Kecoh dibuatnya apabila beberapa hari yang lalu Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan yoga yang dipercayai mempunyai unsur-unsur Hindu dan bacaan mantera Hindu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi apabila pelbagai pihak telah memberikan respon positif mahupun negatif terhadap isu ini. Seperti yang diketahui umum, senaman ini telah lama diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Namun, elemen yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia ini menyebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan aqidah umat Islam. Bagi pihak penganut agama Hindu tidaklah perlu mengambil pengharaman yoga ini secara negative kerana...
Kecoh dibuatnya apabila beberapa hari yang lalu Majlis Fatwa telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan yoga yang dipercayai mempunyai unsur-unsur Hindu dan bacaan mantera Hindu. Hal ini telah menimbulkan spekulasi apabila pelbagai pihak telah memberikan respon positif mahupun negatif terhadap isu ini. Seperti yang diketahui umum, senaman ini telah lama diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Namun, elemen yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia ini menyebabkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa tersebut kerana dikhuatiri menjejaskan aqidah umat Islam. Bagi pihak penganut agama Hindu tidaklah perlu mengambil pengharaman yoga ini secara negative kerana ia bkan bertujuan untuk menggugat agama Hindu tetapi ia hanya dikhuatiri menggugat keimanan orang yang mengnut agama Islam dan tidak bertujuan untuk menghina agama lain.
Justeru, penganut Hindu perlu faham bahawa pengharaman ini bukan bererti Islam menolak sebarang amalan yang dilakukan oleh penganut Hindu di negara ini tetapi ia hanyalah unutk kebajikan orang Islam dan tidak sama sekali bertujuan untuk mengugat kedudukan penganut Hindu. Maka, hal ini tidak perlulah dibesar-besarkan kerana ianya hanya fatwa yang dikeluarkan untuk kegunaan orang Islam.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat fatwa pengharaman yoga bukan bertujuan mencerca, memperkecilkan atau menghina agama lain, termasuk Hindu, sebaliknya ia sebagai panduan kepada umat Islam.
Beliau berkata, amat malang jika ada anggota masyarakat yang menyifatkan pengharaman senaman yoga yang diumumkan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai serangan ke atas agama mereka.
"Fatwa pengharaman yoga dibuat bukannya kerana orang Islam mempertikaikan agama lain, sebaliknya ia bertujuan untuk melarang penganut Muslim daripada melakukan amalan yang dilarang agama... itu saja.
"Oleh itu, semua pihak tidak harus menjadikannya sebagai satu isu agama, termasuk mendakwa fatwa itu sebagai menghina agama mereka. Saya tidak faham mengapa isu ini diperbesar-besarkan seperti dilakukan sesetengah golongan," katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Bahasa dan Linguistik Antarabangsa: Bahasa Inggeris dan Asia 2008, semalam.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju dengan Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan senaman yoga yang disifatkannya boleh mendorong umat Islam di negara ini tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar.
Beliau berkata, unsur diamalkan dalam senaman itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana mempunyai ciri penyatuan dengan Tuhan dan umat Islam sepatutnya menerima pengharaman itu kerana ia dibuat berdasarkan kajian yang jelas, tanpa cuba untuk mempertikaikannya.
"Dalam fatwa dikeluarkan itu sudah jelas, yoga ini hujungnya ada penyatuan diri dengan Tuhan, bagaimana jaminan manusia boleh bersatu dengan tuhan sedangkan Islam tak bersatu dengan Tuhan, rapat dengan Tuhan tu ada.
"Sama macam amalan lain seperti 'main puteri' yang diharamkan kerajaan Kelantan, dalam permainan itu orang yang mengamalkannya menyebut benda yang dia sendiri tak faham, ada gerak geri tubuh bersama perkataan lain yang dia sebut, tetapi tak tahu maksud, itu tak betul," katanya di sini, semalam.
Secara peribadi, senaman ini memang baik tetapi jika ia mengandungi sesuatu yang boleh menyebabkan syirik kepada Allah kita perlu elakkan kerana bukan ini sahaja cara untuk menjadi sihat bukan? Fikirkan!
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
2 ulasan:
hi, i know that yoga is come from agama hindu kepercayaan hindu dan sepatutnya senaman ni ada baca2 untuk menyatukan tuhan.
i'm do some yoga and involves in every challange, but saya takda baca2 itu kira haram juga ke macam mana? just to get more flexible and keep arm strong.
Hi Balkies Rashid. Sorry for the late reply, for me, as long as not changing your understanding about Allah SWT which the only God it is okay then. Niat tu penting, niat untuk senaman okay, memang xda masalah dan tidak pernah menghilangkan kepercayaan dan keimanan kepada Allah yang Esa.
Tq for reading my blog :)
Catat Ulasan