Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April?
KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.
"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.
Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~pendapat saya~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hm... Pak Lah dah nak letak jawatan ke? Aduh, tak sempat merasai pembaharuan melaui Islam Hadhari yang telah di perkenalkan oleh beliau. Saya rasa cukup terkilan apabila tidak lagi dapat merasai pemerintahan berlandaskan ISlam. Bagi saya pemerintahan berlandaskan Islamlah yang akan memajukan sesebuah negara. Apa pun yang berlaku, Islam tidak akan hilang, cuma ia ada masanya turun, dan naik. Zaman gemilang, ketika pemerintahan Abbasiyah telah terkubur. Bukanlah nak kata yang bakal naik ni xpentingkan Islam tapi.. itulah realiti yang ada. Memang lain orang lain caranya!!!
Berkenaan dengan kejatuhan kegemilangan Islam, hal ini kerana faktor-faktor yang datang dari umat Islam sendiri yang lalai dan terlalu menumpukan kepada perbezaan ibadah yang hanya kadang-kadang terdapa t perbezaan dalam furu' (cabang)sahaja. Bukankah kita perlu mengaut dan mengkaji Al-Quran sepenuhnya kerana segala-galanya ada dalam Al-Quran. Itulah satu mukjizat yang Rasulullah tinggalkan kepada kita kerana ia boleh memberikan segala-galanya jawapan terhadap persoalan yang ada pada zaman Rasulullah, kini dan hingga ke akhirat kelak.
Janganlah kita asyik bertegang leher kerana perkara-perkara kecil, tetapi tidak memikirkan tugas kita sebagai khalifah untuk menegakkan Islam di muka bumi ALlah ini. Tugas kita bukan susah cuma, kalau kita rasa itu dalah tanggungjwab sebagai orang Islam, buatlah!!! atau mungkin ade yang merasakan tugas dakwah ni untuk ulama' dan ustaza-ustaz??
Saya cuma bnak puji cikit mengenai usaha JAKIM unutk menjelaskan tentang pergerakkan SYiah di Malaysia. Saya pun tidak berapa maklum, tetapi setelah pergi ke seminar tersebut, saya faham apa sebenarnya yang berlaku. sungguh menakutkan apabila diri kita lemah akidah. Bagi saya sekarang, umat Islam perlu kukuhkan akidah yang ada pada diri mereka, faham bahawa akidah yang kita pegang ini adalah akidah AHLI SUNNAH WAL JAMAH.
bersambung....
Type your summary here
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Selasa, 31 Mac 2009
Destinasi Cinta~~~
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
Semogasahabatku yang sedang didalam kesusahan ingat... ini destinasi yang kita cari!!!!
Type your summary here
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan
Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi
C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)
Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…
Semogasahabatku yang sedang didalam kesusahan ingat... ini destinasi yang kita cari!!!!
Type your summary here
Jumaat, 27 Mac 2009
Ujian dari ALLAH
Salam ukhuwah, sahabat2...
Pagi ini saya tersentak apabila mendapat mesej bahawa sahabat saya terlibat dalam kemalangan. Sungguh kencang degupan jantung, membaca setiap isi mesej. Mereka telah dilanggar oleh kerta yang terbabas. Setakat ini saya belum mendapat khabar sebenar mengenai mereka. Saya tidak menyangka, dikala waktu seperti ni Allah mahu menguji mereka dan saya sendiri untuk menghadapi. Kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya hanya boleh berdoa supaya Allah menyelamatkan mereka dan sentiasa berada dalam lindungan ALlah.
Ya Allah, dengarlah bisikan hatiku ini, selamatkanlah mereka, pasakkan kekuatan buat mereka supaya mereka mampu menghadapinya. Ya Allah, bantulah mereka tiada yang lain yang mampu menyelamatkan mereka. Ya Allah, aku risau dan bimbang tentang sahabat2 ini diharap perkara ini dapat menambahkan ketabahan dan semangat perjuangan mereka.
Saya belum berkesempatan unutk menjenguk sahabatku. Harap-harap, dia makin sihat dengan rahmat Allah. Tiada iapa yang tahu masa depannya bagaimana kerana itulah rahsia yang Allah miliki; masa hadapan. Besarnya kekuasaan Allah, Masya Allah!!! Sungguh hebat!
Ya Allah hanya kepadamu daku memohon Engkau sembuhkanlah mereka denga afiat dan rahmat serta barakah mu.... Amin.
Kasih sayang ini buat sahabat2 seperjuanganku sekalian...
Lillahitaala....
Type your summary here
Pagi ini saya tersentak apabila mendapat mesej bahawa sahabat saya terlibat dalam kemalangan. Sungguh kencang degupan jantung, membaca setiap isi mesej. Mereka telah dilanggar oleh kerta yang terbabas. Setakat ini saya belum mendapat khabar sebenar mengenai mereka. Saya tidak menyangka, dikala waktu seperti ni Allah mahu menguji mereka dan saya sendiri untuk menghadapi. Kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya hanya boleh berdoa supaya Allah menyelamatkan mereka dan sentiasa berada dalam lindungan ALlah.
Ya Allah, dengarlah bisikan hatiku ini, selamatkanlah mereka, pasakkan kekuatan buat mereka supaya mereka mampu menghadapinya. Ya Allah, bantulah mereka tiada yang lain yang mampu menyelamatkan mereka. Ya Allah, aku risau dan bimbang tentang sahabat2 ini diharap perkara ini dapat menambahkan ketabahan dan semangat perjuangan mereka.
Saya belum berkesempatan unutk menjenguk sahabatku. Harap-harap, dia makin sihat dengan rahmat Allah. Tiada iapa yang tahu masa depannya bagaimana kerana itulah rahsia yang Allah miliki; masa hadapan. Besarnya kekuasaan Allah, Masya Allah!!! Sungguh hebat!
Ya Allah hanya kepadamu daku memohon Engkau sembuhkanlah mereka denga afiat dan rahmat serta barakah mu.... Amin.
Kasih sayang ini buat sahabat2 seperjuanganku sekalian...
Lillahitaala....
Type your summary here
Rabu, 18 Mac 2009
Pimpinlah...... (part 2)
Salam...
Alhamdulillah, hari ini Allah berikan lagi pelung untuk saya mencoretkan pendapat saya. Kesinambungan daripada post semalam, saya tertarik dengan sebuah hadis dari buku yang saya baca, hadis tersebut seperti berikut:
"Setiap kalian adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. seorang lali-laki adalah pemimpin di keluarganya dan ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang perempuan adalah pemimpin di rumah suaminya dan anaknya, dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya." (HR. Bukhari dari hadits Nafi' bin Umar radiallu anhuma)
Saya sangat terkesan dengan ayat yang telah disebut dalam hadis di atas; setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Hm, memandangkan setiap orang adalah pemimpin, maka, tiadalah pengecualian kepada sesiapa pun. Maka, jika anda rasa anda ada tanggungjawab terhadap saudara sesama Islam, bantulah mereka. Orang yang perlu kita dakwah, berilah dakwah kepada mereka. Ya, saya tidak nafikan, memang bukan senang untuk memberikan dakwah itu secara berkesan. Tetapi, Allah tidak memandang kejayaan dakwah tersebut, tetapi usaha yang kita lakukan, kerana Hidayah itu datang dariNYA.
Pernahkah di dalam hati kita terdetik, ish... kesiannya dia tiada orang nak tegur sikap dia... Pernah? kalau pernah itu adalah dakwah kepada hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Cuba biasakan diri berdakwah. Dakwah ni, tak tunggu cukup ilmu, orang yang baru mengucapkan dua kalimah syahadah pun mampu berdakwah, kenapa pula kita yang sudah dilahirkan dalam ISLAM masih ragu-ragu dengan kemampuan kita untuk berdakwah?
Dakwah tu, kita kena jadi alim ke?? tentu tidak, asalkan dalam hati kita teguh dan pasti dengan apa yang ada dengan dua kalimah syahadah yang kita baca setiap hari. Simpulan kefahaman yang kukuh yang boleh membantu kita percaya dan yakin dengan KeESA-an Allah. (Akidah yang mantap)Pengetahuan lain, kita boleh belajar sedikit demi sedikit.
