Rabu, 18 Mac 2009

Pimpinlah...... (part 2)


Salam...

Alhamdulillah, hari ini Allah berikan lagi pelung untuk saya mencoretkan pendapat saya. Kesinambungan daripada post semalam, saya tertarik dengan sebuah hadis dari buku yang saya baca, hadis tersebut seperti berikut:

"Setiap kalian adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. seorang lali-laki adalah pemimpin di keluarganya dan ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang perempuan adalah pemimpin di rumah suaminya dan anaknya, dan ia bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta tuannya dan ia bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya." (HR. Bukhari dari hadits Nafi' bin Umar radiallu anhuma)

Saya sangat terkesan dengan ayat yang telah disebut dalam hadis di atas; setiap pemimpin bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Hm, memandangkan setiap orang adalah pemimpin, maka, tiadalah pengecualian kepada sesiapa pun. Maka, jika anda rasa anda ada tanggungjawab terhadap saudara sesama Islam, bantulah mereka. Orang yang perlu kita dakwah, berilah dakwah kepada mereka. Ya, saya tidak nafikan, memang bukan senang untuk memberikan dakwah itu secara berkesan. Tetapi, Allah tidak memandang kejayaan dakwah tersebut, tetapi usaha yang kita lakukan, kerana Hidayah itu datang dariNYA.

Pernahkah di dalam hati kita terdetik, ish... kesiannya dia tiada orang nak tegur sikap dia... Pernah? kalau pernah itu adalah dakwah kepada hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Cuba biasakan diri berdakwah. Dakwah ni, tak tunggu cukup ilmu, orang yang baru mengucapkan dua kalimah syahadah pun mampu berdakwah, kenapa pula kita yang sudah dilahirkan dalam ISLAM masih ragu-ragu dengan kemampuan kita untuk berdakwah?

Dakwah tu, kita kena jadi alim ke?? tentu tidak, asalkan dalam hati kita teguh dan pasti dengan apa yang ada dengan dua kalimah syahadah yang kita baca setiap hari. Simpulan kefahaman yang kukuh yang boleh membantu kita percaya dan yakin dengan KeESA-an Allah. (Akidah yang mantap)Pengetahuan lain, kita boleh belajar sedikit demi sedikit.


Nak berkongsi sedikit, semalam sementara menunggu, saya terpandang sebuah buku yang baru dibeli oleh sahabat saya. Saya tertarik dengan tajuknya; semulia akhlak Nabi. saya mula membaca penghargaan penulis. Penulis yang sangat hebat, walaupun mengambil jurusan ekonomi dan perniagaan, tetapi beliau masih mampu menghuraikan tentang akhlak. Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah saya cukup kagum, apabila sebab Nabi diutuskan bukan sahaja semata-mata Allah mahukan agama yang benar ini tertegak di bumiNYA, tetapi kerana Allah mahu Nabi menyempurnakan akhlak. Jadi, dalam Islam akhlak juga perkara paling penting. Adakah kita merasakan akhlak ini sesuatu yang tidak sepenting ibadah?

Sebenarnya, akhlak dalah perkara pertama yang penting untuk mencapai ibadah yang sempurna. Tiada gunanya kita melakukan ibadah, jika ibadah itu tidak mampu membentuk akhlak yang baik dalam diri kita. Tidak guna jika selepas kita bersolat, kita tetap melakukan perkara-perkara yang jahil selepas diluar waktu solat. Adakah kita merasakan yang dalam solat sahaja kita berhubung dengan Allah, dan dalam solat sahaja kita perlu menjadi baik? Tidak, bukan? Seharian hidup kita inni adalah ibadah apabila bangunnya dari tidur kita kita sudah berniat untuk sepanjang hari ini beribadah kepada Allah.

Akhlak yang perlu ada terlebih dahulu sebelum mendapat ibadah yang sempurna, jadi fikir-fikirkan; Adakah kita benar-benar mempunyai ibadah yang sempurna apabila kita nilai akhlak kita?
Wassalam.

Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...