pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Rabu, 24 September 2008
Sinar Kegembiraan...
Setelah berpuasa sebulan, tiba pula bulan yang diertikan sebagai bulan kemenagan iaitu Syawal. Keberkatan ramadhan mungkin tidak boleh dibanding dengan bulan yang lain, namun setiap bulan Islam terdapat keistimewaannya tersendiri. Tentu sekarang ramai yang sedang sibuk mencari baju baru,kuih raya dan pelbagai lagi persiapan yang saya kira bukanlah sesuatu yang penting.
Apa yang penting adalah mengejar pahala yang masih dicurahkan oleh Allah dalam Ramadhan. Bukanlah bersekang mata unutk membuat kuih atau baju raya tetapi, bangun malam untuk merebut pahala yang bakal berakhir pada malam Syawal. Mungkin ada sesetengah yang berpendapat " Ala, tahun depan kan ada" adakah kita yang boleh menentukan ajal kita pada tahun depan masih ada? Tahun depan masih ada namun, adakah kita juga masih ada seperti 'tahun depan'?
Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan pemergian ibu sahabat saya. Bayangkan seorang ibu meninggalkan kita buat selama-lamanya dalam Ramadhan. Alahamdulillah Allah telah takdirkan ibu ini terlepas dari azab kubur.Hati ini pasti sayu pada pagi Syawal. Selalunya, DIAlah yang sibuk menyediakan ketupat, memasak rendang, menyediakan kuih raya dan menghias rumah.Kali ini, hari lebaran disambut dengan hambar. Tanpa limpahan kasih dan sayang seorang ibu. Tangisan sudah tidak berguna apabila mengenangkan kesalahan kita terhadapnya pada masa lalu.
Oleh itu, sahabat-sahabt, bersama-sama kita manfaatkan masa kita bersama ahli keluarga yang tersayang pada hari lebaran ini. Bermaaf-maafan, curahkan kasih sayang selagi mereka ada disisi. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana kematian itu ada dimana-mana tidak kira tempat mahupun waktu. Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh ibu sahabat saya dan semoga ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Diharap Syawal ini bukan sahaja kita bergembira malah mengingati orang yang tiada.Serta tidak dilupakan fakir dan anak-anak yatim, doakan mereka semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati mereka. Tentunya mereka merasaka bulan Ramadhan dan Syawallah waktu mereka bergembira dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan bila bulan ini berakhir, adakah ada golongan yang masih prihatin terhadap mereka? Ada, namun bilangannnya tidaklah sebanyak pada bulan Ramadhan dan Syawal.
Semoga hari lebaran yang mendatang membawa erti yang besar, bukan sekadar meraikan kejayaan berpuasa dibulan Ramadhan, tetapi lebih dari itu.
Salam Aidilfitri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan