pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Rabu, 24 September 2008
Sinar Kegembiraan...
Setelah berpuasa sebulan, tiba pula bulan yang diertikan sebagai bulan kemenagan iaitu Syawal. Keberkatan ramadhan mungkin tidak boleh dibanding dengan bulan yang lain, namun setiap bulan Islam terdapat keistimewaannya tersendiri. Tentu sekarang ramai yang sedang sibuk mencari baju baru,kuih raya dan pelbagai lagi persiapan yang saya kira bukanlah sesuatu yang penting.
Apa yang penting adalah mengejar pahala yang masih dicurahkan oleh Allah dalam Ramadhan. Bukanlah bersekang mata unutk membuat kuih atau baju raya tetapi, bangun malam untuk merebut pahala yang bakal berakhir pada malam Syawal. Mungkin ada sesetengah yang berpendapat " Ala, tahun depan kan ada" adakah kita yang boleh menentukan ajal kita pada tahun depan masih ada? Tahun depan masih ada namun, adakah kita juga masih ada seperti 'tahun depan'?
Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian ibu sahabat saya. Bayangkan seorang ibu meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam Ramadhan. Alahamdulillah Allah telah takdirkan ibu ini terlepas dari azab kubur.Hati ini pasti sayu pada pagi Syawal. Selalunya, DIAlah yang sibuk menyediakan ketupat, memasak rendang, menyediakan kuih raya dan menghias rumah.Kali ini, hari lebaran disambut dengan hambar. Tanpa limpahan kasih dan sayang seorang ibu. Tangisan sudah tidak berguna apabila mengenangkan kesalahan kita terhadapnya pada masa lalu.
Oleh itu, sahabat-sahabt, bersama-sama kita manfaatkan masa kita bersama ahli keluarga yang tersayang pada hari lebaran ini. Bermaaf-maafan, curahkan kasih sayang selagi mereka ada disisi. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana kematian itu ada dimana-mana tidak kira tempat mahupun waktu. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh ibu sahabat saya dan semoga ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Diharap Syawal ini bukan sahaja kita bergembira malah mengingati orang yang tiada.Serta tidak dilupakan fakir dan anak-anak yatim, doakan mereka semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Tentunya mereka merasaka bulan Ramadhan dan Syawallah waktu mereka bergembira dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan bila bulan ini berakhir, adakah ada golongan yang masih prihatin terhadap mereka? Ada, namun bilangannnya tidaklah sebanyak pada bulan Ramadhan dan Syawal.
Semoga hari lebaran yang mendatang membawa erti yang besar, bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa dibulan Ramadhan, tetapi lebih dari itu.
Salam Aidilfitri.
Selasa, 9 September 2008
Ajaibnya RAMADHAN
Menjalani hari-hari dalam bulan yang penuh barakah ini, diriku ingin membicarakan tentang sesuatu yang mungkin sahabat semua mungkin tidak terfikir atau terlepas pandang. Heningnya keadaan surau. Apabila Ramadahan tiba, tentu semua orang melihat fenomena membanjiri masjid sebagai satu kewajipan. Kadang-kadang tiada satu ruang pun unutk mencelah ke saf hadapan.
Namun, bila Ramadhan berlalu? Berlalulah semua orang dihadapan masjid, tergesa-gesa unutk pulang ke rumah selepas waktu pejabat dan tidak akan datang membanjiri masjid pada waktu Isyak seperti yang kita lakukan di bulan Ramadhan. Itulah keajaiban Ramadhan. Allah gerakkan hati-hati manusia yang tidak pernah menlangkah ke masjid atau surau-surau yang berdekatan datang memeriahkan rumah Allah pada bulan yang datangnya limpahan pahala dan rahmat.
Apakah kita sedar yang kita lakukan selama ini hanya mewajibkan diri hampir ke surau pada sebulan setahun? Bagaimana kita isi masa dan raung yang ada pada hari-hari dan bulan-bulan biasa? Tidakkah ia satu yang merugikan padahal pada bulan Ramadahan boleh sahaja ramai-ramai datang mengimarahkan surau. Pada bulan biasa? Tidakkkah kita mempunyai lebih banyak masa? Atau gandaan pahala yang besar yang telah dijanjikan Allah pada bulan Ramadhan ini yang kita kejar?
