Isu yang dimanipulasi tidak salah bagi pandangan penulis. Sebab sesetengah media asing hanya mahu menulis dengan cara dan persepektif yang berbeza.
Malaysia tampil dengan Menteri Pertahanan yang cukup baik dalam menghadapi situasi ini dengan jawapan yang baik dalam menjawab setiap persoalan media tempatan mahupun asing. Bagi pendapat penulis Malaysia memerlukan sesorang yang lebih bijak dalam menjawab soalan provokasi dan pesimistik media terutamanya media asing. Malaysia juga perlukan seorang yang pandai bermain psikologi dengan media yang seringkali lebih bijak menggunakan ayat-ayat yang mungkin tidak sesuai digunakan yang mampu untuk menukar maklumat sebenar yang telah dikeluarkan.
Apabila Perdana Menteri Malaysia mengeluarkan kenyataan media berkenaan MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, reaksi daripada keluarga penumpang dari China memberi reaksi yang negatif terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri yang dalam hemat penulis kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan ianya berakhir di Lautan Hindi.
Ya, benar, semua orang mahukan bukti tersebut.
Tidak cukup sekadar maklumat daripada satelit tersebut.
Cukup, cukup sudah... salahkan Malaysia dan membenci Malaysia sehingga mengecam RAKYAT MALAYSIA, ini tidak adil kerana yang tidak elok hanya sebahagian ranting terus ditebang pokok yang akan memberikan buah yang manis dan enak! Memboikot barangan Malaysia, mengecam artis Malaysia adakah itu cara yang paling bijak untuk menghadapi situasi genting ini?
picture: credit from google... |
Adakah kita RAKYAT MALAYSIA perlu berdiam diri? Api kemarahan tidak perlu dinyalakan kerana kita tidak menemui sebarang kesimpulan....
Kesimpulan yang penulis boleh buat, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan, jangan gaduh2.... Itu takdir yang dah dalam rancangan Allah....
ok... PEACE, NO WAR!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan