita salahkan JAKIM dan Cadbury Malaysia dalam hal ini?

Sama-sama kita berfikir sedalam-dalamnya sebelum kita menunding jari kepada sesiapa. Tepuk dada tanya iman...

Pendapat peribadi; berdasarkan apa yang saya belajar, kebanyakkan makanan sekarang dah menggunakan bahan-bahan penambah, pengawet, pengimulsi dan pewarna sumber dari tumbuh-tumbuhan. Maka, makanlah selagi ia bukan dari sumber yang haram.
Kepada pengguna media sosial, janganlah menyebarkan sesuatu berita tanpa usul periksa dan menuduh tanpa siasat keaslian berita tersebut.

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6]
Think first before you talk!!!
Smile with love, for Allah blessing!!!

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."

A is for Allah- yusuf islam