Tepuklah dada tanyalah iman. Adakah kita benar-benar ikhlas ke masjid-masjid pada bulan puasa kerana Allah? Atau sekadar mahu menutup malu, apa kata orang kalau kita tidak ke masjid pada malam hari selepas berbuka puasa? Apa kata orang jika aku tidak ke surau atau masjid unutk solat tarawikh? Apakah kita perlu memperdulikan 'apa kata orang'? Bagaimana dengan 'APA KATA ALLAH'? yang mana satu kita beriman sebenarnya? yang mana satu sepatutnya kita takut sebenarnya?
Fikir-fikirkan!
Selamat manjalani ibadah puasa dan merebut pahala di bulan ini!
Rabu, 3 September 2008
Malam Merdeka VS 'Virus'
Malam kemerdekaan memang malam yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira kaum dan agama, semuanya sibuk untuk sama-sama meraikan malam untuk menunggu tibanya detik 12 tengahmalam, iaitu tanggalnya 31 Ogos. Namun, apa yang paling menyedihkan, semua yang hadir untuk meraikan bersama 'teman' istimewa kiranya ia adalah satu detik yang tidak boleh dilepaskan.
Dari tahun, ke tahun selepas sambutan hari kemerdekaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya semakin menular. Mungkin didada akhbar arus perdana tidak pernah menerobos diwaktu selepas detik merdeka kerana bagi mereka selepas waktu itu tentunya semua orang yang hadir akan terus bersurai.
Realiti hari ini berbeza dari pandangan 'hati putih' masyarakat yang mana selepas sambutan kemerdekaan ramai gadis-gadis mengorbankan atau dikorbankan dara mereka. Adakah ini yang kita mahukan apabila menyambut kemerdekaan setiap tahun? Tidakkah ada pihak yang prihatin membantu anak muda yang kekeringan moral ini?
Inilah benih yang kita tabur 51 tahun dahulu yang telah menghasilkan buah-buah yang beracun dalam masyarakat. Masyarakat, fikirlah! Adakah kita mahu masa depan anak muda yang mewarisi masa hadapan untuk memimpin negara tidak moral? Apakah sebenarnya yang kita kurang dalam memberikan didikan akhlak serta didikkan moral kepada mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan?
Jika disekolah tentu guru yang akan dipersalahkan, apabila ditanya ibubapa tentunya mereka mengharapkan anak mereka boleh menjadi seorang 'insan' apabila dihantar ke seolah. Bagi mereka, disekolahlah tempat untuk anak-anak mereka belajar menjadi 'insan'. Tapi adakah ini berlaku disekolah sekarang?
Kementerian pendidkan pun telah ditukar kepada kementerian pelajaran kerana pihak berwajib mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mendidik anak muda. Berbezakah pelajaran dan pendidikan?
Pelajaran ialah hanya merangkumi pengajaran yang disampaikan kepada seseorang. Manakala pendidikan ialah mendidik dalam aspek yang lebih luas iaitu bukan hanya memberikan ilmu malah mengajar ilmu metafizik dalam diri anak muda. Masalah yang dihadapi oleh generasi masa kini ialah mereka telah didoktrinkan dengan pemisahan aktiviti dan ketuhanan yang lebih berbentuk etika.
Adakah negara kita juga mahu menuruti langkah negara barat yang penuh dengan masyarakat yang tidak mengenal erti moral dan etika terhadap diri dan Tuhan. Anda mahukan masyarakat pada masa hadapan yang bagaimana?
Pilih halatuju hidup anda dan cuba rungkaikan apakah masalah masyarakat yang tenat menjagkiti masyarakat kita? Adakah virus-virus negara barat cuba menjadi sel kanser yang menyebabkan masyarakat pada masa kini lemah moral serta etika.
Inikah yang kita mahu? Fikirkan!
Langgan:
Catatan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...