Bayangkan ketika ditengah-tengah highway yang penuh dengan kereta, lori dan bas... tak terlupa kenderaan kecil dan mampu mencilok, motorsikal... bersesak untuk menuju kedestinasi masing-masing. Ketika itu, aku sedang menaiki motorsikal, baru pulang dari rumah sepupu sahabatku Allah telah takdirkan aku bersama sahabatku pulang dengan disertai air rahmatnya, hujan.
Tiba di satu kawasan, yang ketika itu sesak dengan kenderaan yang lain yang mungkin semua mahu pulang ke rumah dari tempat kerja, hujan turun dengan lebat. Lebat yang amat... lebat bukan itu sahaja, angin juga bertiup kencang. Bayangkan keadaan orang yang menaiki motor pada ketika itu, basah kuyup sudahlah pasti. Petir dan guruh pula sabung menyabung. Perasaanku ketika itu, hanya mengingatkan kematian. dalam hatiku berbisik" Kalau aku mati, aku tak sempat balik ke rumah jumpa dengan mak ayah". Hanya kematian yang menerawang difikiranku. Kalaulah aku accident terlanggar lori, alangkah dahsyat keadaan mayatku...
Saat itu aku hanya berzikir supaya Allah menyelamatkan kami dari sebarang musibah. aku mengigil kesejukkan... Sahabatku yang memandu motorsikal pada ketika itu tentu lebih mengigil. Aku tidak berani untuk berkata apa-apa kerana khuatir menganggu konsentrasinya memandu. Saat itu aku meletakkan sepenuhnya apa-apa kemungkinan yang berlaku hanya kepada Allah SWT. tiada kuasa yang mampu menyelamatkan kami melainkanNya.
Tidak pernah terlintas dibenakku, aku akan menghadapi situasi yang dahsyat seperti ini. Tentunya di hari pembalasan nanti maha dahsyat hukuman dan siksaan Allah. Subhanallah, aku hanya insan kerdil yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Ya Allah aku berterima kasih kerana memberikan aku peluang untuk hidup di dunia ini lagi. Jika disaat hujan ribut di Highway tempoh hari Engkau ingin menarik nyawaku, tentunya akau tidak berpeluang menulis untuk menjadi teladan kepada pembaca-pembaca sekalian.
Kupohon semoga Allah jadikan pemikiranku, penulisanku dapat membantu dalam perjuangan Islam.
ALLAHUAKBAR!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan