pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Selasa, 20 Oktober 2009
TERLUPA?!
Salam Zulkaedah!!!
Sudah lama tidak menjenguk2 dan mengemaskini blog ini. Rindu rasanya berkongsi pengalaman dan rasa dalam mengharungi kehidupan yang bakal berakhir bila-bila masa dengan kehendak Allah. Hari ini tanggal 1 Zulkaedah 1430H yang mana bermula bulan baru dan dua bulan lagi kita akan menyambut tahun baru, Maal Hijrah...
Hari ini ingin aku kongsikan pengalaman sahabatku yang bekerja di tempat orang-orang yang menharungi hidup ini dengan kejahilan. Ya, tidak semua orang diluar sana mendapat hidayah dari Allah melainkan kita yang memberikan 'jalan' kepada mereka mahupun memberikan lampu sebagai isyarat kepada rahmat Allah itu. Namun, apabila berhadapan dengan dunia realiti seringkali para daie (semua orang Islam yang mahu menyampaikan dakwah) tersungkur oleh kejahilan dihadapan mata mereka sendiri kerana kekurangan pendedahan kepada dunia luar dan ilmu dalam dada mereka.
Sahabatku itu, berhadapan dengan seorang bos yang 'free thinker'. Ya, kadang-kadang bila difikirkan mungkin lebih mudah mendekati orang yang tidak percayakan tuhan supaya mudah dibentuk kefahaman terhadap agama bahawa tuhan hanya ada SATU. Namun, oleh sebab kejahian dalam mendekati golongan seperti ini, tidaklah mudah untuk meyakinkan mereka terhadap hal-hal ketuhanan. Maka, kita harus bersiap sedia dalam menghadapi golongan seperti ini supaya kefahaman mengenai ketuhanan dapat dibentuk dalam dirinya. Kadang-kadang, kita hanya mampu membentuk kepercayaan trhadap kewujudan Tuhan, namun gagal untuk memberikan mereka kefahaman tentang keindahan Islam. Ya, mungkin pendapat saya agak pesimistik, tetapi apa yang berlaku, orang yang bukan dalam jalan dakwah yang berjaya membentuk kefahaman ketuhanan, namun orang yang hanya dalam golongan 'biasa-biasa'.
Betapa besarnya kekuasaan Allah sehingga memberikan gambaran bahawa kita bukanlah perlu berlumba-lumba unuk menyediakan kader-kader dakwah, disampingnya perlu melahirkan daie yang kukuh tsaqafah (kefahaman) terhadap agama dan praktikalnya. Seringkali kita bermain dengan teori yang kita baca dari bahan bacaan secara praktikalnya masih tidak mampu di asah dengan baik. Haruslah kita sedari, bangunlah dari tidur... Ramai orang diluar kelompok kamu memerlukan kalian.... Turunlah, bertebaranlah dibumi Allah yang agung ini untuk mencari dan memberi apa yang ada di dalam hati dan benak kalian.
Terdetik dihati ini, adakah Allah hendak menguji diriku kerana aku tidak pernah mengambil berat terhadap mereka? Ya Allah, telah aku sedari kesilapan dan kesalahanku. Semoga dirimu memberikan diri aku peluan untuk memperbaikinya lagi. Tidak akan aku tinggalkan mereka, tetapi akanku bawa mereka dalam hati dan hela nafasku. Amin.....
Harap-harap semua pembaca juga ambik pengajaran dari kisah diatas, kerana manusia itu lupa (An-Nas)semoga Allah akan memberi balasan yang setimpal pada amalan mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan