pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Rabu, 3 September 2008
Malam Merdeka VS 'Virus'
Malam kemerdekaan memang malam yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira kaum dan agama, semuanya sibuk untuk sama-sama meraikan malam untuk menunggu tibanya detik 12 tengahmalam, iaitu tanggalnya 31 Ogos. Namun, apa yang paling menyedihkan, semua yang hadir untuk meraikan bersama 'teman' istimewa kiranya ia adalah satu detik yang tidak boleh dilepaskan.
Dari tahun, ke tahun selepas sambutan hari kemerdekaan perkara-perkara yang tidak sepatutnya semakin menular. Mungkin didada akhbar arus perdana tidak pernah menerobos diwaktu selepas detik merdeka kerana bagi mereka selepas waktu itu tentunya semua orang yang hadir akan terus bersurai.
Realiti hari ini berbeza dari pandangan 'hati putih' masyarakat yang mana selepas sambutan kemerdekaan ramai gadis-gadis mengorbankan atau dikorbankan dara mereka. Adakah ini yang kita mahukan apabila menyambut kemerdekaan setiap tahun? Tidakkah ada pihak yang prihatin membantu anak muda yang kekeringan moral ini?
Inilah benih yang kita tabur 51 tahun dahulu yang telah menghasilkan buah-buah yang beracun dalam masyarakat. Masyarakat, fikirlah! Adakah kita mahu masa depan anak muda yang mewarisi masa hadapan untuk memimpin negara tidak moral? Apakah sebenarnya yang kita kurang dalam memberikan didikan akhlak serta didikkan moral kepada mereka? Siapakah yang harus dipersalahkan?
Jika disekolah tentu guru yang akan dipersalahkan, apabila ditanya ibubapa tentunya mereka mengharapkan anak mereka boleh menjadi seorang 'insan' apabila dihantar ke seolah. Bagi mereka, disekolahlah tempat untuk anak-anak mereka belajar menjadi 'insan'. Tapi adakah ini berlaku disekolah sekarang?
Kementerian pendidkan pun telah ditukar kepada kementerian pelajaran kerana pihak berwajib mahu terlepas daripada menjalankan tanggungjawab mendidik anak muda. Berbezakah pelajaran dan pendidikan?
Pelajaran ialah hanya merangkumi pengajaran yang disampaikan kepada seseorang. Manakala pendidikan ialah mendidik dalam aspek yang lebih luas iaitu bukan hanya memberikan ilmu malah mengajar ilmu metafizik dalam diri anak muda. Masalah yang dihadapi oleh generasi masa kini ialah mereka telah didoktrinkan dengan pemisahan aktiviti dan ketuhanan yang lebih berbentuk etika.
Adakah negara kita juga mahu menuruti langkah negara barat yang penuh dengan masyarakat yang tidak mengenal erti moral dan etika terhadap diri dan Tuhan. Anda mahukan masyarakat pada masa hadapan yang bagaimana?
Pilih halatuju hidup anda dan cuba rungkaikan apakah masalah masyarakat yang tenat menjagkiti masyarakat kita? Adakah virus-virus negara barat cuba menjadi sel kanser yang menyebabkan masyarakat pada masa kini lemah moral serta etika.
Inikah yang kita mahu? Fikirkan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan