pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Jumaat, 6 Februari 2009
TAHNIAH ZAMBRY!!!!
Tahniah di ucapkan kepada Zambry atas usaha ,memberikan harapan baru dan palsu kepada rakyat perak. bukanlah berniat untuk memnyebelahi mana-mana pihak, namun persepsi penulis terhadap perkara yang ditimbulkan ini adalah satu jenis politik yang ...
Tahniah di ucapkan kepada Zambry atas usaha ,memberikan harapan baru dan palsu kepada rakyat perak. bukanlah berniat untuk memnyebelahi mana-mana pihak, namun persepsi penulis terhadap perkara yang ditimbulkan ini adalah satu jenis politik yang kotor di dunia. Belum pernah lagi penulis membaca berita mengenai perkara seperti ini di negara-negara asia. Mungkin, Malaysia lebih 'advance' dalam melaksanakan satu jenis penipuan dan strategi yang sangat licik.
Dari hari pertama penulis mengikuti perkembangan berita mengenai lompat-melompat, penulis dapat menjangka ini adalah angkara pihak yang tidak puas hati terhadap pemerintah. Selain itu, dalam usaha unutk menutup kepincangan organisasi yang sememangnya goyah dan hanya menunggu masa, tidak hairanlah isu-isu ini ditimbulkan untuk mengalih pandangan rakyat dari terus menjadi buah mulut. Seperti yang pernah penulis dengar, sejnata yang paling kuat untuk menyebarkan berita yang buruk adalah 'word of mouth'. 'Word of mouth' ini sangat ditakuti oleh business man yang mengusaha produk atau perkhidmatan kerana, dengan mulut pelanggan yang tidak puas hati, dia akan memberitahu kepada 10 orang, kemudian yang 10 orang itu akan memberitahu 10 orang lagi dan ia akan merebak seperti satu wabak.
Berbalik mengenai kerajaan negeri Perak, tentu dalang kejadian ini sengaja mahu memfitnah pihak yang teraniaya. Penulis menjangkakn selepas ini, pembongkaran korupsi, kerajaan perak akan di rungkaikan kerana semalam, Nizar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang dokumen dari pejabat negeri.
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Zainal Abidin Mohd. Nor pula mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan kita harus terima peralihan kuasa. Adakah pengerusi ini barua pihak yang mengambil kuasa yang sebenarnya belum tentu lagi hak mereka? Adakah sekadar menerima bulat-bulat berita yang disampaikan di media tahap seorang pelajar yang belajar di UNIVERSITI? Nampaknya, mungkin generasi akan datang juga akan menjadi golongan yang berfikiran sempit dan tidak pernah mahu keluar datri kotak pemikiran yang telah diwujudkan oleh pemimpin sebelumnya.
Dalam ulasan Hishammudin hari ini, 'KLUANG 5 Feb. - Perkembangan terkini politik yang berlaku di Perak tidak mustahil boleh menular ke tiga negeri lain yang masih dikuasai pakatan pembangkang iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkembangan itu berlaku disebabkan trend rakyat yang sedar tentang kejujuran dan keikhlasan Barisan Nasional (BN) dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.'
Adakah ini juga akan berlaku dinegeri lain atas sebab perancangan pihak tertentu?
Kalau tiada angain, maskan pokok bergoyang? Kenapa Hishamuddin berani mengeluarkan satu kenyataan seperti ini? Jika dilihat, kenyataan ini seolah-olah perkara yang berlaku di Perak ini adalah sesuatu yang dirancang oleh pihak yang tertentu. Siapa pihak tertentu? Andalah yang perlu menilai sendiri. Satu demi satu kita boleh lihat kebobrokan satu pihak itu dalam ketaksuban mereka merebut kekuasan dan golongan yang tidak boleh menerima perubaha.
p/s: kepada pembaca yang jernih mata hatinya sahaja yang mampu memahami posting diatas.
Berfikir untuk memahami apa yang tersirat, bukan sekadar yang tersurat!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan