Jumaat, 16 Mei 2008

Bahasa-basi Bumi Kenyalang

Kesegaran udara pagi yang jauh lebih menyegarkan rasa minda dan jiwa di bumi kenyalang membuatkan diriku tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki ke sana.

Rinduku kepada ayahanda dan bonda yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anakandanya. Diriku merasakan sudah sebati dengan budaya, bahasa dan cara hidup di bumi asing bagi rakan-rakanku di kampus. Sukar untuk diriku jelaskan sejauh mana keseronokkan selepas menerima dan diterima oleh penduduk asal bumi tersebut. Memang, diriku tahu tentunya persepsi rakan-rakan dikampus diriku hidup di atas pokok, ditengah hutan. Satu persepsi yang tidak wajar.

Huh, bukankah bumi kenyalang ini telah dijajah oleh British?

Tentunya kalau nak dibandingkan tahap pendidkan dengan orang-orang tua di bumi kenyalang ini tentu pembaca terkejut. Kenapa? Mereka lebih mahir berbahasa inggeris dari bahasa melayu. bunyinya pelik tapi inilah realiti.

Sehingga kini, masyarakat masih menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama.
Diriku pada mulanya sukar untuk menerima budaya dan gaya bahasa. Bahasa yang pelik!

Sekali dengar seperti bahasa orang asli. Setelah lama bergaul, diriku pula yang mengikut mereka untuk bercakap menggunakan bahasa tersebut.

Oleh sebab banyak dialek, teman seperjuangan semasa sekolah berasa kagum kerana diriku tahu perkataan yang mereka tidak tahu. Menghairankan jugak!



Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...