Rabu, 20 Ogos 2008

Seperti Mimpi



Semalaman aku memikirkan tentang kejadian itu. Malam itu, diriku tidak dapat lena kerana memikirkan lagi kejadian itu. Sungguh, aku sangat terkesan dengan kejadian itu. Kadang-kadang sang hitam mempengaruhi diriku menyebabkan fikiranku menerawang memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Kejadian itu, pada malam itu, sangat memberikan trauma kepada diriku. Walaupun aku tidak terlibat dalam kemalangan pada malam itu, aku sangat terkesan. Perasaanku ketika itu, tidk aku tahu bagaimana untuk menjelaskannya. Perasaan yang bercampur baur, risau, sedih, letih dan cemas... aku tidak tahu bagaimana nak jelaskannya.

Kadang-kala aku rasa jiwaku kosong.. kelam.. gelap.. kerana memikirkan sahabatku yang ditimpa kecelakaan. Darah yang mengalir deras dari kakinya menyebabkan aku semakin panik.. Tidak terkata, hanya menghayunkan tangan menunjuk-nunjuk kearah kakinya itu. Namun, demi dia, aku memberanikan diri untuk mengarahkan sahabatku yang lain untuk menghantarnya dengan motor yang aku naiki, aku segera turun. Dalam keadaan menggeletar, aku berdoa agar mereka selamat sampai ke Pusat Kesihatan. Aku sangat mengharapkan mereka selamat dan janganlah Allah timpakan satu lagi musibah buat sahabatku.

Motor yang terlibat dalam kemalangan tadi tidak dapat dihidupkan kerana minyak habis. Memang agak kelakar jika difikirkan... kenapa tak pegi isi minyak dulu? Sebab meter motor tersebut tidak berfungsi dan ini sangat merbahaya. Bayangkan jika masih berada ditengah Lebuh Raya?

Sementara menunggu bantuan sahabat yang membeli minyak, aku dan sahabatku yang terlibat dalam kemalangan tadi terdiam. sunyi~~~ Hanya deruan enjin motor, kereta, bas dan teksi mengaum ditelingaku. Aku mula memberi kata-kata semangat buat sahabatku. Jangan risau sangat, Insya Allah tak ade ape-ape... Harap-harap diorang sampai kat Pusat Keihatan ye. Sahabatku meluahkan kerisauannya, Risau je, diorang tak sempat nak sampai Pusat Kesihatan sebab minyak motor yang tu pun dah nak habis...

InsyaAllah sempat... sahutku ringkas. Tapi perasaanku tidak tenang masih lagi terkesan apabila melihat motor yang meluncur secara tiba-tiba disebelahku melanggar tiang lebuh raya. Kejadian yang baru sahaja berlaku itu menerawang dalam fikiranku.

Lama juga aku dan sahabatku menunggu bantuan... Ramai yang melalui jalanraya tersebut tetapi, hanya MELIHAT, MELIHAT, dan MELIHAT. Tiada pun yang berhenti untuk membantu.Aku paling terkilan apabila orang Islam... tidak seorang pun berhenti atau bertanya tentang keadaan kami di situ. Orang yang bukan Islam, pula yang prihatin bertanyakan tentang kami dan sanggup hendak membeli minyak motor jika belum ada yang membeli.

Aku kesal, kesal dengan mentaliti dan sikap orang Melayu... Melayu Islam sedih, sedih. Dimana letaknya budi pekerti orang MElayu yan dahulu disanjung? Takkanlah nk tolong orang yang kemalangan pun susah? Bayangkan kalau yang kemalangan itu saudara, kakak atau adik mereka. Yang mereka mampu laukan iaah tengok. Paling menyakitkan hati semasa kemalangan tersebut, ada yang membunyikan hon.

Aku malas berceloteh tentang orang Melayu. Jika nak dibahas, buang karan aku jer....

Apabila bantuan sampai, aku sedikit lega. Tapi sahabatku menyatakan bahawa dia tidak mahu membawa motor tersebut kerana takut. Tetapi, sahabat yang memberikan bantuan memberikannya semangat dan aku turut menyokongnya.

Kami segera ke Pusat Kesihatan untuk mengetahui keadaan sahabatku. Alhamdulillah, aku tersenyum lega kerana sahabatku yang cedera telah dirawat. Tetapi aku melihat wajahyna seperti baru selepas menangis. Mungkin sakit fikirku. Aku mendekatinya. aku bertanya akan keadaannya. Dia berkata dia tidak apa-apa cuma luka sedikit. Aku tidak percaya kerana darah yang mengair dari kakinya deras seperti air paip yang mengalir. Kemudian dia berterus terang bahawa lukanya dalam, tisu di tempat cedera telah terkoyak teruk.

Aku segera memberikan kata-kata semangat kepadanya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku. Tau tak tadi masa tengah dirawat saya fikir apa? Saya fikir saya akan pergi tinggalakan kamu. Seluruh badan aku terasa lemah apabila mendengar perkataan itu dari mulutnya. Hish, jangan mengarut! Aku marah kerana dalam keadaan yang sedemikian dia tidak patut mengeluarkan kata-kata itu. Aku terduduk kerana tidak dapat menahan lagi perasaan itu. Sedih!!! Tidak aku sanggup kehilangan sahabatku itu. Tapi pada waktu itu air mata tidak mengalir kerana aku masih mampu menahannya.

Setelah selesai berurusan di Pusat Kesihatan, kami semua segera pulang. Dalam keadaan letih, ketakutan, terkejut aku menasihati sahabatku yang cedera supaya berehat.

Keesokkan harinya, aku dan semua yang terlibat pada malam tadi, mengimbas, takdir Allah hanya untuk memberikan peringatan kepada umatnya yang mungkin terlupa...
Mungkin musibah yang lebih besar berlaku jika Allah tidak mentakdirkan motor itu berlanggar dengan tiang Lebuh raya. Mungkin... dua sahabatku digilis dengan kereta yang meluncur laju dihadapan.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang Esa. Aku tidak mampu membalas apa yang Engkau berikan kepada kami. Nikmatnya... terlalu besar. Inilah hikmah yang Engkau mahu berikan kepada kami.

Aku berdoa agar sahabatku cepat sembuh dan boleh meneruskan perjuangan berjihad dijalan Allah.

p/s semoga pembaca mendapat pengajaran, Bahawa MATI itu dimana-mana bersedia atau tidak kita, itu tidak boleh dikira kerana ajal dan maut tidak boleh diduga... semoga apa yang kita hendak lakukan selepas itu, niatkan kerana Allah, InsyaAllah, jika Allah tarik nyawa kita diwaktu itu, ia dikira Ibadah disisi Allah.

1 ulasan:

lu'lu'almanthura berkata...

sAlam ziarah ya ukhti,
i still remembered that moment when u cried at me & u told me bout ur friend who had an accident. i knw how much u love ur friend & how much close both of u. "a friend in need is a friend indeed" -jarang kita menemui shbt yg susah brsama-sama kita but u did a good job dik!ingat kan kata2 akak masa halaqah mmk kite?sangat takut kan?Hmm..selagi hayat dikandung badan selagitulah kita cuba mnjadi shbt yg trbaik utk shbt kita.Nevertheless jazakillah atas segalanya ukhti..last but not least, such a sweet & cool girl u are!nice blog!keep on moving..uhibbukifillah jiddan ya ukhti..

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...