Pernah langkah ku payah, menuju kedestinasi mendamba redha Illahi. Setiap langkah ku kini disulami rasa kehambaan dan kecintaan kepadanya. Dahulu, aku mencari cinta itu... kini aku temui, tiada tandingannya rasa syukur ini kerana dapat melihat dan meraih apa yang telah aku cari selama ini.

Aku sedar, jika aku tidak pilih jalan ini ketika aku mencari cintaNYA, aku tentu akan tergelincir di gaung duniawi.
Tidak pernah rasa menyesal apabila kau berada dijalan ini. Sekali melangkah, tidak boleh diundur, sekalipun aku ditekan bagiku itu cuma ujian dariNYA untuk menguji tahap cintaku kepadanya.
Kadang-kadang terlintas difikiran ku, apakah aku seperti ini jika aku memilih jalan yang lain? adakah aku akan sentiasa merasakan aku dekat denganNYA? Adakah aku akan menjadi orang lain yang terkapai-kapai malah, ada yang hanyut dalam gelora nikmat dunia.
Ada juga yang mengetahui jalan yang benar namun tidak pernah mahu mengakuinya kerana takut akan dugaan dunia ini yang boleh menyekat laluannya merentasi gelora dunia ini. Tetapi, tidakkah terfikir wahai saudara ku, lautan dunia ini hanyalah sementara... Lambat laun, akan tiba di persisiran pantai dan menuju ke Negeri Abadi.
Tiada yang lebih indah dari janji Rab, pencipta yang AGUNG.. Tidaklah syurga itu nikmatnya sangat indah, jika usaha mendapatkannya tidak melibatkan pengorbanan yang besar...
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan