Rabu, 26 Ogos 2009

Kita HARUS fikir..... kalau tidak, siapa lagi?!


Salam Ramadhan!
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari yang ke-5 kitaberpuasa banyak cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya, disin ingin memberikan sedikit perkongsian dengan semua, bahawa kitalah yang harus berfikir. Siapa lagi, kalau bukan kita? Sedar atau tidak bahawa semua yang kita mahukan hari ini, esok mahupun untuk generasi akan datang, kita harus FIKIR. Em, boleh atau tidak kalau kita tidak berfikir untuk sehari? Apakah yang terjadi? Sebab kadang-kadang kita merasakan otak kita tidak mampu lagi menaggungng bebanan ini... padahal, otak manusia hanya akan digunakan semaksimum 12% sahaja!!! Rupa-rupanya manusia tak guna otak! Patutla ada sumpah seranah yang selalu kata," Kau tak pakai otak ke?" em, apa kata jawablah memang, pun, sebab otak manusia hanya digunakan 12%. Hahaha.

Adakah setiap orang perlukan masa untuk mula berfikir? Bukankah Al-Quran adalah satu mukjizat yanga ada pada Rasulullah yang menyuruh manusia berfikir? Kerana Allah tidak akan membiarkan umatnya dungu, maka Allah mahukan kita berfikir berdasarkan panduan yang telah diberikannya? Kadang-kadang ada orang kata, Al-Quran tidak selengkap ensklopedia, tetapi yang sebenarnya ianya lengkap, tetapi tidaklah se'direct' enskopedia. Allah mahukan kita BERFIKIR!!!!!

Perancangan masa hadapan juga perlu kita fikirkan walaupun kita sedia maklum bahawa kita tidak akan berada di dunia ini selama-lamanya, tetapi masih ada orang lain yang akan mewarisi kita yang akan meneruskan cita-cita dan harapan berdasarkan pemiKIRAN kita. Bukankah begitu? Ya, mungkin pembaca juga kurang memahami apa yang cuba disampaikan, tetapi inilah realiti yanga da dalam masyarakat mahupun organisasi yang bergerak untuk menegakkan agama. Pergerakkan hanya dalaman, tetapi pergerakkan itu tidak sampai kepada mad'u.

Pembaca sekalian, kesimpulannya, berfikirlah, bukan untuk diri anda tetapi masaa depan generasi yanag akan mewarisi perjuangan dan pengharapan anda! Kerana, seorang kakak pernah berkata kepada saya, perjuangan ini tidak akan ada noktah walaupun didepani dengan kematian!

Muhasabah diri, hayati Al-Quran semoga rahmat Al-Quran akan memberikan bekalan.

Type your summary here

Khamis, 20 Ogos 2009

Puasa Dalam KEMERDEKAAN!!!


Suasana kemerdekaan tentunya suram tahun ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya kerana ianya disambut dengan gilang-gemilang di luar bulan Ramadhan. Dalam usaha untuk merebut manfaat Ramadhan kali ini, tiada yang lebih baik melainkan membanyakkan bacaan Al-Quran. Tetapi, apa yang saya terbayang akan ada di dalam dada akhbar yang merungkaikan kejadian-kejadia yang melibatkan kepincangan moral yang ada dan berlaku semasa sambutan malam kemerdekaan.

Wahai rakyat Malaysia, sambutan hari kemerdekaan bukan bermakna kita bebas melanggar peraturan yang ada seperti yang agama kita telah syariatkan, sebaliknya kita harus mencari satu tindakkan yang terbaik untuk menjadikan diri kita BENAR-BENAR merdeka dari aspek idealisma dan keruntuhan moral. Tentunya kita bertuhankan kuasa yang MAHA HEBAT, MAHA KUASA. Maka, janganlah kita mencemari bulan yang mulia dan paling dinanti-nantikan untuk mengumpul sebanyak-banyak bekalan yang diberikan pahala yang berganda-ganda, denga perkara-perkara mungkar dimurkai olehnya.

Saya khuatiri bahawa ALlah akan menggantikan kita dengan kaum yang lain jika kita ingkar akan perintahnya. Oleh kerana syafaat Nabi Muhammad SAW, maka kita masih boleh menikmati kehidupan yang harmoni walaupun telah banyak melakukan kesilapan terhadap Allah SWT. Jika ribuan tahun dahulu, tentu kaum yanga ada sekarang tidak wujud lagi dimuka bumi ini lagi seperti yang terjadi kepada kaum Nabi Nuh AS dan Nabi Lut AS.

Beringatlah! PEringatan ALlah itu kerap diberikan kepada kita cuma, kita sedar atau tidak, tepuklah dada tanyalah iman! Selamat Berpuasa dan Salam Kemerdekaan. Semoga kita berhasil menjdi umat yang MERDEKA dari maksiat kepada Allah. Pintu taubat masih terbuka,, bertaubatlah, dan mohonlah kepada Allah, nescaya kita tidak menyesal dikemudian hari....

Type your summary here

Isnin, 17 Ogos 2009

Pattani = Palestin ???


Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah diskusi mengenai kisah sebenar di Selatan Thai. Saya tidak suka menggunakan istilah Selatan Thai, tetapi Pattani kerana orang melayu di Pattani tidak suka tempat mereka diistilahkan sedemikian.

Saya amat kagum dengan semangat perjuangan yang digambarkan oleh seorang wakil dari sana yang menceritakan mengenai orang melayu disana. Setiap hari, peluru dan bom mencari batang tubuh mereka. Jika mereka terserempak dengan tentera yang berada dikawasan tersebut, tidak mustahil, mereka akan dilayan seperti binatang. Sepak terajang, penampar menjadi makanan harian mereka. Tidak kiralah tua, muda, kecil mahupun wanita. Semuanya perlu mendapat layanan sedemikin.


Keadaaan lebih teruk apabila kerajaan yang menjajah Pattani pada waktu itu ialah Siam yang mana mereka mengamalkan pecah perintah. Seperti juga yang berlaku di Tanah Melayu semasa pemerintahan British, mereka bermatlamat untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu pada masa tersebut. Kemudian, Siam mengadakan Transmigrasi yang mana rakyat asing, yang sememangnya bukan penduduk peribumi di Pattani dihantar ke kawasan tersebut untuk menjadi penduduk tetap dengan tujuan untuk mengawal dan menyekat generasi yang akan lahir terus berbangsa melayu dan beragama Islam. Kemuaidan, terjadilah asimilasi terhadap bangsa yang ada di Thailad yang mana polisi kerajaan menyatakan bahawa semua rakyat Thailand perlu mempunyai satu bangsa sahaja iaitu, bangsa Siam. Tiada bangsa lain yang diiktiraf dalam negara tersebut. Bahasa perantara yang harus digunakan ialah bahasa Thailand. Anda akan didakwa jika menggunakan bahasa selain daripada bahasa THailand.

Maka, penduduk di Pattani seolah-olah kesempitan dalam usaha untuk mengubah budaya dan bahasa perantara yang sering mereka gunakan secara drastik. Bagi saya polisi ini terlalu mendadak yang akan menyebabkan rakyat akan tertindas kerana satu polisi yang tidak menjejaskan imej negara jika ia wujud dalam masyarakat negara tersebut. Maka, mereka ini akan diperangi. Seperti di dalam Al-Quran ada menyatakan mafhum lebih kurang maksudnya adalah, kaum kafir itu akan terus memerangi Islam selagi mereka tidak Islam.

Ringkasnya, mereka juga merasakan bahawa Pattani ini terhimpit dengan dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Semasa penubunhan Malaysia, sebenarnya Pattani berharap agar mereka boleh menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi malangnya, mereka termasuk di dalam Thailand dan menjadi Selatan Thai.

Jika ditanya pada masyarakat setempat, mereka lebih rela mengakui bahawa mereka adalah orang Malaysia berbanding mengakui mereka adalah orang Thai. Inilah yang saya maksudkan seperti Palestin, pembunuhan, peluru dan bom dimana-mana dan mereka bakal menemui ajal mereka pada bila-bila masa. Mereka juga tidak mendapat kebebasan pada tanah air mereka sendiri yang mana orang asing yang menjadi pendatang di negara mereka menjadi pemimpin dan menghalau penduduk asal negara tersebut.

