pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Isnin, 21 Julai 2008
Dunia Mengecil?
Zaman dahulu kala, ketika bumi ini tiada yang tahu bentuknya seperti bola, ramai yang berkelana ke lautan sangat takut untuk berlayar jauh ketengah meredah ombak dan badai yang lebih hebat. Kenapa?
Pada waktu tersebut, mereka merasakan bumi ini tentu ada penghujungnya dan sesiapa yang berlayar jauh dari lingkungan yang mereka anggarkan, tentu mereka akan jatuh kebawah seperti Niagara Falls yang tinggi dan curam.
Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa bumi ini wujud dalam bentuk yang sangat unik dan tidak menyebabkan sesiapa yang berada diatasnya jatuh ke angkasa raya.
Tidak seorang pun pada zaman dahulu akan berfikir yang dunia ini semakin mengecil. Mustahil bumi yang statik ini mengecil? Mengecil dari segi ingin mengetahui segala-galanya di dunia ini. Hanya dengan menekan satu jari, apa-apa maklumat yang diperlukan di dunia ini akan diketahui oleh sesorang itu walaupun dia tidak pernah ke tempat tersebut.
Dalam hal globalisasi ini telah memperlihatkan kebesaran dan ketinggian ilmu Allah yang tidak terbanding luasnya. Sesekali terasa betapa kerdilnya manusia ini, adapun manusia yang telah membuat ciptaan demi ciptaan untuk memberi kemudahan dan keselesaan pada manusia sendiri, tetapi semuanya datang dari ilham yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Jaringan perhubungan tanpa wayar juga telah berlaku. Betapa kecilnya dunia ini telah kita terokai satu demi satu dengan hujung jari sahaja. Betapa kecilnya dunia ini jika dibandingkan pada zaman dahulu kerana dahulu tidak wujud lagi ciptaan yang hebat ini. Jika dahulu, ingin mengenali dan mengetahui bagaimana keadaan negara China, perlulah menarik sauh dan berlalu dari pelabuhan untuk mengharungi badai dilautan untuk sampai ke China dan menambah maklumat tentang China.
Sekarang hanya beberapa ketukkan jari-jemari di atas 'keyboard' kita boleh mengetahui pelbagai maklumat mengenai negara China walaupun tidak pernah ke sana.
Renungkan sejenak, kebaikkan teknologi yang kita ada sekarang. Implikasi keatas setiap apa yang kita ada telah memberikan suatu pengajaran yang cukup besar dan bermakna dalam mencari dan menerokai Ma'rifatullah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan