Selasa, 12 Ogos 2008

Luahan Rasa

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh harapan. Selagi nyawa ini belum terputus, aku mahu teruskan perjalana hidup ini untukMu. Hanya kuharapkan tiada getir, perit dan jerihnya perjalananku ini menjadi satu kelalaian kepadaku. Tidak pernah aku merasakan satu yang paling menggembirakan melainkan melakukan sesuatu yang Engkau redhai.

Kebelakangan ini, diriku sering mengeluh. Tidak, aku tidak harus terus begini. Aku harus teruskan perjalananku ini kerana inilah jalan yang aku pilih dan bukan atas keputusan orang lain. Aku tidak harus berterusan mengeluh. Keluhan itu seperti tidak mensyukuri apa yang terbaik DiriNya lakukan dan berikan kepadaku.

Hari itu, aku tersedar kembali tatkala sedang bersama-sama ashabiku. Dalam keresahan, kuukir jua senyuman supaya diriku mendapat kekuatan itu dari senyuman ashabiku. Kadangkala aku sedih, kerana aku tidak dapat berikan yang terbaik dikala DiriNya dan ashabiku perlu.

Sejauhmana kaki ini melangkah untuk meraih nikmatMu yang paling besar, belum boleh diukur. Hanya diriMu sahaja yang benar-benar memahami diriku. Tiada yang lain, selain DiriMu tempat aku merintih dan merayu.

Tentu pembaca tidak memahami apa yang disampaikan oleh penulis. Ini sekadar luahan hati kecil penulis. Semoga medan tulisan ini menjadi tempat yang lebih bermanfaat.

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...