Selasa, 14 Disember 2010

Kuota UMUR


Salam pembaca sekalian,

Sebulan sudah blog ini terbiar akibat kekurangan komitmen untuk menulis.Terikat dengan komitmen memang sukar.

Hari ini, tetibe terbaca mengenai kuota umur secara jelasnya, umur kita yang semakin pendek. Tamat sahaja 'hari' ini, umur kita telah berkurang dan akan terus berkurang sehinggalah 'waktunya'.

Alhmdulillah hari ini Allah mengingatkan diriku yang lemah dan lalai ini mengenai kematian yang pasti itu. Cuma, waktu dan tempat dalam pengetahuan Yang Esa. Ya Allah, engkau telah kejutkan diriku dari tidur. Alhamdulillah.

Maka, jika kuota umur sudah berkurang dan akan terus berkurang, apakah yang perlu kita lakukan? Hanya sedar tanpa melakukan apa2?

Mohonlah taubat kepada Allah kerana, manusia tidak terlepas dari melakukan dosa, tidak kira dosa itu kecil atau besar.Pintu taubat itu sentiasa terbuka sehingga hari kiamat. Maka, sebelum kiamat tiba, bertaubatlah. Namun, janganlah pula setelah melakukan lambakkan dosa baru hendak bertaubat kerana Allahmahukan hambanya selalu berdamping dengannya dengan menangisi dosanya. Itulah iman dan takut kepada Allah. Pesanlah pada hatimu agar ia sentiasa mengingati mati kerana orang yang mengingati adalah orang yang bijaksana.

Kenapa bijaksana jika ingat mati?

Seseorang itu akan memanfaatkan masanya semaksimanya hanya untuk beribadah kepada Allah. Maka, dia tidak akan melakukan perkara yang sia-sia dan perkara maksiat. InsyaAllah kita juga akan menjadi bijaksana jika kita sentiasa mengingati mati.

Ketahuilah rahmat Allah itu luas dan kemaafan Allah itu melimpah ruah kepada hambanya.

Maka, jadilah hamba yang bersyukur.

Dan kamu tidak menyalahkan kami, melainkan kerana kami telah beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami ketika ayat-ayat itu datang kepada kami. (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah (matikanlah) kami dalam keadaan berserah diri (berserah sepenuh hati kepada-Mu)."

(Surah Al-A'raaf, ayat 126)

InsyaAllah..
Amin.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."

A is for Allah- yusuf islam