Salam pejuang Islam!
Hari ni nak kongsi sedikit pengalaman jadi pemerhati di sidang parlimen pada 20 mei yang lalu. Agak terkejut apabila melihat keadaan dan situasi yang sebenar di sidang parlimen.
Kenapa? Tak sangka YB kita pilih ni bergaduh macam budak-budak. Yang sana tolak, yang sini tarik. Alamak, macam main tarik tali lah pulak. tapi memang itulah situasi sebenar. dari pergulungan hujah dan soalan-soalan yang diberikan sebagai pemerhati pun ana tidak puas hati. sebab, tiada jawapan untuk soalan yang ditanya. Hairannya, kalau jawapan yang diberikan sekalipun, tidak boleh menjawab soalan yang ditanya. Kenapa ya? ana pun tak faham. Tapi sekurang-kurangnya ramai juga yang bangkit untuk suarakan sesuatu kepada rakyatnya cumanya nak kata, segelintir sahaja dari pihak BN yang bangun untuk bersuara untuk rakyat.
YB dari sabah dan sarawak patut dipuji kerana menyuarakan untuk rakyat dikawasan mereka dan YB yang berkenaan begitu inginkan kemudahan asas seperti elektrik, air dan jalan perhubungan. Ana sedikit kurang selesa apabila dibangkitkan isu-isu parti dalam parlimen. sepatutnya, bincanglah isu-siu rakyat bukan menghantam antara parti-parti politik. dalam persidanagan yang membincangkan isu-isu rakyat, sepatutnya kita ketepikan isu kepartian. Semua itu dah tak penting. takkanlah sebab nak bina jalan pun perlu guna nama parti. padahal duit untuk bina jalan guna duit rakyat. termasuklah duit rakyat yang pangkah dacing, bulan dan yang lain-lain.
Bagi ana, dalam parlimen tidak perlu timbul isu-isu seperti ini sebab semua yang ada didewan parlimen ini sudah 'menang'. Jadi tidak perlulah dibangkitkan isu dacing, bulan, roket dan sebagainya.
Ana sarankan kepada sesiapa yang berkesempatn, datanglah jadi pemerhati diparlimen. InsyaAllah boleh memperolehi sesuatu yang tidak boleh didapati ditempat lain.
pengalaman hidup mengajar kita menjadi siapa kita beberapa tahun akan datang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
-
Beberapa bulan lalu, seringkali mendengar bah melanda, memusnakan harta benda dan menenggelami tempat teduh. Tempat yang tidak pernah diland...
-
The word surrender should be never in the memory of words in our mind. The reason it should not be in the mind because to get ourselves to p...
-
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan