Betapa sengsara hidup kanak-kanak di Gaza sehingga budak kecil mahu menjadi Izrail. Hatiku tersentuh, semangat dan rasa untuk mendaulat Islam dalam diri mereka membara. Mereka boleh nampak dengan jelas kehidupan mereka diancam tentera Zionis yang kejam. Keadaan kita sekarang, selesakan? tiada darah yang mengalir dari tubuh kita, makanan yang cukup, pakaian yang serba lengkap dan boleh tidur dengan selesa pada waktu malam.
Sehingga kita tidak cuba untuk merasai betapa sengsara saudara seagama kita disana. Cuba kita renungkan dan fikir. Cuba hayati apa yang mereka hadapi. Apabila kita hayati, cuba rasai, utuskanlah doa kita kepada mereka yang diancam. Mana tahu dengan doa kita yang kita pohaon sebentar tadi telah menyelamatkan seorang ibu kepada seorang budak kecil yang sudah yatim? besarnya keberkatan yang kita perolehi.
kita juga tidak tahu apa yang berlaku sekarang? tentera Zionis sedang menghalakan senjata api dikepala seorang budak kecil? atau sedang menyepak terajang wanita? aduh! kasihan tidak berperikemanusiaan kah mereka ini? betul apa yang dicatitkan di dalam Al-Quran, manusia itu boleh menjadi jahat lebih dari binatang.
Marilah kita berdoa semoga mereka dalam lindungan Allah Rabbul Alamin.
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Isnin, 19 Mei 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan