Ahad, 18 Mei 2008

mana peranan KITA?

setiap ketika aku dambakan kasih sayang Rabbul Izzati. Namun, seteguh mana kasih sayang terhadapNYA. kasih sayang yang abadi hanya untukNYA. bagaimana harus ku harung hidup ini tanpa kasih dan belasMU? jika terlupa, janganlah ENGKAU hukumi aku yang kerdil ini.

aku harus gagah dalam melawan musuh-musuh yang nyata secara zahir atau batin. musuh pertama, nafsu. argh!! payah, memang payah tapi ini harus ditentang bersungguh-sungguh kerana tanpa melawan nafsu, segala perkara ma'ruf tidak boleh dilakukan. malah ia akan mendorong kepada mungkar.

aku sedih, kecewa dan pilu kerana sering membaca, melihat dan mendengar... betapa kritikalnya gejala sosial di negara kita. sejauh mana Malaysia yang diiktiraf sebagai negara Islam menjalankan 'tugasnya' yang sebenar untuk mendidik setiap isi 'rakyatnya' boleh menjadi satu keenakkan untuk dirasa oleh segala peringkat masyarakat dalam 'membangunkan' masyarakat dan negara? mungkin semua ini retorik semata-mata...

siapa yang bertanggungjawab untuk semua ini??? pemimpin? rakyat? pelajar? cuba tepuk dada tanya iman. sejauhmana DIRI sendiri memujuk DIRI untuk memainkan peranan yang maha penting ini?
cukupkah sekadar melaung-laungkan dihadapan masyarakat? pelajar? kanak-kanak pra-sekolah? tidak! setiap individu yang mukminlah yang perlu bersama bangkit untuk membuat satu titik tolak dalam usaha untuk membaiki dan cuba untuk menghalang saraf-saraf pihak Barat yang durjana yang sedang berusaha mengubah cara hidup yang kononya lebih moden. sesiapa yang tidak mengikut perubahan dan perkembangan seperti mereka, dianggap kolot.


kenapa mereka gunakan cara halus seperti ini? tentunya supaya mereka mahu kita terpengaruh dan supaya kita tidak sedar apa yang mereka perlakukan terhadap kita sekarang. kerana jika mereka gunakan kekerasan, tentu umat Islam akan bangkit, bersatu untuk memerangi mereka. tapi, dengan cara idealistik seperti ini, mereka dengan mudah dapat menangkap dan memeastikan kita dalam genggaman mereka.

Tolong jangan biarkan mereka membelenggu kita!

sekarang kita perlu sedar, jangan tidur lagi! kita harus bangkit perangi mereka secara idealistik juga!! jangan biarkan mereka kuasai kita!! hentikan semua ini...

bagaimana caranya? kita harus dekatkan diri kepada Yang Maha ESA. berpegang teguh kepada Al-Quran. Kerana Rasulullah telah berpesan, berpeganglah kamu dengan dua perkara ini dan nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Al-Quran dan AsSunnah.

namun untuk pengetahuan, pihak Barat telah melancarkan serangan menggunakan nas-nas dari Al-Quran dan Al-hadis. Bagaimana mereka menggunakan dua perkara yang boleh menyelamatkan kita ini sebagai senjata? sungguh dahsyat perkiraan mereka.

mereka menggunakan nas-nas ini untuk menyatakan bahawa apa yang mereka lakukan juga selari dengan Islam namun, mereka memilih sesetengah ayat dan daripada sesetengah ayat itu, separuh dari ayat itu yang mereka pegang. ini bukanlah ajaran Islam yang sebenar, Islam yang sebenar mengambil secara keseluruhannya. ISLAM adah SYUMUL!!!

mari kita fikir, kita harus bersama Islam untuk membawa Islam untuk membaiki virus-virus mungkar yang telah membejat anak bangsa kita... sayangi Islam, sayangi Masyarakat kita.

fikirlah!!! anak bangsa kita harus dibela.


Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...