Isnin, 17 Ogos 2009

Pattani = Palestin ???


Semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri sebuah diskusi mengenai kisah sebenar di Selatan Thai. Saya tidak suka menggunakan istilah Selatan Thai, tetapi Pattani kerana orang melayu di Pattani tidak suka tempat mereka diistilahkan sedemikian.

Saya amat kagum dengan semangat perjuangan yang digambarkan oleh seorang wakil dari sana yang menceritakan mengenai orang melayu disana. Setiap hari, peluru dan bom mencari batang tubuh mereka. Jika mereka terserempak dengan tentera yang berada dikawasan tersebut, tidak mustahil, mereka akan dilayan seperti binatang. Sepak terajang, penampar menjadi makanan harian mereka. Tidak kiralah tua, muda, kecil mahupun wanita. Semuanya perlu mendapat layanan sedemikin.


Keadaaan lebih teruk apabila kerajaan yang menjajah Pattani pada waktu itu ialah Siam yang mana mereka mengamalkan pecah perintah. Seperti juga yang berlaku di Tanah Melayu semasa pemerintahan British, mereka bermatlamat untuk mengurangkan kuasa raja-raja Melayu pada masa tersebut. Kemudian, Siam mengadakan Transmigrasi yang mana rakyat asing, yang sememangnya bukan penduduk peribumi di Pattani dihantar ke kawasan tersebut untuk menjadi penduduk tetap dengan tujuan untuk mengawal dan menyekat generasi yang akan lahir terus berbangsa melayu dan beragama Islam. Kemuaidan, terjadilah asimilasi terhadap bangsa yang ada di Thailad yang mana polisi kerajaan menyatakan bahawa semua rakyat Thailand perlu mempunyai satu bangsa sahaja iaitu, bangsa Siam. Tiada bangsa lain yang diiktiraf dalam negara tersebut. Bahasa perantara yang harus digunakan ialah bahasa Thailand. Anda akan didakwa jika menggunakan bahasa selain daripada bahasa THailand.

Maka, penduduk di Pattani seolah-olah kesempitan dalam usaha untuk mengubah budaya dan bahasa perantara yang sering mereka gunakan secara drastik. Bagi saya polisi ini terlalu mendadak yang akan menyebabkan rakyat akan tertindas kerana satu polisi yang tidak menjejaskan imej negara jika ia wujud dalam masyarakat negara tersebut. Maka, mereka ini akan diperangi. Seperti di dalam Al-Quran ada menyatakan mafhum lebih kurang maksudnya adalah, kaum kafir itu akan terus memerangi Islam selagi mereka tidak Islam.

Ringkasnya, mereka juga merasakan bahawa Pattani ini terhimpit dengan dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Semasa penubunhan Malaysia, sebenarnya Pattani berharap agar mereka boleh menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi malangnya, mereka termasuk di dalam Thailand dan menjadi Selatan Thai.

Jika ditanya pada masyarakat setempat, mereka lebih rela mengakui bahawa mereka adalah orang Malaysia berbanding mengakui mereka adalah orang Thai. Inilah yang saya maksudkan seperti Palestin, pembunuhan, peluru dan bom dimana-mana dan mereka bakal menemui ajal mereka pada bila-bila masa. Mereka juga tidak mendapat kebebasan pada tanah air mereka sendiri yang mana orang asing yang menjadi pendatang di negara mereka menjadi pemimpin dan menghalau penduduk asal negara tersebut.

Pembaca diharap dapat menyalurkan bantuan, tidak kira dari segi apa sekalipun, kita harus membantu saudara kita di sana kerana, dalam surah Al-Hujurat, ayat 11 tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri. Beruntunglah orang-orang yang mencari peluang dan titik tolak untuk menyalurkan tenaga demi Islam, agama ALlah...

Type your summary here

Tiada ulasan:

Permulaan perjalanan seorang pelajar ijazah sarjana

Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang untuk jari-jemari ini untuk memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Harini, penulis akan menc...