Khamis, 8 Januari 2009

Janji Obama


20 Januari yang menjanjikan satu perubahan yang sangat dinanti-nantikan dunia. Obama akan menunailan janji-janjinya dalam manifestonya. Sekarang


20 Januari yang menjanjikan satu perubahan yang sangat dinanti-nantikan dunia. Obama akan menunailan janji-janjinya dalam manifestonya. Sekarang, sentiasa hebah di tabloid-tabloid mengenai keganasan Israel. Tidak pernah sekelumitkah rasa kemanusiaan wujud dalam hati mereka? Tiadakah lagi nilai, etika kemanusiaan mereka?

Obama telah memberikan respon positif mengenai hal ini yang beliau katakan bahawa mereka akan menanganinya tidak lama lagi selepas duduk di Rumah Putih. Alhamdulillah, beliau pernah hidup dalam suasana kehidupan orang Islam, membesar di Indonesia, dan ini yang menyebabkan beliau memberikan reaksi positif, untuk menghentikan semua ini.

Namun, jika kita juga tidak mendokong beliau dalam usaha ini, tentu tidak berjaya. Insya Allah, doakan beliau mendapat hidayah dan, ia akan memeudahkan kita di masa hadapan kerana beliau belum lagi mendapat hidayah untuk memeluk Islam seperti bapa saudaranya dan abangnya.

Ini adalah berita yang menyatakan sokongan belia...

Obama janji tangani konflik Israel selepas 20 Januari



WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjanji akan bercakap mengenai konflik Israel-Palestin sebaik saja mengambil alih jawatan, tapi menegaskan bahawa setakat ini hanya Presiden George W Bush saja boleh bercakap mengenai isu berkenaan bagi pihak Amerika.

"Selepas 20 Januari saya akan bercakap banyak mengenai isu berkenaan," Obama memberitahu pemberita sambil menepis kecaman terhadapnya bahawa beliau gagal menangani serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan berkesan.

Obama berkata beliau masih berpegang pada ikrar kempennya bahawa 'ketika mengambil alih pentadbiran, kami akan berusaha secara berkesan dan konsisten untuk cuba menyelesaikan konflik di Asia Barat."

"Saya fikir ia bukan saja hak bagi rakyat di rantau berkenaan, tapi lebih penting lagi, ia adalah hak bagi keselamatan rakyat Amerika dan kestabilan yang begitu penting untuk negara ini.

"Jadi pada 20 Januari, anda akan mendengar terus daripada saya," ikrarnya.

"Hingga itu, tugas saya adalah bagi memantau keadaan, menyediakan pasukan keselamatan yang terbaik agar ia dapat bersiap sedia bagi memikul tanggungjawab keselamatan."

Obama berkata barisan peralihan sedang memantau keadaan di Gaza setiap hari. "Kehilangan nyawa orang awam di Gaza dan Israel adalah sesuatu yang merunsingkan saya".

Tetapi, beliau juga berkata, "Buat masa ini Presiden George Bush sebagai presiden Amerika Syarikat akan bercakap bagi pihak kerajaan Amerika dan rakyat Amerika berkaitan dengan hal-ehwal antarabangsa."

Rumah Putih kelmarin menyatakan ia yakin Israel cuba mengelakkan orang awam (daripada menjadi mangsa serangan) dan mengingatkan semua pihak agar tidak membuat andaian tersendiri selepas anggota perubatan menyatakan serangan Israel mengorbankan 47 orang di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Jabatan Negara, Sean McCormack memberitahu pemberita bahawa Obama sudah pun diberi maklumat mengenai keadaan di Gaza oleh Setiausaha Negara, Condoleezza Rice Isnin lalu.

McCormack juga mengulangi kenyataan Obama bahawa 'adalah penting apabila isu yang ada kaitan dengan dasar luar disentuh, hanya seorang presiden boleh bercakap pada suatu masa, satu pentadbiran pada setiap masa,' ketika ditanya mengenai kenyataan daripada bakal presiden. � AFP

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...