pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Jumaat, 6 Jun 2008
Harga Minyak Naik
Sekarang semua pihak sedang hangat memperkatakan tentang harga minyak. Tak kira yang mempersetujui sahaja mahupun membuat demonstrasi untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakkan kerajaan yang telah menaikan harga secara mengejut dan berkuatkusa bermula semalam.
Jika menonton warta perdana yang menjadi saluran utama pihak kerajaan untuk menyalurkan pandangan 'tidak bersalah' mereka, tentu sesiapa pun diMalaysia ini akan berasa bertuah kerana mereka menyatakan bahawa dinegara jiran seperti Thailand dan Singapura, harga minyak lebih mahal dari Malaysia. Memang ini ialah realiti. Namun, adakah benar mereka 'terpaksa' naikkan harga minyak untuk menJIMATkan RM13.2 billion? Kata mereka, RM13.2 billion ini hendak digunakan untuk menampung subsidi yang lain. tunggu dan lihat!!!
Sebelum itu, digemparkan dengan kenaikkan harga beras, padahal hari sebelumnya, PM telah memberitahu bahawa harga tidak akan dinaikkan lagi. Selang sehari harga beras dinaikkan, semalam, harga beras dikawal kembali oleh kerajaan dan itu pun untuk jenis-jenis beras yang tertentu sahaja.Iaitu, 5%,10% dan 15% untuk beras-beras tempatan. Bagi beras putih dan beras wangi import ia tidak dikawal.
Meneurut akhbar perdana hari ini, harga gula bakal naik.... Apa sudah jadi....
Semua nak naik, gaji tak naik ke?
Cuba kita fikir, tidak semua rakyat mampu hadapi semua ini. Sebelum barang-barang keperluan asas ini naik sudah ramai yang miskin dan fakir. Selepas ini ia akan bertambah? adakah tahun ini senarai penerima zakat bertambah? bukankah pada zaman Umar Abdul Aziz dahulu, semua rakyat bekerja keras untuk mendapatkan atau melayakkan mereka mengeluarkan zakat dan memendekkan senarai penerima zakat dari tahun ke tahun.
Namun, apa yang berlaku sekarang?
Apa tindakkan kita? Redha semata-mata? Seperti salah seorang yang merespond tentang isu barang naik di RTM1, beliau berkata beliau redha.
Bagusnya rakyat malaysia hanya diam, redha atau sebenarnya mereka tidur atau menganggap semua ini mimpi?
Fikir, renung tanya diri...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan