pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Khamis, 29 Julai 2010
OH MY!!!
Salam kerinduan
Nampaknye.. dah berhabuk blog ini ditinggalkan usang. Tapi hari ini telintas pula untuk menghidupkannya kembali setelah menyepi sekian lama. Huh.. apa nak buat... Saya hanya manusia biasa. Ada pasang surutnya, kelakuan diri ini.
Mungkin hatiku masih tersentak dengan perkara yang aku baca semalam. Sebelum ini akau merasakan semua ini tidak berlaku kepada orang yang berada disekeliling ku, padahal, kebejatan masalah sosial ini, tidak mengenal mangsanya. Ya.. masalah sosial sangat teruk. Mesti ramai yang beranggapan masalah sosial ini hanyalah penglibatan remaja dalam dadah,pergaulan bebas, dan lumba haram mahupun judi semata-mata. Tetapi realitinya... bukan remaja sahaja.. ia telah merebak kepada sesiapa sahaja tidak kira umur. Masalah seksual yang melanda di sekolah rendah sudah menjadi perkara biasa. Apalagi yang sudah berusia yang hanya menunggu panggilan kubur.
Ya, manusia biasa pastinya mereka pernah terlupa bahawa Yang ESA diATAS sana sentiasa melihat dan memerhati gerak dan segala perbuatan mereka. Namun, semua ini teruji apabila mereka melihat secara fizikal bahawa tidak wujud apa-apa makhluk yang serupa dengan mereka (manusia) maka, tiada yang Melihat. Padahal, Yang ESA itu sentiasa melihat.
Astaghfirullah.. mungkin kita telah melakukan dosa tadi, maka segeralah beristighfar.
Disini saya ingin kongsikan sebuah cerita yang telah membuatkan saya memikirkannya sepanjang hari. Cerita ini mungkin seperti kisah di dalam novel-novel cinta yang akhirnya cinta akan menjadi milik hero dan heroin dalam cearita tersebut.Tapi, sesungguhnya, apa yang saya ingin katakan disini sebenarnya cinta kepdaNYA lah yanga akan menjamin kebahagiaan yang kekal abadi. Cintakan ibu dan ayah kerana kita cintakan Allah. Cintakan seorang lelaki yang bergelar suami kerana kita cintakan Allah. Maka semuanya akan berubah menjadi ibadah. Hm, kenapa tiba-tiba bercerita tentang seorang suami?
Al-kisah Suami
Saya mempunyi seorang sahabat yang saya rasakan dia seorang yang bahagia dalam hidupnya kerana berkahwin di awal usia.. kalau tak silap semasa 21 tahun. Mempunyai seorang suami yang wajahnya.. ok, bak kata orang good looking la. Sesuaila dengan sahabatku ini. Dan... suaminya seorang yang poket tebal. Huhu.. bagi kebanyakan wanita, itu 'part' yang paling seronok!!! Tapi kebahagian yang saya sangkakan berpanjangan untuk pasangan ini hingga ke akhir hayat tidak berpanjangan apabila si isteri dapat tahu bahawa si suaminya ada perempuan lain yang berdamping dengannya selain si isteri selama seusia perkahwinan mereka. Saya sebagai orang yang melihat dari luar lingkungan rumahtangga ini, luluh hati bagai diremuk-remuk. Nak tercabut rasa jantung ini apabila si suami sanggup menipu dan menggunakan kesempatan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh si isteri. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
OH!!! LELAKI!!!
Kenapa perlu dilakukan semua ini? Tidak cukupkah apa yang telah diberikan oleh si isteri? ya, memang lelaki saya tidak nafikan secara fitrahnya memang memerlukan seorang wanita disisinya. Tapi, kalau sampai dua orang dalam satu masa.. ini sudah lebih. Takkanlah nak ambil yang haram lepas tu, balik rumah ambil yang halal pula. Kalau dah gatal sangat kahwin je, bukan tak mampu cuma yang saya takut nanti, di akhirat sana, si suami akan ditanya tentang keadilan yang dia perlu laksanakan. Saya tidak mengatakan yang saya menolak poligami tetapi yang paling penting si suami perlu MAMPU untuk berlaku ADIL dalam semua perkara kecuali hati. Kasih sayang tu, manalah kita boleh ukur dengan penimbang, atau pembaris atau ape2 alat pengukur la di dunia ni. Tapi yang lain tu, kenalah berlaku adil.
Si kecil
Apa yang memeritkan jiwa saya, sahabat saya tu sedang mengandung anak pertamanya. Maka, saya merasakan masalah seperti ini akan menjejaskan kualiti hidup seorang anak kecil yang bakal lahir nanti. Mesti bila dia dah besar sikit tentunya dia akan mempersoalkan, saya takde ayah ke, macam orang lain? Jika perceraian jalan yang paling baik untuk mereka nanti. Tapi saya harap perkahwinan mereka kekal. Masalah orang ketiga itu perlu dibincagkan dan dipertimbangkan demi anak.
Kenapa saya menyatakan perlu dipertimbangkan? Kebanyakkan remaja yang merosakkan diri mereka kerana hal-hal seperti ini, perceraian ibubapa, pergaduhan ibubapa atau kekurangan belaian kasih sayang. Maka, bila sesorang anak kecil yang belum dan tidak memahami dunia dan perkara sebenar, dia akan terus mencari 'jalan' untuk keluar dari masalah mahupun 'release tension' yang membelenggu hidupnya.
Adakah kita benar-benar sedar bahawa perkara kecil sebegini menjadi duri-duri tajam dalam kebejatan masalah sosial yang durjana menghancurkan tahap sosial remaja yang semakin merebak luas jika tidak dibanteras.
Kesimpulan.
Kadang-kadang kita merasakan perkara kecil yang kita lakukan tidak akan mempengaruhi orang lain atau menjejaskan perkara yang besar dihadapan kita. Tetapi sebenarnya itulah yang menyumbang kepada terjadinya perkara atau masalah tersebut. Maka, sayangilah diri anda dan jangan pernah fikir apa kesalahan yang kita lakukan tidak akan memberi kesan kepada orang lain!!!
Wallahua'alam!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan