pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Khamis, 5 Ogos 2010
Pasti ke, ini jalannya?!
Salam,
Mengenai perkahwinan diawal usia yang telah digariskan oleh kerajaan Melaka dibuat untuk mengelakkan lahirnya anak luar nikah. Bagi pendapat peribadi saya tidak bersetuju sangat. Seaba apa? Betul, perkahwinan adalah jalan penyelesaian untuk kita sahkan anak yang lahir itu dalam atau luar nikah. Ape yang penting adalah 'title' anak tu, dalam hal ni bukan?
Satu persoalan, adakah perkahwinan ini adalah untuk menghalalkan anak yang dikandung sahaja? Sebab setahu saya (walaupun belum berkahwin =P) perkahwinan ini adalah penyatuan dua jiwa dan keluarga hm, bukan fizikal semata-mata. Bak kate omputeh, heart and soul. Maka, perkahwinan ini adalah suatu perkara yang suci dan sunnah (kebanyakkan orang kalau bab kahwin je sunnah benda lain banyak lagi sunnah sebenarnye). Kalau nak kahwin kenalah kerana Allah bukan kerana saya 'sayang awak dan awak sayang saya' je. ( Ini pendapat rakan saya yang sudah berkahwin bukan pendapat peribadi ye.)
Dari pembacaan saya dan bila bergaul dengan ramai orang yang bermacam-macam latar belakang saya dapat merasakan bahawa gejala membuang bayi = anak luar nikah ini adalah disebabkan oleh pendedahan yang melampau terhadap porno adan adegan yang tidak bermoral oleh barat yang boleh didapati melalui internet. Kalau zaman dulu, orang2 kaya je dapat layari internet nie, tapi zaman sekarang sape2 je boleh.. internet kat hujung jari je. Tambah-tambah lagi dengan kemunculan iPhone dan blackberry lagi-lagilah mudah cepat dan pantas.
Berbalik kepada gejala anak luar nikah nie, bagi saya masalah sosial pun perlu dilihat. Aspek kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak perlu dititik beratkan. Ye la, bila dah ber'kawan' kadang-kadang dan tak semestinya mereka ini mahukan perkahwinan diakhir hubungan itu. Biasalah zaman dah berubah tak semua yang buat hubungan cintan cintun ini mahukan perkahwinan sebagai pengakhiran, tapi kadang-kadang 'just for fun'. Bak kate mereka yang muda remaja" kita muda lagi, enjoy la!"
Apa yang saya boleh simpulkan sebenarnya, masalah KELUARGA ini datang dari KELUARGA. Bila kita bina keluarga yang harmoni dan ada interaksi serta hubungan yang mantap, saya pasti takkan ada masalah seperti ini. Kesian sebenarnya kepada anak-anak yang kurang kasih sayang. Mereka mahukan perhatian.
Para ibu dan bapa, jagalah anak-anak kamu dan carilah mereka jika mereka tidak mencari kamu. Memanglah sepatutnya si anak yang datang kepada ibu bapa, tetapi jika anada pernah mengabaikan dan meninggalkan mereka, mereka pun tidak mustahilah akan berbuat demikian = what you give, you get back!
Mungkin perkahwinan diawal usia ini bukan jalan yang terbaik tetapi ia juga salah satu penyelesaian yang awal dan memerlukan fasa yang seterusnya.
Pesan pada hati, buatlah semua perkara dengan cara yang halal dan kurangkan kuasa si nafsu dan biarkan akal menguasai diri. Bisik pada hati, sucikan dengan iman.
~LOVE your LIFE~
~DEATH coming SOOON>>>>>>>>>>>>
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan