pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Jumaat, 13 Februari 2009
Ingatlah DIA
Saat manusia mahu mendaki kejayaan duniawi, dia terlepas pandang pelbagai perkara (dalam agama) kerana hanya mengingati bahawa hidupnya hanya untuk duniawi. Hubungannya dengan Tuhan sebagai Penciptanya tdak diendahkan sehingga saat dia terdesak, diasak, tertekan dengan situasi yang melanda dia dalam usaha untuk dia meraih kejayaan tu, dia mula meraba-raba sejadah yang sudah lama tidak dibentang. Masalah yang datang bertimpa-timpa, tidak tertangggung oleh fizikalnya lagi. Oleh kerana harapan yang telah menggunung telah diberikan kepada dia sebagai pimpinan, dia terpaksa akur...
Saat manusia mahu mendaki kejayaan duniawi, dia terlepas pandang pelbagai perkara (dalam agama) kerana hanya mengingati bahawa hidupnya hanya untuk duniawi. Hubungannya dengan Tuhan sebagai Penciptanya tdak diendahkan sehingga saat dia terdesak, diasak, tertekan dengan situasi yang melanda dia dalam usaha untuk dia meraih kejayaan tu, dia mula meraba-raba sejadah yang sudah lama tidak dibentang. Masalah yang datang bertimpa-timpa, tidak tertangggung oleh fizikalnya lagi. Oleh kerana harapan yang telah menggunung telah diberikan kepada dia sebagai pimpinan, dia terpaksa akur untuk kembali bersujud kepada Penciptanya. Alangkah jahilnya dia, bila dalam kesusahan barulah mula mencari Tuhannya. Tetapi bila dalam kesenangan dan kegembiraan, pernahkah terdetik di dalam hatinya untuk bergembira bersama Tuhannya? Adakah dihatinya terniat untuk berkongsi kegembiraan itu bersama Penciptanya?
Tentu sukar sekali melihat dia dalam kegembiraan menyebut nama Tuhan. Alhamdulillah, saat-saat genting dia datang menyerah diri kepada Tuhannya untuk menyerah diri kepada Tuhannya.
Kejayaan yang mahu dikecapi tidak sepatutnya mencampurkan perkara haq dan batil dalam apa-apa perkara sekalipun. Perkara ini memang kadang-kadang memberikan pelbagai tanggapan dan kontroversi. Bagi orang yang melihat dari sudut; ingin menjaga kesucian Islam, dia seolah-olah nampak melawan, tidak mahu menurut. Bukanlah berniat untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi dia perlu faham keadaan orang yang menetang itu, jika dia sudah faham, bagaimana pula cara dia untuk memeberitahu kepada golongan yang tidak faham, untuk memahami perkara yang boleh menyebabkan kesucian Islam tercalar.
Benar, tidak semua orang mempunyai ilmu yang berkesan untuk berdakwah, tapi bukankah sesiapa yang mengucapkan 'Lailaha Illallah' dia adalah daie?
Maka, menjadi tanggungjawab untuk memberitahu kepada golongan yang tidak memahami bahawa kebatilan tidak boleh dicampurkan dalam perkara yang haq. Bukanlah tidak mahu menjaga hati golongan yang tidak memahami ini tetapi, ia adalah satu bentuk dan cara Allah mahu menguji tahap kepimpinan kita yang berlandaskan prinsip apa? Adakah dia benar-benar mahu membawa Islam sebagai prinsipnya atau sekadar pemanis mulut apabila berhadapan dengan orang yang dia hormati kerana pegangan agama?
Hadapilah hari-hari depanmu dengan tabah dan mengingati Tuhanmu tanpa henti kerana dalam keadaan susah atau senang, hanya DIA yang memahami isi hatimu dalam setiap detik waktumu di dunia ini. Ingat, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara, tidak ada yang kekal selama-lamanya melainkan di negeri abadi, akhirat yang belum tiba lagi untuk kita hadapinya namun, masa sekarang adalah masanya unutk kita mencari bekalan untuk ke sana.
p/s: Kisah di atas adalah kisah benar yang mahu ditulis sebagai pengajaran dalam kita mengharungi dunia ini...
pengalaman harus dijadikan teladan dan tauladan.
Penulis tidak mahu melibatkan apa2 nama diatas, mahupun BUKAN NAMA SEBENAR...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan