Angkat sumpah Perdana Menteri baru 3 April?
KUALA LUMPUR 30 Mac - Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat.
"Sehari sebelumnya, Abdullah dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan secara rasmi pelepasan jawatannya," kata sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Abdullah berkata, proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya.
Sebelum ini, Najib yang dipilih sebagai Presiden baru UMNO sekali gus bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri tidak lama lagi berkata, kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni.
~~~~~~~~~~~~~~~~~pendapat saya~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hm... Pak Lah dah nak letak jawatan ke? Aduh, tak sempat merasai pembaharuan melaui Islam Hadhari yang telah di perkenalkan oleh beliau. Saya rasa cukup terkilan apabila tidak lagi dapat merasai pemerintahan berlandaskan ISlam. Bagi saya pemerintahan berlandaskan Islamlah yang akan memajukan sesebuah negara. Apa pun yang berlaku, Islam tidak akan hilang, cuma ia ada masanya turun, dan naik. Zaman gemilang, ketika pemerintahan Abbasiyah telah terkubur. Bukanlah nak kata yang bakal naik ni xpentingkan Islam tapi.. itulah realiti yang ada. Memang lain orang lain caranya!!!
Berkenaan dengan kejatuhan kegemilangan Islam, hal ini kerana faktor-faktor yang datang dari umat Islam sendiri yang lalai dan terlalu menumpukan kepada perbezaan ibadah yang hanya kadang-kadang terdapa t perbezaan dalam furu' (cabang)sahaja. Bukankah kita perlu mengaut dan mengkaji Al-Quran sepenuhnya kerana segala-galanya ada dalam Al-Quran. Itulah satu mukjizat yang Rasulullah tinggalkan kepada kita kerana ia boleh memberikan segala-galanya jawapan terhadap persoalan yang ada pada zaman Rasulullah, kini dan hingga ke akhirat kelak.
Janganlah kita asyik bertegang leher kerana perkara-perkara kecil, tetapi tidak memikirkan tugas kita sebagai khalifah untuk menegakkan Islam di muka bumi ALlah ini. Tugas kita bukan susah cuma, kalau kita rasa itu dalah tanggungjwab sebagai orang Islam, buatlah!!! atau mungkin ade yang merasakan tugas dakwah ni untuk ulama' dan ustaza-ustaz??
Saya cuma bnak puji cikit mengenai usaha JAKIM unutk menjelaskan tentang pergerakkan SYiah di Malaysia. Saya pun tidak berapa maklum, tetapi setelah pergi ke seminar tersebut, saya faham apa sebenarnya yang berlaku. sungguh menakutkan apabila diri kita lemah akidah. Bagi saya sekarang, umat Islam perlu kukuhkan akidah yang ada pada diri mereka, faham bahawa akidah yang kita pegang ini adalah akidah AHLI SUNNAH WAL JAMAH.
bersambung....
Type your summary here
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan