Jumaat, 27 Mac 2009

Ujian dari ALLAH

Salam ukhuwah, sahabat2...

Pagi ini saya tersentak apabila mendapat mesej bahawa sahabat saya terlibat dalam kemalangan. Sungguh kencang degupan jantung, membaca setiap isi mesej. Mereka telah dilanggar oleh kerta yang terbabas. Setakat ini saya belum mendapat khabar sebenar mengenai mereka. Saya tidak menyangka, dikala waktu seperti ni Allah mahu menguji mereka dan saya sendiri untuk menghadapi. Kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya hanya boleh berdoa supaya Allah menyelamatkan mereka dan sentiasa berada dalam lindungan ALlah.

Ya Allah, dengarlah bisikan hatiku ini, selamatkanlah mereka, pasakkan kekuatan buat mereka supaya mereka mampu menghadapinya. Ya Allah, bantulah mereka tiada yang lain yang mampu menyelamatkan mereka. Ya Allah, aku risau dan bimbang tentang sahabat2 ini diharap perkara ini dapat menambahkan ketabahan dan semangat perjuangan mereka.

Saya belum berkesempatan unutk menjenguk sahabatku. Harap-harap, dia makin sihat dengan rahmat Allah. Tiada iapa yang tahu masa depannya bagaimana kerana itulah rahsia yang Allah miliki; masa hadapan. Besarnya kekuasaan Allah, Masya Allah!!! Sungguh hebat!

Ya Allah hanya kepadamu daku memohon Engkau sembuhkanlah mereka denga afiat dan rahmat serta barakah mu.... Amin.

Kasih sayang ini buat sahabat2 seperjuanganku sekalian...

Lillahitaala....

Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...