Khamis, 20 Februari 2014

AKU BOSAN!

Penulis nak lontarkan pandangan peribadi sahaja, tiada kaitan dengan mana-mana fakta. Sebenarnya, penulis dah bosan bermuka buku, twitter, dan lain-lain. Macam-macam dah media sosial sekarang... (rasa macam dah terlalu berlebih-lebihan).  

Dunia penuh dengan media sosial. Banyak, sangat atau sangat banyak? Apapun, terpulang kepada pembaca nak menilai bagaimana, sebab semua itu terpulang pada diri masing-masing. Penulis nak lontarkan pandangan peribadi sahaja, tiada kaitan dengan mana-mana fakta. Sebenarnya, penulis dah bosan bermuka buku, twitter, dan lain-lain. Macam-macam dah media sosial sekarang... (rasa macam dah terlalu berlebih-lebihan). 

Pandangan peribadi penulis, kerap bermuka buku kebanyakkannye (yang masuk dalam 'friend list' penulis la) suka update gambar dan pasal diri sendiri. Bila ada orang kemaskini tentang secawan teh/kopi/dll, teringat lawak Harith Isandar, seorang tu kemaskini tentang dia minum teh pun, ade orang komen... bila difikirkan, ye la, nak bagitahu semua kawan-kawan kat mukabuku tu, yang dia tengah minum. Hahaha, mungkin dia baru raasa nikmat minum?

 Janganlah terlalu pesimistik... Jika anda seorang yang pesimistik, selalu bagitahu diri sendiri yang kamu juga mungkin akan buat benda yang sama. Jadi, jangan menilai orang, nilai diri sebab Allah je yang akan pandang tentang diri kita, dalam luar,baik buruk. Disebabkan merasakan kebosanan yang amat, penulis dah buat kepuusan nak keep blogging je. Sebab kat media sosial orang boleh komen tentang itu, tentang ini. Tapi, tak pernah nak buat dlm realiti. Semua dalam maya je... xkan jadi realiti bukan penulis nak kata alam maya ni tak baik, tapi ade orang yang menggunakan dengan cara yang salah. 

Ya, teringat Al-kisah seorang sahabat yang mana adiknya yang berhati tulus suci dan murni telah ditipu mentah-mentah oleh seorang ke, sekumpulan ke xpasti, tentang jual-beli di internet. Si penjual ini katanya hendak menjual semua barangan rampasan kastam, ada television, komputer riba, peti sejuk, dan semua barang elektrik kesimpulannya dengan harga RM300 SAHAJA. Siap tak nak semua barangan elektrik harga macam tu! Memang murah gila!! 

Tapi yang gila, adik sahabat penulis ni, tanpa berfikir panjang depositkan duit ke dalam akaun bank si penjual: RM 3K sebab beli 10 barang. 3 hari selepas itu, si penjual memberitahu adik sahabat penulis, (dalam perbualan telefon) dia sudah dalam perjalanan ke Kuala Terengganu (sebab rumah adik sahabat penulis di KT). Tetapi si penjual menelefon lagi sekali sebab dikatakan ada masalah jadi, penghantaran barang agak lewat. Ok, nampak macam betul je, kan???

 Lepas itu, keesokkannya, adik sahabat penulis menelefon orang berkenaan, nombor tersebut tidak dapat dihubungi!!! Adusss!!! Hanya kenal di laman sesawang (Facebook), bila tengok balik muka buku si penjual tersebut, tiada dalam carian ; agaknya sudah dihapuskan 'page' tersebut. Al-kisah tersebut mahu memberikan pengajaran kepada pembaca. 

Jangan mudah percaya. Nak percaya boleh, tapi biarlah yang dah berdaftar dengan ssm atau ade testimoni dari pengguna atau pembeli yang lain! 

Semoga menjadi pengguna laman sosial yang bijak dan berhemah!!!!

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...