Jumaat, 14 Februari 2014

SAAT KEMARAU HADIR

Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah dilanda bah juga turut terjejas. Apakah hikmahnya Allah mendatangkan bah tersebut? Tidakkah itu adalah satu peringatan awal atau ujian untuk menguji manusia yang seringkali lupa, dunia ini adalah ladang, tempat menanam dan hasilnya kita tuai di hari akhirat kelak?
picture- credit to google Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah dilanda bah juga turut terjejas. Apakah hikmahnya Allah mendatangkan bah tersebut? Tidakkah itu adalah satu peringatan awal atau ujian untuk menguji manusia yang seringkali lupa, dunia ini adalah ladang, tempat menanam dan hasilnya kita tuai di hari akhirat kelak? Hasil yang kita dapati waktu di dunia ini adalah untuk di bahagi-bahagikan kepada yang lain yang lebih memerlukan. Tidak perlu tunggu “kalau aku kaya”, tapi setiap rezeki yang Allah kurniakan itu bukanlah semuanya milik kita. Saya pernah terbaca jika sebulan kita mendapat gaji hasil usaha kita, pahit jerih setiap hari selama sebulan, dapat satu pertiga daripadanya sahaja yang akan menjadi milik kita. Dua pertiga lagi tentunya milik mak cik jual kuih, TESCO, GIANT (semua yang sewaktu dengannya), Syabas, TNB dan lain-lain… Maka, kita tidak boleh nafikan segala yang Allah bagi itu untuk dikongsi. Walaupun hanya ilmu yang disampaikan oleh seorang ustaz dalam majlis ilmu. Sekarang, Malaysia cuacanya seperti kemarau. Terik matahari seperti membakar kulit tetapi ini hanyalah sedikit, jika dibandingkan dengan kehangatan api neraka, sungguh jauh bezanya…. Inilah yang sering bermain difikiran penulis. Setiap pagi ketika melangkahkan kaki keluar dari rumah, selalu berdoa kepada Allah supaya menurunkan air rahmatNya membasahi bumi ini kerana diri ini tidak tahan dengan kehangatan yang telah Allah berikan beberapa hari ini. Sungguh, penulis tidak setabah sahabat-sahabat Nabi dan Rasul yang telah dijanjikan Jannah di sana kelak. Namun, bila difikirkan lagi rumput-pumput yang mengering telah bertukar kepada kekuningan tetap terus berzikir memuji Penciptanya. Penulis juga perlu mengambil motivas dari rumput-rumput yang terus berzikir untuk mendapt Redha Pencipta. InshaAllah, apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah. Takkan Pencipta kita tidak mencintai kita. Terlalu banyak yang telah diberikan untuk kita, cuma pernahkah kita memberikan cinta kita buatNya? Sebenarnya, hati dan jiwa kita yang kemarau untuk mencintai Allah. Mungkin ya, kita hamba yang taat, tapi jiwa dan raga ini hanya untuk Allah??? Bersama-sama meraih cinta Allah. Cinta yang kekal ABADI…

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...