Selasa, 21 November 2017

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menceritakan sebuah kisah pengakhiran kejayaan penulis mendapatkan sebuah Ijazah Sarjana. Ya, Ijazah Sarjana yang mungkin 'biasa' pada zaman sekarang dan tidak dipandang oleh majikan kerana ia akan menyebabkan mereka harus memberikan gaji yang lebih banyak kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana. Bagi pendapat peribadi penulis sendiri, tangga gaji bukanlah soalnya, cuma kemahiran dan kebolehan seorang yang mempunyai Ijazah Sarjana. Mungkin ada dikalangan mereka diluar sana memilih jalan yang mudah untuk mendapatkan Ijazah Sarjana ini berbanding penulis.
sumber: yahoo.com

Perlu diketahui oleh pembaca, Ijazah Sarjana terdiri daripada dua jenis program, iaitu 1- Ijazah Sarjana secara penyelidikan, 2-Ijazah Sarjana secara kerja kursus. Hal ini memberikan impak yang berbeza pada hasil graduan Ijazah Sarjana tersebut. Graduan akan mempunyai tahun bergraduat yang berbeza kerana Ijazah Sarjana program 1, akan bergraduat setelah hasil kajiannya telah mencapai objektif penyelidikan yang ingin dicapai. Juga terdapat faktor lain seperti penyelia yang mahukan hasil yang lebih baik, mungkin memerlukan pelajar tersebut untuk mengulang semula hasil kajiannya sehingga dipersetujui oleh penyelia dan 'commitee member' yang lain. Ijazah sarjana program 2 pula hanya akan menamatkan pengajiannya setelah tamat semua silibus, kerja kursus, mini projek, mini tesis dan mata pelajaran yang wajib diambil  bagi program pilihan mereka. Oleh itu, amat penting bagi seseorang yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat ini, pengorbanan masa, wang dan tenaga adalah sesuatu yang tidak boleh dan tidak akan dikesali.

Pengajian ini memerlukan komitmen yang tinggi lebih lagi jika pembaca adalah seorang yang sudah mempunyai keluarga, namun cabarannya tidak kurang juga kepada yang bujang kerana mereka juga memerlukan pengurusan masa terhadap ibubapa mereka. Pengajian pada tahap ini amatlah berbeza dengan peringkat diploma/ijazah kerana pelajar pada peringkat Ijazah sarjana ini telah dianggap lebih matang dan bijak mengurus masalah dan masa mereka. Oleh itu, penyelia pada peringkat ini lebih membantu dari segi pendapat tentang kesesuaian hasil penyelidikan berbanding cara untuk mendapatkan hasil tersebut. Maka, pelajar pada peringkat ini perlu lebih bijak dalam mendapatkan cara untuk menyelesaikan permasalahan untuk mendapatkan hasil serta mencapai objektif penyelidikan mereka.

Selain itu, program secara penyelidikan pula terbahagi kepada 3 kategori iaitu kualitatif dan kuantitatif atau kedua-duanya sekali. Kategori ini yang akan menentukan kaedah penyelidikan yang akan dijalankan. Pembaca boleh memahami apa yang akan anda hadapi jika menyambung pelajaran pada tahap ini? Ya, ia seperti mudah tapi tidak semudah itu. Belajar sepenuh masa dengan meninggalkan kerja, ia adalah seperti mengambil risiko seperti membunuh diri. Ya, membunuh diri... jalannya tidak mudah, prosesnya panjang, tidak boleh pernah lalai, perlukan keazaman dan kesabaran yang amat tinggi. Putus asa adalah perasaan yang biasa untuk orang yang mengambil jalan ini. Ia seperti sudah nampak jalan penghujung, tetapi ia masih perlu melangkah beberapa tapak untuk menamatkan perjalanan sebagai seorang pelajar ijazah sarjana.

Melangkah beberapa tapak lagi itulah yang akan membuatkan seseorang pelajar memandang ringan tentang kejayaan yang akan tiba itu pasti miliknya, kecundang menghampiri dihujung jalan itu. Ia nampak mudah, tapi bukan mudah kerana ketika ini pelbagai perkara yang akan datang menguji kesabaran dan kecekalan hati untuk berjaya. Tangis, amarah, putus asa bukan perkara luar biasa bagi seseorang untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana.

sumber: yahoo.com

Bagi penulis, ya memang pernah terduduk dan menangis membenci diri sendiri kerana tidak dapat untuk menyelesaikan masalah ini walaupun sudah bertahun mencarinya. Puas bertanya pelbagai jenis peringkat dari pelajar, pensyarah, tutor, namun jawapannya tetap tidak ditemui. Setelah 2 tahun, berjaya mendapatkan jawapan kepada objektif yang pertama yang mana berkaitan untuk menyelesaikan objektif yang seterusnya. Maka, dalam waktu 2 tahun itu pelbagai cara telah digunakan untuk mendapatkan jawapan itu. Terasa sangat bodoh kerana tidak mendapat jawapan dan terus menyalahkan diri sendiri selain dari penyelia yang terus mendesak dan mengasak dengan pelbagai persoalan tidak kurang sindirian yang amat pedih menusuk. Pernah sekali dia mengugut untuk mengugurkan penulis dari pengajian kerana tidak memenuhi kehendak serta tidak mencapai apa yang diharapkan. Mana tidak remuk hati penulis apabila dia mengatakan bahawa penulis seperti tidak mahu berusaha untuk mendapatkan jawapan kepada objektif tersebut.

Penyelia penulis mahukan semua perkara telah disiapkan dengan segera, namun tidakkah ia menjadi satu kesalahan jika kita tidak jujur kepada sesuatu yang telah kita usahakan? Apa yang kita akan dapat dikemudian hari tentunya tiada dalam keberkatan dari Allah.Jadi, apabila penulis meminta penangguhan terhadap laporan terhadap kerja-kerja penulis, tentunya cacian jaua yang diperolehi. Oleh itu, penulis mula membuat laporan berdasarkan apa yang telah diperolehi sedikit, demi sedikit. Walaupun penulis berjumpa dengan penyelia untuk menunjukkan kemajuan penyelidikan penulis, setiap kali itulah penulis perlu memberitahu mengenai penyelidikan penulis dari permulaan, termasuk menceritakan semua objektif dan cara kerja penulis. Maka, kualiti masa tidak diperolehi pada setiap kali ada pertemuan dengan penyelia penulis. Tidak pernahkah dia mahu memahami dan mengingati setiap kali penulis membentangkan kerja penulis? Jadi, setiap kali perbincangan tersebut, maka terdapat beberapa perubahan atas arahan penyelia. Minggu berikutnya jika dibentangkan hasil kajian berdasarkan perubahan tersebut, penyelia pasti memarahi penulis kerana sering menukar cara kerja, namun apa yang dibuat atas arahannya juga. Kadanag-kadang penulis bertanya pada diri sendiri, apakah aku sangat bodoh sehingga direndah-rendahkan seperti itu? Tetapi penulis akan memujuk diri sendiri, dengan menyatakan bahawa penulis tetap tidak direndahkan oleh Yang Esa.

-bersambung-

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...