Khamis, 1 Januari 2009

Tahun baru!

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk mengumpulkan bekalan untuk berada di alam seterusnya. Tahun baru hijrah telah kita kecapi beberapa hari yang lalu. Kelmarin, baru kita kecapi tahun baru masihi. Sungguh seronok melihat ramai remaja keluar pada malam kelmarinnya. Apa tidaknya, untuk merayakan sambutan tahun baru. Setiap tahun tentu banyak yang dibelanjakan semata-mat untuk menjayakan dan meraikan malam tahun baru ini.

Tetapi sedarkah kita sekarang ini...

Tetapi sedarkah kita sekarang ini saudara seISLam kita bagaimana keadaaanya? Di GAZA adakah mereka raikan tahun baru ini dengan senyuman? Tidak, tidak sama sekali mereka sedang bergelumang dengan rasa akut, sedih dan menderita. Penderitaan mereka semakin parah wahai saudara seISLAMku! Parah… kediaman mereka kini dibom oleh tenter Israel. Hm, kelmarin Bush ingin menunjukkan keprihatinannya terhadap penduduk di Palestin maka, dia mahu encatan senjata diadakan. Aduh, tolonglah jangan hendak bermuka-muka wahai semak… mereka sudah cukup tersiksa…

Sungguh sedih apabila menonton video yang telah dibuat oleh PMRM. Tiada satu tempat pun selamat dan aman bagi mereka. Aku cukup tersentuh melihatnya, hampir sahaja menitiskan airmata. Bayangkan kita ditempat mereka? Tidak dapat aku gambarkan kesengsaraan yang mereka rasai.

Berfikirlah bagaimana cara yang paling baik kita membantu mereka? Kita seharusnya ada sensitiviti terhadap saudara seIslam kita. Kalau bukan kita siapa lagi yang mahu membantu mereka.

Tahun baru atau tidak, ia memberikan situasi yang sama kepada mereka. Jika kelmarin kita mampu meraikan tahun baru masihi ini dengan gembira, bermakna musuh Islam telah berjaya terus membuat umat Islam terlena dan tidak akan terjaga dari tidur. Tepuk dada tanyalah iman, sekuat manapun kita, musuh Islam telah berjaya melemahkan kita... kerana umat Islam belum mampu untuk meletakkan Islam dihadapan perjuangan mereka kerana musuh Islam berjaya menyuntik virus dalam kalangan umat Islam. Walaupun sama membawa Islam tetapi tetap bermusuhan..

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...