Khamis, 1 Januari 2009

Mereka diperangi lagi!!!


Pesawat Israel bedil bangunan Parlimen Palestin

GAZA: Pesawat Israel mengebom bangunan Parlimen Palestin awal pagi tadi manakala kapal tentera lautnya membedil...





Pesawat Israel bedil bangunan Parlimen Palestin


GAZA: Pesawat Israel mengebom bangunan Parlimen Palestin awal pagi tadi manakala kapal tentera lautnya membedil kedudukan Hamas sepanjang pesisir ketika tekanan diplomatik bagi menamatkan keganasan sejak enam hari lalu tindak menunjukkan kesan.

Letupan besar menggegarkan Gaza apabila pesawat Israel mensasarkan tiga bangunan kerajaan dan pegawai hospital berkata 25 yang cedera dibawa keluar dari rumah berhampiran.

Pihak tentera pula menyatakan pesawat berkenaan turut membedil terowong penyeludupan di sepanjang sempadan Gaza-Mesir bagi memutuskan hubungan bantuan Hamas dengan dunia luar.

Sementara itu, pegawai Kementerian Kesihatan Gaza berkata serangan sebelum subuh ke atas rumah anggota Hamas di utara Gaza membunuh wanita berusia 35 tahun dan mencederakan enam penduduk lain.

Sejak Sabtu lalu, lebih 390 rakyat Palestin terbunuh manakala 1,600 yang lain cedera dalam serangan ganas Israel.

Hamas berkata kira-kira 200 anggota keselamatannya turut terbunuh.

bilakah kesengsaraan ini bakal berakhir?
Inilah 'hadiah' tahun baru dari Israel...

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...