pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Selasa, 3 Ogos 2010
BUTA warna ke, BUTA huruf ke, BUAT@ BUTA?
Salam,
Dua minggu berturut-turut pergi ke rumah pak cik di Gombak. Perjalanan yang agak serabut sebab kena menukar aliran lrt untuk sampai ke stesen Gombak. Ya.. itu tidak menjadi sebarang masalah. Perjalanan yang agak mencabar apabila balik kerana perlu menaiki komuter. Ya, memudahkan member saya untuk jemput. Tapi jauh disudut hati; Saya benci komuter = pengangkutan awam yang lembap!!
Tetapi yang menjadi tanda tanya dalam minda saya ialah kenapa agaknya manusia yang berjantina lelaki tetap masuk kedalam gerabak khas untuk wanita? Hm.. pelik tetapi benar. Ya, kadang2 agak menelirukan, bila orang dah ramai sangat, mane nak nampak tempat tu kawasan menunggu koc wanita. Ke, sebenarnya mereka buta huruf atau ade penyakit yang kita panggil APA = Aku Peduli Apa maksudnya, mereka malas nak peduli.
Ala klu semua perempuan dalam gerabak tu, takkan la aku seorang lelaki pon kesah? Tak gitu? Hm, bagi pendapat peribadi penulis, kalau malas ambil peduli pun, bertempat la, dan berhati perut la. Sebab kalau anda yang bernama lelaki masuk gerabak wanita, berdiri takpe lagi. Ni duduk atau tidur dengan bahagianya. Cubalah fikir ibu yang mengandung, orang tua dan ibu yang mendukung bayi..
Mesti bagi anda bukan ada kaitan dengan anda pun tetapi jika mereka keluarga nada tentu anda dengan relanya memberi ruang kepada mereka. Hm, memang la muka tak tahu malu. Sudahlah masuk rumah orang tak bagi salam, nak tidur bermalam kat situ pulak tak minta izin begitulah ibaratnya.
Hm, bukan ke dah terang-terang kat gerabak tu ade pelekat warna merah jambu, putih ade gamba perempuan pulak, tapi kalau tak reti bace pun mesti faham kot.. Kalau tak paham bahasa melayu, kat situ ade enam bahasa tau tak? Hish.. tu yang masih tak faham sampai sekarang kenapa dan kenapa dan kenapa???
Tapi biarlah mausia itu dengan ragamnya asalkan kita tahu apa patut dan yang tidak kita lakukan, keran semuanya kita sandarkan kepada Yang Esa!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan