Salam...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan daku kesempatan untuk menulis dikala kesibukkan dan kekangan masa diriku unutk
Salam...
Alhamdulillah, Allah masih memberikan daku kesempatan untuk menulis dikala kesibukkan dan kekangan masa diriku unutk menghadap laptop kesayanganku ini. Hari ini, diriku percaya bahawa semua orang masih bercuti bersempena Tahun Baru Cina. almaklum la, kebetulan cuti untuk sesetengah sekolah dan ipt.
Dalam kesempatan ini, mahu diriku membngkiskan sedikit mengenai pilihanraya kampus. Walupun ia bukan lah isu hangat pada minggu ini tetapi diriku percaya ada sesetengah pihak yang masih lagi dibelenggu dengan isu ini, apa tidaknya,kebanyakkan kerusi calon bebas kampus upm telah didominasi Pro-M.
Diriku tertarik dengan pelbagai reaksi yang diberikan apabila pengumuman MPP yang baru memenangi kerusi diumumkan. Ada masyarakat kampus yang tidak tahu apa-apa seperti katak dibawah tempurung, sudahlah gelap ditutup pula matanya. apa tidaknya, jika kita letakkan senarai nama dihadapan mereka, tentu mereka tidak dapat membuat keputusan unutk mengundi siapa. Pasal undi mengundi ni, kita tutup cerita. Apa yang penting sekarang, organisasi MPP sepatutunya sudah ada dan ia ditentukan sebulat suara dan secara DEMOKRASInya oleh semua calon bebas yang menang untuk 'post' majlis tertinggi.
Namun, apa yang SELALUnya berlaku adalah, 'post'-'post' ini telah ditetapkan oleh pihak tertentu. Maka, ini bukanlah satu pemillihan DEMOKRASI mengikut calon yang telah dipilih oleh para pelajar.
Bukankah pelajar sudah membuat pilihan calon mereka? Wajarkah calon yang hanya memenangi 300-800 undian mendapat tempat di dalam majlis tertinggi sedangkan orang yang lebih banyak undi (kiranya ramai la yang suka kat dia) iaitu 7000-9000 undi mendapat 'post' yang biase2?
Adakah mahasiswa boleh bergerak sendiri tanpa ada sokongan atau kebergantungan kepada sesuatu? Bukankah mahasiswa mahu diajar berdikari, kenapa sekat mereka? kongkong pemikiran mereka?
Takut mahasiswa akan menjadi radikal apabila diberi kebebasan dan kuasa? Fikirlah, bukankah mahasiswa adalah pemimpin masa hadapan? adakah kita mahu generasi yang dipimpin pada masa hadapan hanya pandai makan bersuap? Bagaimana pula nasib anak bangsa akan datang jika generasi yang memerintah makan bersuap yang diperintah??
p/s:Sucikan hati anda apabila membaca post diatas, kerana orang yang boleh melihat melalui mata hati sahaja yang akan memahami apa yang mahu disampaikan oleh penulis.
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Rabu, 28 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan