pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Jumaat, 30 Julai 2010
Halal ni HALAL ke?
Salam,
Semalam saya terbaca mengenai surat pembaca yang mengulas mengenai sijil halal. Sijil halal yang akan dikuatkuasa sepenuhnya oleh JAKIM. Harapan saya sama seperti si penulis. Semoga apa yang dirancang ini diteruskan. Tidaklah hanya mainan di media arus perdana untuk menutup kesilapan yang lalu.
Mungkin tidak ramai yang memahami kepentingan atau keperluan sijil atau logo halal ini. Sebenarnya, seharusnya kita sebagai umat Islam berfikir di luar lingkungan yang ada. Maksudnya ADAKAH SIJIL DAN LOGO HALAL yang ada dipasaran benar-benar sah? Ya, saya tidak nafikan ada yang sah dan ada yang tidak. Tetapi berdasarkan satu kisah realiti yang saya hadapi, benar, ia tersenarai didalam industi yang mendapat sijil halal tetapi sebenarnya audit atau pemeriksaan terhadap premis tersebut TIDAK pernah dijalankan. Bagaimana saya mengetahuinya? Industri ini TIDAK pernah mempunyai borang auditnya sendiri yang memastikan tahap kebersihan makanan samada dari bahan mentah mahupun yang telah siap untuk dijual. Sangsi bukan? Maka dengan tidak sengaja saya telah mendapat tahu bahawa sijil hala itu DIBELI.
Istirghfar panjang saya. Saya tidak menyangka golongan orang yang belajar agama yang diambil untuk bekerja dengan JAKIM boleh disogok dengan duit? Benar, tidak hairan. Pada zaman sekarang wang adalah segala-galanya. Sesiapa yang memiliki wang yang banyak, dialah raja. Dialah yang boleh berkuasa. Seperti ada satu kuasa besar apabila seseorang itu mempunyai wang yang banyak. Tetapi wahai saudara/saudari di luar sana, duit itu hanya kekayaan di dunia. Bila kita masuk kubur nanti semua itu kita akan tinggalkan, ia tidak akan ikut kita bersama sehingga akhirat kelak. Tetapi yang menjadi kesalan saya ialah ini perkara yang berkaitan dengan kesucian makanan tersebut.
Bayangkan jika industri yang diberi sijil halal sewenang-wenangnya ini menggunakan bahan mentah yang bercampur dengan daging babi? Padahal mereka telahpun mempunyai sijil halal. Dan pengguna seIslam kita, saudara kita, datang membeli kerana diyakini halal atas sebab adanya sijil halal tersebut maka, tidakkah itu akan mendorong pengeluar sijil itu akan mendapat imbalannya kelak? Jika tidak didunia mungkin di akhirat? Siapalah saya untuk menghukum meraka ini tetapi saya mahu membuka minda saudara/saudari. Hukuman mereka, baik atau buruk saya serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Kerana, tiada yang LEBIH ADIL melainkan DIA.
Maka, berhati-hatilah memilih makanan anda. Jika anda rasa was was berhenti. Anda perlu mencari alternatif yang lain. Banyak lagi makanan didunia ini yang halal untuk kita. tetapi janganlah kita mencari yang tidak halal kerana ia akan membentuk daging yang akan menjadi raja bagi badan kita iaitu hati. Jika rosak hati, rosaklah semua jasad kita.
Segeralah bertaubat. Tidak terlambat sebelum ajal kita tiba. Mulalah sekarang, saat ini, kerana kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu bilakah MATI itu datang kepada kita. (ianya bila-bila masa dan dimana-mana.)
Wallahua'lam!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan