Isnin, 25 Mei 2009

Impian KOSONG

Pentadbiran Perak sangat menarik perhatian media dunia bukan sahaja Malaysia. Demokrasi dan sistem yang telah digubal hampir setengah abad ini akhirnya dicabar dan dicalar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mana tidaknya, soal ketua yang tertinggi di Perak, iaitu Menteri Besar menjadikan pentadbiran Perak kucar kacir. Namun, apa yang berlaku pada 4 Mei yang lalu melibatkan pergelutan YB-YB menunjukkan penghormatan mereka terhadap kesucian protokol di dalam DUN telah dicemari. Adakah ini kerana mereka tidak berfikiran waras? Berkelakuan seperti keanak-anakkan. Tidakkah inilah nilai akhlak yang ada pada pemimpin yang tidak diiktiraf oleh undang-undang? Sesukahati menggunakan kuasa yang ada untuk mencapai impiannya. Malangnya, impian yang diberikan kepada rakyat???

KOSONG!

Jauh disudut hati mereka ini tidakkah pernah terfikir bahawa semua yang mereka lakukan ini adalah untuk memberikan peluang dan ruang untuk memperjuangkan hak rakyat BUKANNYA hak diri sendiri. Ini adalah pandang peribadi saya terhadap pencemaran protokol dan adab terhadap undang-undang yang dijadikan seperti lampin pakai buang; jika perlu digunakan, jika tidak hanya perlu dicampakkan di dalam tong sampah.

Jika kita mahukan perjuangan dalam menegakkan kebenaran bagi kita lihat MB Perak yang mana benar, ujilah dengan adil dan saksama bukannya prinsip dn pendirian akan beubah apabila keputusan Mahkamah Tinggi telah dikeluarkan. Biar apa pun keputusannay, hanya Allah yang mengetahui kerja manusia yang terlibat dalam mengendalikan kes ini samada amanah dengan tangungjawabnya, atau sebaliknya.

Jangan biarkan impian KOSONG ini terus diberikan kepada rakyat Perak... Mereka mahukan impian yang mampu dicapai.

Wallahua'lam!!!

Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...