Pembaca diharap dapat menyalurkan bantuan, tidak kira dari segi apa sekalipun, kita harus membantu saudara kita di sana kerana, dalam surah Al-Hujurat, ayat 11 tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Beruntunglah orang-orang yang mencari peluang dan titik tolak untuk menyalurkan tenaga demi Islam, agama ALlah...

Type your summary here

ISCO'09 bahagian 2

Alhamdulillah hari ini saya erkesempatan untuk menyambung perbincangan mengenai ISCO 2009. Ya, setelah mengetahui tentatif sebenar, saya dan rakan-rakan mula berfikir perkara yang paing penting untuk diberikan kepada PM.

Pagi Sabtu yang harmoni, semua peserta hadir untuk mendengar pengisian yang pertama dan saya amat teruja kerana tajuknya sangat menarik bagi saya. Walaupun penceramahnya bukan orang yang terkenal, tetapi saya sangat teruja untuk mengikuti ceramahnya. Berdasarkan kertas kerja pengisiannya menarik. Tetapi, apabila penceramah ini memulakan sesi ceramahnya, saya tidak tahan rasanya seperti mahu merampas mikrofon yang ada pada penceramah itu kerana dia seolah-olah merendah-rendahkan martabat mahasiswa. Cara dia bercakap seolah-olah hadirin dihadapannya itu bakal menerima 100% apa yang diperkatan oleh nya. Ya, dia mungkin seorang yang sudah lama berpengalaman mengajar anak-anak muda seperti kami tetapi, kami bukanlah orang yang biasa-biasa. Saya ada pemikiran sya sendiri dan saya berasa agak terkilan apabila orang yang hebat dihadapan saya bercakap seperti tin kosong. Bunyinya hebat, tetapi tidak menjejak dengan realiti dan situasi yang ada.

Saya sedih apabila objektif untuk menyampaikan tajuk tersebut tidak tercapai kerana penceramah sibuk 'membasuh' idealisma semua wakil Persatuam Mahasiswa Islam. Inilah rupa-rupanya perkara tersirat yang mereka ada. Saya bersa kecewa kerana dalam majlis ilmu yang Allah limpahkan pahala, diubah menjadi satu situasi yang menyebabkan saya berasa sangat kecewa. Kemudian, sesi soalan dibuka, oleh kerana keaktifan semua peserta bilangan yang peserta yang bertanya lebih kurang 10 orang yang mana setiap seorang dari mereka mempunyai 2-4 soalan.

Saya dapat melihat penceramah itu mengesat peluh dinginnya semasa dia mula menjawab. Oleh kerana terlalu banyak soalah, dia sering memberikan jawapan seperti ini, "Ini soalan untuk menteri ni, baik kamu tanya masa jumpa menteri nanti..." Agak terkilan dengan jawapan itu, kerana adalah elok kiranya dia memberikan pandangan peribadi sahaja, para peserta juga tidak mahu dia menjawab atas kapasiti kekurangan kekuasaan yang ada pada dia.

Apa yang lagi menggelikan hati, apabila pengerusi majlis tidak lagi membuka ruang untuk sesi soal jawab kepada kami pada slot yang seterusnya kerana khuatir soalan-soalan yang bertubi-tubi diterima.Sehinggalah semua slot selepas itu, tidak diberikan waktu dan ruang untuk sesi soal jawab.

Bagi saya, tidak PERLU lah, PM menggunakan mana-mana badan NGO yang bernaung dibawahnya untuk 'membasuh' mahasiswa yang ada idelisma sendiri. Pendapat peribadi saya, biarlah kita tiada sepakatan dalam sesetengah perkara, kerana jika semua orang mempunyai pemiikiran yang sama, atau standard maka, tiadalah satu hasil yang terbaik seperti yang kita mahukan. Kita perlu kritik untuk mendapatkan hasil yang kritis. Lepas ini, tidak perlulah membazir duit untuk 'membasuh' kami.

InsyaAllah, dengan doa semua orang yang belum menerima Allah, Allah akan memberikan kepadanya. Perbezaan iman kita adalah TAQWA. Wallahu'alam.

Semoga, kritikan ini dapat membina satu program yang lebih matang pada masa hadapan untuk DAMAI.:)

Type your summary here

Khamis, 6 Ogos 2009

ISCO '09 Ada Agenda Lain?

Hari ini saya terpanggil untuk mencoretkan pendapat dan pandangan saya terhadap penubuhan Kelab Damai Peringkat IPT (ISCO '09). Setelah melalui Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam pada 24 hingga 26 Julai yang lalu, ada beberapa perkara yang mahu saya utarakan kepada penganjur.

Pertama, sebenarnya sebelum menghadiri ISCO '09 pada hari jumaat hingga hari ahad tersebut, saya dan rakan-rakan mula meneliti tentatif yang diberikan yang mana tajuk forum dan pembentangan kertas kerja sepanjang hari kejadian, angat menarik minat saya. Saya dapat merasakan bahawa ini adalah satu program yang menarik.Apatah lagi dengan panel dan pembentang kertas kerja yang tidak kurang hebatnya! Namun, pada akhir program ini, dalam tentatif tidak ADA dinyatakan pun, bahawa peserta konvensyen perlu menyediakan satu resolusi supaya boleh diusulkan dan dihantar terus kepada PM, Dato' Seri Najib.

Memanglah tentatif boleh diubah, tetapi jika ia melibatkan suatu perkara yang besar untuk diberikan kepada PM, tentulah ia perlu elok, namun, apa yang terjadi, peserta hanya maklum tentang perkara itu sebelum hari pelancaran penubuhan kelab Damai IPT. Ya, benar, tidak dinafikan sama sekali penyerahan ini dan inilah medium terbaik kita berkomunikasi secara terus dengan pimpinan negara. Cuma, bagi saya penganjur perlu lebih teliti dalam aspek ini. Mungkin atas kesilapan tertentu, mereka terlupa untuk memaklumkan kepada peserta.

to be continue... got work to do!



Type your summary here

Selasa, 4 Ogos 2009

1 Ogos, dalam Kewajaran dan kewarasan

Sudah lama rasanya tidak mengemaskini post-post yang sepatutnya diulas. Akibat kekangan masa, tentu sukar untuk mengemaskini blog ini. Blog ini sunyi dengan ketiadaan posting terbaru.

1 Ogos merupakan satu lagi hari bersejarah dalam kamus kehidupan rakyat malaysia apabila ramai yang turun ke Kuala Lumpur untuk menjayakan demonstrasi anti-ISA dan tidak lupa kepada Pro-ISA. Namun, apa yang saya kesalkan, apabila membaca tabloid-tabloid yang ada, sebenarnya bukanlah rakyat yang datang untuk merusuh atau menjahanamkan harta benda awam, tetapi polis, dan FRU lah yang memulakan. Walaupun semua yang hadir sudah mula bersurai namun, tindakan menggunakan 'water canon'untuk menyerang orang ramai kononnya atas kapasiti untuk menyuruh mereka bersurai.

Bagi pendapat peribadi saya, biarlah mereka mahu menunjukkan perasaan mereka, tetapi janganlah memburu mereka seperti orang yang bersalah sehingga gas pemedih mata ditembak ke dalam bangunan. Malah, ada juga yang ditrik sehingga terkoyak baju mereka. Haruskah mereka ini dilayan seolah-olah musuh negara yang patut ditentang? Musuh negara yang sebenar, mengapa tidak diperang habis-habisan? Jenayah yang berleluasa kenapa tidak disiasat hingga ke akar umbi, tetapi pencetus demonstrasi dicari hingga ke lubang cacing.

Kasihan, saya melihat pemikiran pemimpin yang sempit dan kolot. Adakah Indonesia tidak aman kerana adanya demonstrasi di jalanan? Atau saya perlu beri cadangan kepada kerajaan supaya menyediakan satu platform yang baik untuk pendemonstrasi ini supaya mereka tidak lagi membuat demonstrasi jalanan? Mahu satu platform yang kerajaan boleh mendengar suara rakyat secara terbuka dan telus. "Please, act like professional!"

Bukanlah saya hendak mengagung-agungkan demonstrasi ini, cumanya adakah jika tiadanya emonstrasi kerajaan akan dengar kata-kata rakyat? Bila ada demonstrasi, sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan bahawa orang lain juga mendengar luahan dan rintihan mereka.

Moga pembaca renung-renungkan dan fikir-fikirkan!



Type your summary here

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..."

A is for Allah- yusuf islam