Khamis, 12 Jun 2008

Kesal dengan YB Salahudin?

Kelamrin saya sempat menonton debet khas bersiaran langsung dari TV1 yang membincangkan tajuk 'Penstrukturan Semula Subsidi minyak?'. Panel yang hadir ialah menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal penggna, Dato' Shahrir dan YB Salahudin Ayub serta wartawan dari agendadaily. Ternyata perdebatan ini agak panas ketika saya menonton, malangnya saya tidak menonton dari mula. Tetapi yang menyedihkan, tadi saya terbaca artikel yang terang-terangan mengutuk cara YB Salahudin berdebat dan saya merasa kesal dengan tindakkan individu tersebut kerana artikel yang telah ditulisnnya telah diletakkan dalam web peribadi Dato' Shahrir. Saya terkesan dengan tindakkan individu ini kerana dia menyatakan bahawa dia merasakan YB Salahudin tidak menjadi seorang ahli politik ketika berdebat namun telah menjadi seperti ahli ekonomi atau seorang pensyarah yang diterbangkan dari universiti Tokyo.
Bagi pendapat saya sendiri, saya tidak merasakan YB Salahudin begitu kerana YB Salahudin telah mencuba dengan sedaya upaya untuk meyakinkan masyarakat diluar sana yang menonton siaran langsung tersebut bahawa Pakatan Rakyat benar-benar ingin membela nasib rayat. Tidak seperti Dato' Shahrir yang kerap menyatakan pengurangan subsidi minyak akan digunakan untuk tujuan lain seperti pembangunan, pendidikan... Saya kurang bersetuju dengan kata-kata Dato' Shahrir yang menunjukkan bahawa dalam pemikiran Dato' Shahrir hanyalah pembangunan dan pendidikan semata-mata yang diperlukan oleh rakyat.
Saya cukup tertarik dengan ulasan yang diberikan oleh saudara Khairul Faizi yang menyatakan bahawa kita tidak seharusnya menyalahkan seratus peratus YB Salahudin kerana kurang berjaya memberikan respon yang boleh menundukan Dato' Shahrir sehingga beliau menundukkan kepala di bawah meja. Analogi yang diberikan oleh saudara ini bagi saya sangat bijak kerana ada benarnya didalam satu pasukan bola sepak, jika penyerang yang tidak berjaya menjaringkan sebarang gol adakah kita harus menyalahkan penyerang 100%?

Kalau nak baca arikel dari saudara Khairul Faizi
klik nama Khairul Faizi.

Kalau nak baca artikel yang di link dari website Dato' Shahrir
klik nama Dato' Shahrir

Fikir-fikirkan!!!

1 ulasan:

Nur Ruqaiyah Abdul Rahman berkata...

salam..
ana pn smpat tgk debat 2...
ketepikan soal parti, secara jujur ana juga agak kecewa dgn psmbahan YB salahudin, YB teralu tenag sehgga hmpir x nmpak mekanisme bela diri bl ditujah sindiran2 dato s yg mmg senget 2..
sbg wakil parti dia mmbawa maruah d imej pas, sikap telalu 'skima' dan sesekali kelihatan spt mmpromosi buku mnecewakn rkyat..
rakyat mgharapkn solusi hebat dr seorg wakil pmbgkg y smakin mndapat tmpat demi mnyelesaikn @ skurg nya mmbantu mringankn beban hrga myak..
jelas, d pihak ana sendri, psmbahan YB x bgitu memuaskan namun 180% lg baik dari dato' s yg merapu dgn baju batik ala2 penari dandut tu!!

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...