Selasa, 4 Ogos 2009

1 Ogos, dalam Kewajaran dan kewarasan

Sudah lama rasanya tidak mengemaskini post-post yang sepatutnya diulas. Akibat kekangan masa, tentu sukar untuk mengemaskini blog ini. Blog ini sunyi dengan ketiadaan posting terbaru.

1 Ogos merupakan satu lagi hari bersejarah dalam kamus kehidupan rakyat malaysia apabila ramai yang turun ke Kuala Lumpur untuk menjayakan demonstrasi anti-ISA dan tidak lupa kepada Pro-ISA. Namun, apa yang saya kesalkan, apabila membaca tabloid-tabloid yang ada, sebenarnya bukanlah rakyat yang datang untuk merusuh atau menjahanamkan harta benda awam, tetapi polis, dan FRU lah yang memulakan. Walaupun semua yang hadir sudah mula bersurai namun, tindakan menggunakan 'water canon'untuk menyerang orang ramai kononnya atas kapasiti untuk menyuruh mereka bersurai.

Bagi pendapat peribadi saya, biarlah mereka mahu menunjukkan perasaan mereka, tetapi janganlah memburu mereka seperti orang yang bersalah sehingga gas pemedih mata ditembak ke dalam bangunan. Malah, ada juga yang ditrik sehingga terkoyak baju mereka. Haruskah mereka ini dilayan seolah-olah musuh negara yang patut ditentang? Musuh negara yang sebenar, mengapa tidak diperang habis-habisan? Jenayah yang berleluasa kenapa tidak disiasat hingga ke akar umbi, tetapi pencetus demonstrasi dicari hingga ke lubang cacing.

Kasihan, saya melihat pemikiran pemimpin yang sempit dan kolot. Adakah Indonesia tidak aman kerana adanya demonstrasi di jalanan? Atau saya perlu beri cadangan kepada kerajaan supaya menyediakan satu platform yang baik untuk pendemonstrasi ini supaya mereka tidak lagi membuat demonstrasi jalanan? Mahu satu platform yang kerajaan boleh mendengar suara rakyat secara terbuka dan telus. "Please, act like professional!"

Bukanlah saya hendak mengagung-agungkan demonstrasi ini, cumanya adakah jika tiadanya emonstrasi kerajaan akan dengar kata-kata rakyat? Bila ada demonstrasi, sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan bahawa orang lain juga mendengar luahan dan rintihan mereka.

Moga pembaca renung-renungkan dan fikir-fikirkan!



Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...