Nak berkongsi sedikit, semalam sementara menunggu, saya terpandang sebuah buku yang baru dibeli oleh sahabat saya. Saya tertarik dengan tajuknya; semulia akhlak Nabi. saya mula membaca penghargaan penulis. Penulis yang sangat hebat, walaupun mengambil jurusan ekonomi dan perniagaan, tetapi beliau masih mampu menghuraikan tentang akhlak. Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah saya cukup kagum, apabila sebab Nabi diutuskan bukan sahaja semata-mata Allah mahukan agama yang benar ini tertegak di bumiNYA, tetapi kerana Allah mahu Nabi menyempurnakan akhlak. Jadi, dalam Islam akhlak juga perkara paling penting. Adakah kita merasakan akhlak ini sesuatu yang tidak sepenting ibadah?
Sebenarnya, akhlak dalah perkara pertama yang penting untuk mencapai ibadah yang sempurna. Tiada gunanya kita melakukan ibadah, jika ibadah itu tidak mampu membentuk akhlak yang baik dalam diri kita. Tidak guna jika selepas kita bersolat, kita tetap melakukan perkara-perkara yang jahil selepas diluar waktu solat. Adakah kita merasakan yang dalam solat sahaja kita berhubung dengan Allah, dan dalam solat sahaja kita perlu menjadi baik? Tidak, bukan? Seharian hidup kita inni adalah ibadah apabila bangunnya dari tidur kita kita sudah berniat untuk sepanjang hari ini beribadah kepada Allah.
Akhlak yang perlu ada terlebih dahulu sebelum mendapat ibadah yang sempurna, jadi fikir-fikirkan; Adakah kita benar-benar mempunyai ibadah yang sempurna apabila kita nilai akhlak kita?
Wassalam.
Type your summary here
Selasa, 17 Mac 2009
Pimpinlah......
Salam perjuangan...
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak meng 'update' blog, hari ini Allah beri saya waktu untuk mencoretkan sesuatu. Lama rasanya tidak memberi dan berkongsi pendapat dengan sahabt-sahabat. Kadang-kadang dengan online lah, kita dapat berinteraksi kerana jarak kita sudah berjauhan contoh; kak kam... hehehe. Ok, hari ini saya nak respon sedikit tentang masalah yang menyebabkan moral dan akhlak masyarakat kita makin merudum. Tidak dapat tidak, zaman ini kita tidak boleh lari dengan segala macam maksiat yang berlaku. berdasarkan berita semalam...
"SERDANG: A lecturer at a public university here stands accused of raping one of his charges.
The lecturer, from the engineering faculty, is said to have threatened to expel the 26-year-old student from Bandar Tasik Selatan if she told anyone about the rape. He also allegedly offered to make her his third wife.
The student lodged a report last week alleging rape and molest.
Her ordeal began at the end of last year when she was told to meet the lecturer in his office. She was supposed to hand in her assignment.
"She went to the lecturer's office and handed her assignment. She was told to wait while he browsed through the work," said a source.
"The student then told him this would be their last meeting as she had completed all her assignments. She thanked him for his help and guidance."
The lecturer then locked the door and hugged and kissed the student who tried to push him off.
He allegedly took out a sleeping bag from a cupboard, grabbed the student and pushed her onto to the floor. The victim screamed for help but was gagged.
After allegedly raping her, the lecturer warned the student not to inform anyone about the incident or he would not only smear her name but also get her expelled.
"The victim claimed that the lecturer offered to make her his third wife. But she refused despite his persistence. She was molested and raped on two other occasions," the source disclosed.
Selangor CID chief Senior Assistant Commissioner II Hasnan Hassan said police would question the lecturer when he returned from his holiday abroad."
Tidak aku sangka, tidak aku duga bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Hm, ibu ayah di kampung mengharapkan agar anak-anaknya yang dihantar ke Institut Pengajian Tinggi boleh belajar, menjadi orang yang berguna dan dapat membantunya serta menjaganya pada hari tua mereka. Apa yang berlaku? Seorang pendidik telah mencabuli anak muridnya. Ini adalah antara faktor tandusnya akhlak masyarakat... Orang yang berpendidkan tinggi telah menunjukkan imej dan cara seperti ini, bagaimana pula orang yang hidup melarat di pinggiran kota?
