Selasa, 5 Mei 2009

RINDU!

Salam,

Sudah hampir sebulan rasanya tidak menjenguk dan mennyediakan post-post untuk blog ini. Setelah sekian lama, banyak pula rasanya hendak dicoretkan dalam blog ini. Tidak lama lagi hari ibu bakal tiba. Kepada semua ibu, selamat hari ibu! Besarnya pengorbanan ibu dalam berjuang untuk melahirkan anak-anak kedunia ini, bertarung nyawa demi memberikan zuriatnya peluang untuk melihat dunia. Sungguh besar pengorbanan ibu apabila tidak akan lena tidur jika anaknya sedang dalam keadaan yang tidak sihat. Semasa kecil pula, dia tidak akan membiarkan seekor nyamuk pun mendekati apatah lagi menjamah kulit halus anaknya yang masih kecil itu. Rindunya rasa hati ini kepada bonda yang tersayang apabila sekian lama tidak balik ke rumah.

Namun, persaan ini lagi memilukan apabila menbaca blog seorang ustaz yang kematian isterinya kerana melahirkan anak. Saya cukup tersentuh apabila dia menceritakan keadaan anaknya yang masih kecil yang sangat manja asyik bertanyakan tentang umminya. "Abah, Ummi dah mati ke?" mulutnya mengomel dengan cerdik walaupun dia masih belum mengerti apa erti 'kematian' itu, namun dia sudah belajar untuk terima umminya sudah mati walaupun dia masih perlukan kasih umminya lagi kerana dia baru sahaja berumur 2 tahun pada ketika umminya pergi bertemu Allah.

Alhamdulillah saya masih mempunyai ibu. Ibu tempat saya mengadu semua perkara, dari sekecil-kecil perkara. Kadang-kadang rasanya perkara itu tidak patut diberitahu kepada ibu namun, ketika berbual ditelefon, perkara yang tidak penting juga diberitahu. Alhamdulillah, bersyukur kerana Alah masih berikan peluang kepada saya untuk merasai kasih sayang ibu. Kalau diizinkn Allah, saya mahu menjaga ibu saya seperti dia menjaga saya dahulu. Owh, sebelum terlupa, ayah dan ibu. Kalaulah ayah saya yang membaca entri ini tentunya dia berkecil hati kerana saya hanya mahu menjaga ibu saya, tentu kedua-duanya!! Merekalah permata hati saya. Semasa kecil, memang tidak dinafikan, saya agak nakal sehingga saya sering dimarahi. Apabila sudah besar, dan boleh berfikir secara rasional, saya faham bahawa marahnya ibu,leteran ibu, pukulan ibu itu semua adalah tanda kasih sayang ibu kepada saya. Jika ibu tidak buat seperti itu, tentu saya tidak akan merasakan itu adalah teguran, pukulan dan leteran kasih dari ibu sekarang.

Walaupun sudah besar, saya ridukan leteran ibu, entah mengapa mungkin itu adalah penyeri hidup saya. Alhamdulillah, dalam hati iniAllah tidak memberikan perasaan dendam terhadap ibu saya mungkin kerana darahnya juga mengalir dalam badan ini yang menjadikan diri ini cuba untuk menjadi sempurna dimata seorang ibu. Kasih sayang ibu tidak boleh dibalas walaupun segunung emas digadai untuk membalas jasanya.InsyaAllah, doa kepada mereka setiap hari dalam tiap waktu solat adalah hadiah kecil buat mereka. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang setimpal atas semua pengorbanan dan kasih sayang mereka.

Tidak ada ibu yang tidak menyayangi anak-anaknya, walaupun negara kita juga mempunyai rekod yang agak tinggi dalam statistik pembuangan bayi, ia adalah faktor nafsu yang menghasut mereka untuk membuang anak tersebut kerana hendak menutup malu. Hal ini kerana keterlanjuran mereka untuk membuat keputusan kepada diri mereka sendiri, merosakkan diri untuk memenuhi keperluan nafsu mereka. Kes pembuangan bayi ini sepatutnya tidak berlaku kerana Islam sudah mengajar umatnya cara-cara yang sesuai dan benar dalam hubungan antara manusia.

Selain itu, kes lambakkan rumah-rumah warga emas juga sepatutnyatidak wujud kerana anak-anak mereka masih ada untuk menjaga ibu dan ayah mereka. Namun, oleh kerana hendak mencaari kekayaan dunia ini, ramai anak yang terlupa untuk melihat bahawa ini adalah satu tanggungjawab mereka dan memberikan mereka kekayaan diakhirat kelak. Benarlh satu kata-kata, "seorng ibu mampu menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu". Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari menjadia anak-anak yang mengabaikan tangunggjawab kepada ibu bapa kita pada masa hadapan.

Selmat hari IBU!!!

Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...