Jumaat, 1 Ogos 2008

ketika diri ini...

Keheningan pagi, kedinginan yang mengigit tulangku, aku terasa lemah. Saat pagi menjelma, diriku tidak mampu untuk bangkit kerana mata itu bersekang di malam hari.


Inilah coretan seorang pejuang kecil, sedang sahaja melelapkan mata, merebahkan badan yang sudah tidak bermaya. Masa seperti mencemburui ruang yang ada pada pejuang kecil ini untuk merasa nikmat istirehat. Ruang yang ada sungguh sempit, terhimpit.

Melainkan, apabila mengingatkan janji yang pernah dilafazkan, diikrarkan dan dibisikkan dalam hati nurani untuk berjuang dijalan Allah, kelemahan tadi tidak terasa. Malah, nikmat apabila masih letih yang mengubat jiwa ini. Ketika jiwa terasa kosong, ketika jiwa terasa hambar, ketika jiwa terasa terasing, KalamMu menjadi penawar hatiku.

Terasa tenang disaat ini, selepas mengalunkan gema wahyu yang teragung. Pilunya rasa didalam jiwa ketika ujian datang melanda bukan menguji sekadar sahaja. Namun, apa yang terbaik itu datang ketika tidak aku sedri. Ujian ini mengajar aku sesuatu. Jika tidak aku hadapi, aku tidak akan dapat merasainya sehingga kapan pun.

Pelayaran ini, tidak akan ada penghujungnya selagi tidak berjumpa dengan daratan kerana ‘laut’ ini masih terbentang luas untuk aku mencari sesuatu yang aku perlukan dalam menghadapi musuh-musuhku. Mindaku telah diracuni, ku tidak dapat membendungnya melainkan dengan rintihan kepada Rabb di pagi yang berembun.

Keampunan, keafiatan dan kebaikkan itu perlu diraih dari Rabb. Tiada satu apa pun yang boleh memahami secara tepat apa yang diluahkan dikala duka, taubat, dan kebahagiaan melainkan Allah S.W.T.

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...