Kenapa perkara ini boleh berlaku dalam masyarakat separah ini? Barah apa yang melanda dalam masyarakat kita? Apakah kita peduli tentang hal ini? Atau, masyarakat boleh berubah sendiri. Apa peranan orang-orang yang memimpin masyarakat? Adakah sekadar memikirkan hal-hal ekonomi, hubungan dengan negara luar, masalah dalaman parti politik, perbutan kuasa, melobi... Adakah perkara seperti ini yang wajar difikirkan? Bagaimana dengan suara-suara yang lunak melaung-laungkan kebajikan masyarakat dan bantuan pasti dihulurkan kepada sesiapa yang memerlukan? Suara-suara ini hanya lunak pada sebelum pilihan raya. Namun, bila mereka telah menguasai, tidaklah ada lagi suara-suara lunak ini. Hanya tinggal suara yang sayup-sayup kedengaran unutk memberi bantuan. Apalah nasib rakyat yang hidup melarat ini. Hanya tinggal 11 tahun lagi sebelum menjelang tahun 2020. Tahun yang bermatlamatkan tiada lagi rakyat yang hidup melarat, semua masyarakat ada usaha untuk merasakan diri mereka, masing-masing adalah bangsa Malaysia.
Owh... wawasan itu sungguh indah, namun, usaha ke arahnya, tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang mahukan wawasan ini terlaksana kerana sekarang, pemimpin masing-masing hanya memeikirkan bagaimana cara untuk aku menjadi lebih kaya? Benarkah begitu???
Mungkin ya, mungkin tidak. Ini hanyalah pendapat dan andaian dari orang yang berada di luar lingkungan kepimpinan masyarakat dalam negara ini. Tetapi secara tidak langsung orang inilah yang akan menjadi pemimpin masyarakat pada masa akan datang.
Jika seorang yang mejadi pendidik, memberikan contoh yang negatif, adakah ini situasi sebenar maysrakat kita? Penuh dengan gejala positif? Bagaimana kita harus membetulkannya? Pergilah menuju ke jalan yang benar, patah balik ke jalan yang betul. Kadang-kadang dalam mengembara di dunia Allah ini, kita tersesat kerana tersalah langkah.
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Tiada yang lain melainkan Allah Tuhan yang Maha Mengetahui sesuatu. Jangan lalai... Bila kita hanyut dengan gelora dunia, kita tidak takut dan terfikir mengenai akhirat, tempat abadi kita kerana ingat satu perkara ini, dunia ini umpama ladang tanaman yang kita mahu kumpul hasil tanaman itu untuk bekalan di akhirat kelak.
Janganlah kita tanam apa yang tidak perlu!!!
Jika bersalah dengan Allah, lekas2 lah bertaubat...
sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka...
Type your summary here
Selasa, 10 Mac 2009
70,000 ramai nye?!
Salam,
lame rasenyer xupdate... wargh!! rindu pada blog ku.
ok, hari ni kecoh pasal 70 000 Bang..la, nak masuk Malaysia. Adussss, tak de orang lain ke? Bukan ke ramai je rakyat Malysia yang tak de kijo? Tapi nak jugak panggil mamat yang agak menakutkan kalau keluar weekend nak kenderaan awam. Tetibe rase cam bukan kat Malaysia. Menurut menteri, hanya nak guna 70,000 ni untuk penuhkan dalam bidang pembinaan, perladangan je... tapi tak fikir ke, perkara-perkara camni la yang menyebabkan kegawatan ekonomi sebab, pengaliran wang keluar. HUHUHU nanti post ni bersambung...
Type your summary here
lame rasenyer xupdate... wargh!! rindu pada blog ku.
ok, hari ni kecoh pasal 70 000 Bang..la, nak masuk Malaysia. Adussss, tak de orang lain ke? Bukan ke ramai je rakyat Malysia yang tak de kijo? Tapi nak jugak panggil mamat yang agak menakutkan kalau keluar weekend nak kenderaan awam. Tetibe rase cam bukan kat Malaysia. Menurut menteri, hanya nak guna 70,000 ni untuk penuhkan dalam bidang pembinaan, perladangan je... tapi tak fikir ke, perkara-perkara camni la yang menyebabkan kegawatan ekonomi sebab, pengaliran wang keluar. HUHUHU nanti post ni bersambung...
Type your summary here
Langgan:
Catatan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...