Khamis, 9 Julai 2009

I HaTe nOt To BE mYsELF!!


Dalam usaha merealisasikan impian untuk memperjuangkan Islam, memang penuh onak dan duri. Onak dan duri tu, bukan setakat orangluar lingkungan pejuang ISlam, tetapi orang yang berada dalam perjuangan. Inilah dikatakan mehnah dalam perjuangan.

Pernah tak orang cakap, kita perlu jadi diri sendiri? Tapi kenapa bila jadi diri sendiri, diri kita dipertikaikan dengan pelbagai perkara. Salahkah jadi diri sendiri? Bila jadi hipokrit pun salah... Adakah apa yang kita perlu dalam hidup ini? Kita perlu jadi orang lain untuk memuaskan hati orang lain?

Fikirlah dan jawab sendiri.

Lagi satu, nak diceritakan bagaimana dari nak jadi pandai???

Berdasarkan apa yang saya diceritakan, seorang rakan yang gigih belajar sesuatu untuk masa depan generasi seterusnya. Apa yang berlaku, sikap yang perlu ada dalam diri kita APABILA mahu belajar sesuatau ialah, rendahkan diri, buangkan ego. Apa yang berlaku ialah, rakan saya ini sentiasa dihina dan dilemparkan dengan kata2 yang sangat merendahkan motivasi yang akan menyebabkan kita bakal berhenti untuk terus belajar. Tapi, kerana tekad dan niat yang tersemat didada segalanya hanyalah untuk ISlam, dia tidak berhenti, tetapi teruskan waaupun dirinya dicabar!!!

Buatlah segalanya untuk Islam, InsyaAllah diri kita tetap kuat dan bersemangat kerana ruh yang Allah tiupkan dalam diri kita.

Be your self, jangan terlalu suka mengarah, ingat Allah dan jangan sampai perkara mungkar yang kita lakukan akan melambatkan kemenangan Islam!!!

Wallahua'lam!!!

Type your summary here

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."

A is for Allah- yusuf islam